Thursday, March 25, 2010

SETIAKAWAN NATIONAL TOURS – HARI PERTAMA - UMUM

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5452238574478768610" />




Saperti biasa pabila ada pertandingan, perhubungan samaada secara lisan dan SMS makin meningkat. Kebanyakan nya yang saya sedar ialah dari RHM tetapi saya akur bahawa dia pun banyak menerima pangkilan dan SMS dari member sekelian. Maklumlah, semua ingin tahu macam macam. Hari hari pertandingan, dimana kita akan bermain, bayaran green fee, tempat penginapan, urusan makan, program untuk isteri isteri dan banyak lagi. Dalam soalan dan berbalas perbincangan 2 parkara timbul iaitu, apakah aktibiti masing masing dan berapakah harga nya.
Melalui posting oleh Pengerusi SENAT, jumlah pembayaran bagi penginapan dan makan adalah jelas. Yang masih ditanya tanya ialah green fees, bayaran untuk caddy dan bayaran untuk buggy. Saya kira yang perlu menjawab persoalan itu ialah RHM, sehinggakan timbul SMS nya pada 23 Mac 10 pada jam 8.54 pagi berbunyi: ‘Today lunch and caddy adalah sendirian ‘Nak hidup memang senag. Nak senang memanglah susah. Nak susah lagi senang. Salam’. Saya perkirakan mungkin ada sebab yang RHM keluarkan ungkapan sebegitu. Mungkin secara lawak, mungkin secara sindiran dan mungkin juga sebagai ingatan. Dalam mempertimbangkan ‚kesibukan nya mungkin ini cara nya melepaskan ‚geram’. Ada lagu tu oleh Black Dog Bone. Lagu GERAM oleh Black Dog Bone ialah khas untuk RHM.
Mengikut SMS RHM yang dikirim pada 23 Mac 10 jam 7.22 pagi berbunyi ‚ By 1100 hrs, we should be able to assemble Sri Malaysia . By 1200 hrs we should be able to collect full payment. My counter will be open inside the restaurant. By 1245 hrs, we should be able to tee off. Sekian. RHM’. Saya mengandaikan bahawa asalkan kita sampai sabelum jam 1100 pagi diHotel Sri Malaysia, sempat lah kita memenuhi keperluan pendaftaran, membayar, check in dihotel dan tee off pada jam 1245. Cuma mengikut Pengerusi SENAT tee off jam 1430.
Saya sampai pada jam 1145. Memang RHM ada dalam restaurant. Selain dari dia kelihatan juga DNA, Dato K, MJHim (Pengerusi SENAT), Kol Mutalib (Statitician), Kol Razaki ( Champion SENAT 2009) dan Kol Arham.
Keadaan nampak nya serious. Ialah mendaftar member, menerima bayaran, mengubahsuai flight details serta berbincang dengan pihak hotel. Kelihatan juga para isteri sibuk berbual. Maklum lah last mereka berjumpa ialah semasa Preesidents Trophy pada 30 Disembar 2009. Celah celah tu saya kira ada juga berjumpa dimajlis majlis, terutamanya majlis perkahwinan. Sudah tentu banyak cerita. Yang jelas mereka kelihatan bagitu gembira. Gembira dapat berjumpa ke, mengikuti program lawatan yang telah diatur ke atau gembira untuk suami yang akan bertanding. Mintak mintak ada kemenangan, boleh lah tampung duit perbelanjaan diMelaka.
Selepas mendaftar dan membuat pembayaran (RM 410) saya pun bergerak kekounter
pendaftaran hotel untuk ‘Check In’.
Bilik belum siap lagi. Kena tunggu sekejap. Oleh sebab saya bersaorangan tak bermasaalah. Boleh check in selepas permainan. Kalau yang datang berkeluarga, mungkin kurang selesa, sebab sisuami kena tee off pada jam 1245 dan tak ingin meninggalkan siisteri untuk check in bersendirian. Tak pasti saya, tapi saya jangka everybody got their rooms. I had earlier been given the key to my room, but I opt to still check in after the game.






Pertandingan Hari Pertama ialah diMelaka Tiara Golf and Country Club. Kelab kepunyaan Lion Group. Bagi para isteri pula dirancangkan untuk melihat Bandar
Melaka yang Bersejarah.
Salam

Setiakawan Mengunjung keMelaka Pula



No comments:

Post a Comment