RHM.
Bagitu lah bunyinya SMS saudara RHM kita pada malam 8 Jun 10. Tapi ada 8 flights. 32 pemain semua nya. OK lah tu. Saperti dia sebut ini dikira Senior Golfers’ Package. Senior pun senior lah asalkan dapat harga yang berpatutan. Cuma satu gangguan je. Untuk mereka mereka dari Seremban tu agak jauh sikit lah.
Pada pagi 09 Jun, sampai aje diTempat Letak Kereta (teleta) kedengaran Raja Dolah berhubung dengan seseorang. Dato Isa rupanya. Samaada tanya arah atau ingin tahu kedudukan masing masing.Dengar juga ‘ dah sampai Klang dah’. Itu gurauan je, saya agak.
bersarapan. Nampak hidangan sandwiches telur, tuna dan sardine. Karipap pun ada. Air - kopi dan teh. Sarapan disusun teratur.
DiGolfers’ Terrace kelihatan dua orang muka baru. Satunya Leftenan Jeneral Dato Salleh,
pemain kita dah cukup 32 orang, ruang untuk nya diselitkan kemana mana flight tak dapat dilakukan. Dia akur akan keadaan itu. Dia menyatakan akan menyertai kita pada masa masa akan datang. Bagus kalau ada dia, sebab tee off dia sampai sebatu. Andaian nya je. Tapi dia memang long hitter.
Menarik juga permainan kami. Macam biasalah di lubang pertama, masih belum panas badan lagi kami dapat bogey 5, melainkan DNA dapat par 4.
DiLubang 5 sekali lagi bola saya masuk air.
Dah 4, 5 kali bola saya masuk kekolam itu. Kalau nak timbulkan tentang ’jinx hole’ bagi saya, itu lah dia. Dapat double bogey kat situ. Macam macam dah buat. Masih masuk kolam juga. Kena panggil bomoh ni.
Menyemak semula score kami, yang jelasnya RK tu, lubang 6 terakhir mendapat bogey kesemuanya. Sengaja ke? Dia gross 89 dan net 76, RHM gross 94 dan net 74, DNA gross 84 dan net 69. Mengikutnya permainan nya hari itu ialah yang terbaik dalam 2 tahun kebelakangan. Saya gross 98 dan net 74. Bagi saya asal gross tak ‘cross satu century’ sudah kira main baik.
RK mengambil alih acara. Beliau mengumumkan:
a. Jemputan Kahwin oleh Tan Sri Ilyas Din pada 10 Jun 2010 diDewan Perdana Felda. Yang sudah menjawab akan kehadiran diingatkan supaya berada ditempat tersebut pada hari Khamis malam Jumaat.
b. Jemputan Kahwin oleh Kol Tengku Ismit pada 16 Jun 2010 diMerak Kayangan. Members diingatkan kehadiran sekira nya sudah menjawab.
Seterus nya RK mengumumkan pemenang pada hari itu saperti dipamirkan dibawah:
Selesai acara pembahgian ball sweep, Jawatankuasa Setiakawan bersidang. Dapatlah nescafe tarik. Dato Presidente mempengerusikan mesyuarat:
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SETIAKAWANGOLF
Saperti biasa selepas tiap tiap ‘weekly outings’ Setiakawan, jawatankuasa akan berbincang akan perkara yang perlu perhatian dan memerlukan keputusan. Perkara perkara yang dibincang termasuk:
a. Setiakawan Stableford Trophy atau SESTRO. Pertandingan ini telah diputuskan untuk dilangsungkan di Tasik Putri Golf and Country Club pada hari Rabu 30 June 2010. Nine yang akan kita bermain ialah 1st dan 2nd nine. Seramai 56 members atau 14 flights akan turut serta. Kita akan memulakan permainan secara ‘shotgun’ start. Sarapan dan makan tengah hari akan disediakan. Buggy dan satu caddy tiap tiap buggy akan disediakan. Bayaran ialah RM 130 saorang. Setiakawan sedang mencuba mengatur permainan latihan di kelab tersebut sabelum kita bertanding. Yang ada kelapangan harap cuba bermain disana dulu. Moga moga menjadi johan.
b. Lawatan ke Chiengmai. Bermula 27 hingga 31 Julai 2010. Sehingga 09 Jun, seramai 12 members akan pergi. Butir butir nya boleh didapati dari RHM.
c. Setiakawan International Masters atau SIM di Jogjakarta. Dirancangkan mulai 24 hingga 29 Oktober 2010. Butir butir nya akan diedarkan melalui RHM tak lama lagi.
Mesyuarat tamat pada jam 4.00 petang.
Salam
Hayatilah 'Hijau'.
KAWAN KAWAN SEELIAN,
ReplyDeleteSeronok nengok ramai kawan2 yg dapat bermain dgn baik di Bukit Kemuning. Senang agaknya course ini. Bagi DNA kan saya dah ingatkan jangan main under nanti hcap kena potong. Baru je naik 15 dah turun 14 balik. Tapi saya pasti DNA rasa tersangat GUMbira hari tu.
Saya frust menonggeng tak dapat main sebab kena bawa cucu2 bercuti di Tiara Beach Resort PD. 3 hari saya betul2 kena rangging dek cucu2 saya dari pagi sampai malam. Minggu depan pun tak dapat main gak sebab sqd 12 pergi Beijing. Nampaknya ranking saya bulan ni jatuh bergolek lah.
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteMy compliments to John for posting the Skawan Bukit Kemuning outing in double quick time inspite of having very heavy wedding, khenduri and school holiday activities. Well done once again, John.
Saya rasa bangga dapat bermain dengan John, RK dan RHM di Bukit Kemuning GC kerana sudah lama saya tidak bermain dengan mereka kecuali RHM.
Partner saya, John, bermain hebat dan memberi semangat kepada saya untuk bermain dengan baik. Bila saya par, RK, RHM juga par dan John pun dapat par. Kerana beliau bermain 24 dan mendapat stroke, tahu sajalah siapa menang.
RK dan RHM bukan sebarang lawan tetapi kerana John bermain baik dan saya dapat nett 69, saya rasa tak usahalah saya sebutkan siapa menang/ kalah THREE-ONE-ONE. Memadailah kalau saya beritahu mereka berdua mahu challenge kami lagi dalam pertandingan akan datang... bolehlah!
Seperti kata Dato' K, saya amat GUMbira dengan permainan golf saya hari Rabu lepas. Permainan saya adalah terbaik semenjak beberapa bulan yang lepas dengan mendapat 7 par dan 1 burdie.
Tetapi yang sedih sedikit, Panglima Handicap telah potong satu dan saya terpaksa kembali dengan handicap lama 14. Baru 2 minggu bermain handicap baru dengan harapan pergi ke Chiengmai dengan handicap 15, hajat saya nampaknya tidak kesampaian!
Tetapi tak mengapa, saya akan cuba lagi dan ini selaras dengan matalamt saya memasuki tempat "Skawan Top 5" untuk skawan "golfer of the month of Jun" dan "SEGOY Top 7" nanti, insyaAllah.
Ini satu-satunya impian seorang pemain golf yang tak mahu mengaku kalah!
Kepada semua Ahli Skawan yang akan berhijrah keBeijing, saya harap selamt jalan dan selamat beriadah, bring back some good golf scores but leave the Chinese caddies behind.
See you at Bangi Golf Resort coming Wednesday.
Regards.
DNA