Thursday, March 4, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DITASIK PUTERI GOLF & COUNTRY CLUB PADA 03 MAC 2010


SMS RHM pada jam 6.0 petang pada 02/03/10 berbunyi ‘Sir we have 8 full flights . Damage RM113/. Breakfast n lunch will be served. Caddy tanggungan sendiri. Tee off by 0815 hrs. Rgds, RHM’
Kita dah ditetapkan untuk bermain di Tasik Puteri Golf & Country Club diRawang. Walau pun secara umum kita bersetuju bermain dicourses diantara Seremban dan Kuala Lumpur, Kelab Tasik Puteri adalah satu daripada course yang terkeluar dari linkungan ini. Downside nya ialah jarak nya jauh sikit bagi members yang tinggal dikawasan persekitaran Seremban. Mengikut pandangan beberapa members, kalau ndak tee off jam 0800, kena bertolak jam 5.30 pagi. Mungkin itu sebab ramai juga dari Seremban tak menyertai pada hari itu. Walau pun bagitu saya suka lah sebab course ini ialah satu daripada course yang saya cadangkan untuk kita bermain. Tapi saya tahu pemilihan course ini tiada kaitan dengan cadangan saya. Banyak fakta lain yang dipertimbangkan oleh Convenor kita sabelum menetapkan course ini.
Berlepas dari rumah pada jam 6.45 pagi. Ingatkan bila sampai dikelab, dapatlah lama sikit melegakan diri sabelum teeoff, rupanya diantara simpang Rawang kekelab ada ‚lencongan’ pulak. Masuk kedalam kawasan perumahan, lepas tu mengikuti kereta kereta lain entah kemana pegi. Mengikut je. Takut juga kote kote sampai kat Kuala Selangor pulak. Selain dari tanda bertukar arah tu, tiada tanda lain kelihatan. Kita ni mengikut secara ‚blind’ lah. Sebab lencongan pun saya tak pasti. Mungkin usaha pihak berkuasa melicinkan perjalanan lalu lintas. Dah kita kena buat andaian sendiri. Kena berfikir pulak. Dah lah nak fikir macam mana ndak melalui lubang lubang diTasek Puteri GCC. Gangguan pemikiran je Sampai kekelab dalam jam 7.30. Terus tuju kepejabat golf section untuk mendapatkan caddie. RM 42. Dah naik ke.?Setahu saya RM 38. Harga minyak nak naik, harga ikan dipasar pun naik. Harga caddie pun naik juga. Tapi asalkan tak RM 70, pada saya masih OK. Lepas serah pengesahan booking kepada caddie master, bergerak keGolfers’ Terrace untuk sarapan. Nasi lemak dan roti ‘toast’ dah disiapkan diatas meja. Kopi dan orange juice (sebenarnya orange squash je) ditempat berasingan berdekatan.
Dulu dihidang diatas meja berasingan ala’buffet’ kali ni terus dihidang diatas meja. Nasi lemak tu adalah sambal tumis (kosong), ikan bilis goreng, timun potong dan kacang goreng. Toast tu adalah margarine kecil. Dah makin simple cara pembentangan breakfast kita. Alakadar je?. Dah takde ‘gaya’ lagi. Ini saya percaya ada kaitan dengan kos. Hendak kelas mesti mahal sikit. Atau pun kelab ni memang tak de kelas. Budaya serba ringkas. After all the golfers just snatch a bite and disappear into the course. Lama kelamaan kita capai ‘breakfast package’ je. Ini kalau kita ndak. Surely we deserve better.
Berjumpalah members members lain. Ada baru ada lama. Yang lama tak kelihatan ialah squad saya Dato Ramli Harun. Juga Dato Isa Hassan. Kelihatan juga patron kita TSHM.
Nampak muka dah cerah. Maklumlah baru pulang dari Angland. Dia kata UK. Lama juga dia kesana. Bila bersalam dengan nya saya sebut lah’sejuk tangan. Macam sejuk England je’. Welcome back Tan Sri. Jumpa juga dengan Mutalib (bukan yang kira score tu), last jumpa kat Bukit Unggul. Ni dah bukan orang baru lagi lah. Berjumpa juga saya dengan members baru. Tiga orang. Shaffiee Ismail, Azman Awang dan Dzulkifli Abdullah. Semua member Supt Bahar. Selamat Datang Bro.
Saya digandingkan dengan Dato K, Kol Mutalib (yang kira score) dan Dato Anuaruddin. Nine untuk Setiakawan ialah Puteri Nine (ist nine) dan Tasik Nine (3rd nine). Tasik Nine ialah nine terbaru. Tanaman tak matang lagi. Terdedah. Dikenali dengan nine yang tepanas sekali.
Berasaskan pengalaman yang lepas, kita pun keTasik Nine dulu. Konon nya pagi sejuk, bila crossover nanti ke Puteri Nine redup sikit. Tak juga. Cerita kemudian.





Bila bergerak keLubang no 19, kurang satu. Dato Anuaruddin tak sampai lagi. Mengikut cerita dia ‘on the way’. Flight didepan kami pun kurang sorang. Bukan on the way. Sedang answer ‘natures’ call’. Kita bertiga diorang bertiga juga. Diorang suruh kami tee off dulu kerana partner kami lambat lagi.
Bertiga laju sikit. Kami tee off. Par 4. Tee off saya kekiri. Itu lah bila tergesa gesa jadi lah bola melencong. Dilereng bukit, masih boleh pukul. Saya dapat double bogey 6, Dato K, triple bogey 7 (putting belum mantap lagi) dan Mutalib par. Dia nampaknya cepat settle down.Lubang 20 par 5. Saya bogey, Mutalib pun bagitu. Dato K par. Dia pun dah settle down. Lubang 21 par 4. Index 1. A ‘tight’ hole. Jangan salah faham lak. Fairway tak luas dan dikanan kolam. Kena accurate.Mereka berdua dapat bogey, saya double bogey.


Dato Anuaruddin join kami diLubang 22. Bagusnya Dato Anuaruddin ni walau pun lambat dia masih datang. Dia sedar dia tidak akan di kira untuk keseluruhan pertandingan, Cuma nine yang dia sertai. Tapi dia masih datang. Cerita yang saya dapat selepas selesai bermain, terdapat 2 orang tak datang. Asmadi kerana datuk nya meninggal dunia. Itu kita faham. Satu lagi senyap je. Implikasi nya ialah bila kita dah tempah makan, jumlah itu lah akan dikira. Disegi buggy pula, lazimnya satu buggy berkongsi dua pemain. Kalau satu tak datang kita masih memerlukan satu buggy. Bermaknanya kita kena tanggung pembayaran nya. Saya harap semua pemain faham akan implikasi kalau tak hadir selepas mengesahkan penyertaan.
Kami meneruskan permainan diPuteri Nine (1st nine). Dalam jam 10.30. Ini saya kira nine yang sudah matang. Ingat makin redup lah. Rupanya sama bahang nya. Peluh menyimbah yimbah. Memang dehydrated. Kena ganti dengan air yang ada 'electrolyte' saperti 100 plus atau Gatorade. Kalau tidak, kering kita. Kalau ada angin, rasa saya sejuk sikit. Ini takde langsung. Dalam keadaan berpeluh peluh tu saya nak kata kesal mencadang course ni pun dah terlambat lah. Kena terima juga. Keadaan cuaca kebelakangan ni memang panas. Terdapat heat wave diSemenanjung. Terfikir juga mungkin dimasa depan akan diadakan buggy yang berhawa dingin pulak. Amecam. Good Idea Nany?
Yang menyerlah diNine ni, saya dapat par diLubang 3 Par 3. 139 metres. Saya nak pakai 7 iron, caddy serahkan saya 6 iron. Elevated Green. Kena tambah 10 metre lagi dalam kiraanlah. Spot on. 12 kaki dari pin. Miss birdie dan dapat par. Yang tiga tu semua bogey. Itu je cerita yang menarik dalam permainan saya. Lepas tu berterabur balik. Semasa main diKinrara pada 17 Feb dulu dulu saya ada menyatakan memakai magnetic ion necklace macam juga ‘scala energy Dato Amin dan Affendi. Saya dapat ball sweep hari tu dengan nett 75. Kali ni pakai lagi. Mengikut Dato K semasa di Tasik Nine memang menjadi tapi di Puteri Nine dah hilang kuasa pulak. Mungkin bendaalah ni berkesan untuk satu nine je.
Selesai bermain, mandi dulu. Terpaksa. Nak sejukkan badan. Kira kira kegunaan air dikelab kebekelakangan mesti meningkat. Kalau selalu nya pengguna perlu 10 minit untuk mandi kali ni 20 minit. Double. Memang sedap berdiri dibawah shower digolf club. Air deras, boleh panas, boleh sejuk. Lega no?
DiGolfers’ Terrace beberapa members dah ada. Saya yang kekeringan tekak, order secara berasingan satu gelas (besar) air 100 plus dicampur livita. Makanan yang dihidang tak saya sentuh pun Air lagi menyeronokkan. Nampak lah staf dikelab sedang menghidang makanan. Nasi goreng, mee hoon goreng, kari ayam dan air orange squash. Yang ada disatu bahgian meja pun makan lah. Ada korum. Members lain pun datang. Sementara menunggu hidangan baru, dihulurkan hidangan yang ada. Datang satu lagi set hidangan dan members makin memenuhi meja. Meja disebelah pun bagitu. Mengikut kiraan saya satu meja panjang tu ada 16 orang, hidangan hanya 2. Semua merasa makanan tapi macam sengaja pihak kelab tak ndak hidang yang lain. Ndak kemut kote. Terpaksa panggil yang saya anggap sebagai supervisor untuk meminta lagi. Sepatutnya mereka menghidang jumlah yang sudah kita tempah. Tak perlu terminta minta. Ini saya kira kurang mutu ‘perkhidmatan’.
Saperti biasa RK mengambil alih acara dengan mengumumkan beberapa perkara:
a. Mengucapkan Selamat Kembali kepada patron kita TSHM dari UK.
b. Mengumumkan dan mengingatkan akan majlis walimatul urus DNA untuk anak perempuan nya Norela Maznun dengan Muhammed Bahjat Muhammed pada hari Selasa 16 Mac 2010 diDewan Merak Kayangan.
c. Memaklumkan majlis nya sendiri pada 4 Apr 2010 di Dewan Tun Mohd Salleh, UKM, Bangi. Kad jemputan telah beliau edarkan pada hari itu.
d. Mengucapkan Selamat Datang kepada members baru kita Encik Shaffiee Ismail, Encik Azman Awang dan Encik Dzulkifli Abdullah. Semoga mereka akan serasi dengan perkumpulan kita dan menghadiri outings outings kita akan datang.
Seterusnya beliau mengumumkan pemenang pemenang pada hari itu:

Yang nampak terserlah ialah RHM jadi champion pada Weekly Outings kita pada hari itu.

Dia dapat nett 70. Dua under. Tahniah Squad. Juga kemunculan Dato Ramli Harun sebagai Runners up. Dia ni dah lama tak nampak tiba tiba timbul dan dapat ball sweep. Sakit lutut pun tak nampak dah. Juga Champion SENAT tahun 2009, Razaki jadi champion A Medal. Capt Yahya pun is back to his winning ways. Member baru Azman dah mula tunjuk kebolehan nya. Well Done Man. Saya pun dapat rupanya. Nett 77.




Ada 3 orang dapat tu. Bahar and Dato Presidente kalahkan saya. ON Count Back. At least dapat. Nampaknya magnetic ion necklace tu ada kesan nya. Saya akan pakai lagi minggu depan.





Kepada semua pemenang saya ucapkan Tahniah dan Well Done.


Selesai pemberian hadiah, selepas members semua beredar, jawatankuasa berbincang tentang beberapa perkara. Saya suka perbincangan ni kerana dapat order Nescafe tarik. Kenalah dengan sebatang lagi cerut. Jawatankuasa dengan Dato Presidente merakamkan dan memutuskan berberapa perkara berikut:
a. Mengucapka ucapan Takziah kepada Asmadi Isa diatas kembalinya kerahmatullah datuk nya. Semoga rohnya berada dengan mereka yang dirahmati Allah.
b. Setiakawan National Tours (SENAT) yang pertama bagi tahun 2010 akan diadakan pada 23 dan 24 Mac 2010. Diputuskan juga supaya permainan pada 23hb diadakan pada tengah hari dan pada 24hb diadakan pada pagi hari. Majlis Makan Malam akan diaturkan pada 23hb. Butiran lengkap akan menyusul.
c. Untuk memastikan kelicinan perjalan mengurus SENAT ini satu ‚dateline’ peryertaan akan diadakan. Penyertaan selepas dateline tidak akan diterima.
Sekian cerita kita untuk Outings pada 03 Mac 2010. Kita jumpa lagi pada 10 Mac 2010 diCourse yang akan ditetapkan kelak.
Salam
Setiakawan Terus Bertanding

2 comments:

  1. Hi Setiakawan gang,

    Nampaknya permainan saya belum menunjukan tanda2 improvement...masih meragam lagi. Tak taulah dimana salahnya. Dah 2 minggu berturut2 dapat nett score 77...sama std dgn Kol John. Tapi dia dapat hadiah. Masih lagi menaruh harapan semoga permaianan saya boleh improve.

    Tadi menonton Malaysian Open di TV. Syok betul nengok pro main. Pertandingan ini diadakan di KLGCC west course yg baru direnovate. Saya baru dapat bermain sekali je atas jemputan boss Dato Ramli Harun. Best betul course ini. Khabarnya nombor 5 terbaik di dunia. Green fee week days tak mahal..cuma RM 360 je. East course yg sedang direnovate akan siap tak lama lagi ataupun dah pun siap. Saya kurang pasti. Tanya Raden..dia member club tu.

    Berbalik kpd Malaysia Open..saya kagum nengok pro ni main. Mana ke taknya..lobang no 5 par 5 mereka boleh kasi 2 on. Si Tongchai siap dengan dapat eagle. KALAU lah saya boleh bermain 20% dpd std mereka kan ke bagus. Saya juga percaya ramai rakan2 setiakawan menonton pertandingan ini. Sayang sekali weekend ni tak dapat menonton round ke 3 dan 4...adik saya kenduri kawin anak dia dan saya dilantik jadi penguhulu. Kacau daun betul

    Menunggu outing kita minggu depan..mudah mudahan di Staffield...kasut golf saya tertinggal kat changing room lepas annual tournament kita dulu.

    ReplyDelete
  2. Hi Skawan Gang,

    Nasib pemain golf ni macam-macam. Badan demam dan batuk-batuk pun nak main juga, maklumlah sudah lama rindu bermain di Tasik Puteri GC.
    Bayaran caddie sudah naik ke RM 42 sebab harga gula naik dan caddie perlu banyak gula agaknya supaya sentiasa manis!

    Saya bermain gross 48 di third nine dan 42 di first nine, jumlah 90 dan dengan hc 14 mendapat nett 76... not good enough! Baik masuk B medal, nett 77 pun dapat hadiah!!
    My partner, TSHM yang baru pulang dari UK complain cuaca terlalu panas, tak sesejuk di Dublin! Permainan beliau juga tidak menyerlah dan hampir-hampir kena sembelih oleh RK dan RHM kalau tidak kerana pukulan bogeynya dilubang ke 18!

    Munkin saya tidak dapat bersama di Satffield kerana banyak lagi urusan perkahwinan anak belum selesai.

    Salam,
    DNA

    ReplyDelete