Tuesday, June 8, 2010

FUND RAISING & CHARITY DINNER YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA PADA 06 JUN 2010

Saperti telah dimaklumkan dalam blog kita pada 19 Mei 2010, pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara, Tan Sri Hashim Meon (TSHM), yang juga penaung kelab Setiakawan telah menjemput kita kemalam Kutipan Dana YAKIN pada 06 Jun 2010. Members Setiakawan didijemput menyumbang kepada yayasan itu dalam mengumpul dana mereka. Majlis dirancang diadakan diKompleks Suruhanjaya Sekuriti diMont Kiara, Selangor. MJHim selaku penyelaras telah berjaya menghebahkan usaha Tan Sri Hashim dan berjaya mengutip sebanyak RM 1860 bagi Yayasan itu.
MJHim juga telah berjaya mempelawa seramai 9 orang members untuk menghadiri majlis makan malam itu.
Wakil kita terdiri dari Dato Presidente, MJ Dato Khalid Saad (Dato K), MJ Dato Amiruddin Aladad Khan, Raden Hamzah (RHM), Kol Dol Ngajis, MJ Dato Hashim Yahaya (MJHim), Kol Ramli Kinta dan isteri Hjh Rahmah dan saya. Kita dikhaskan satu Meja. No 3.
Sempat juga bejabat tangan dengan TSHM, tapi tak lama berlegar dengan dia. Maklumlah Chairman tentunya sibuk. Majlis diadakan di Foyer kompleks tersebut. Sesampai saje, selepas mendaftar, saya dan MJHim turun keFoyer dan menuju kemeja kita. Tak lama kemudian members kita pun tiba dan duduk dimeja kami. Pada jam 8.45 diumumkan kedatangan Undangan Khas iaitu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Mereka diunjurkan kemeja khas dan sejurus kemudian bermulalah acara dengan bacaan ayat suci Al’Quran dan selepas itu bacaan doa. Jamuan Makan pun bermulalah.
Beberapa persembahan telah ditunjukkan oleh penuntut penuntut dari sekolah sekolah anjuran YAKIN termasuk dari Kota Baru, Kelantan. Selesai makan TSHM selaku pengerusi yayasan berucap, diikuti oleh Tun Dr Mahathir selaku pensyarah utama bertajuk ; Muslim Dilemma: Challenges and Opportunities. Imam Besar Masjidil Haram, yang diundang khas juga berucap. Selesai ucapan beberapa wakil telah dijemput keatas pentas untuk menyerahkan sumbangan peribadi atau pertubuhan mereka. Tak ingat saya siapa yang menyumbang tapi yang saya masih jelas ialah Imam Besar Masjidil Haram telah menyumbang sebanyak 3 juta riyal kepada YAKIN. Alhamdulillah. Saya percaya sumbangan saperti ini akan mencepatkan pencapaian usaha murni YAKIN.
Tun Dr Mahathir juga dijemput untuk melancarkan kompleks baru YAKIN yang dinamakan KIBLAH Education Complex diLot 30774, Jenderam Hilir, Selangor. Mengikut TSHM, disebelah Bukit Unggul Golf Club. Memang elok tempat tu.
Majlis telah selesai lebih kurang jam 11.00 malam.
Bagi pihak Dato Presidente saya merakamkan penghargaan keaatas sumbangan members kita untuk menyokong usaha murni yang dilaksanakan oleh Yayasan Kebajikan Nusantara dibawah pengerusi nya Tan Sri Hashim Meon.

Salam

Setiakawan Menyumbang Kepada YAKIN




ps: Maaf qualiti gambar kurang memuaskan. Produk amatur.

1 comment:

  1. Sekali lagi saya nak rakamkan ucapan ribuan terima kaseh kepada ikhwan setiakawan yang hadhir malam tu khas nya dan kumpulan golf setiakawan am nya. Terasa besar hati saya jadi ahli setiakawan yang menunjukkan betul betul setia kepada kawan. Kami mengharapkan juga doa rakan rakan setiakwan semoga usaha murni kami itu di makbulkan Allah jua, Amin.

    Salaam.

    HM

    ReplyDelete