Thursday, March 25, 2010

SETIAKAWAN NATIONAL TOURS – HARI PERTAMA, 23 MAC 2010. PERTANDINGAN DI MELAKA TIARA GOLF AND COUNTRY CLUB

Mula mulanya terlepas juga simpang ke Jasin dan Bemban yang sepatutnya saya ikuti. Oleh sebab sign posting yang kurang jelas, terlepas pulak simpang tu. Terpaksa berpatah balik. Jumpa juga kelab. Rasa rasa biasa bermain disitu. Baru teringat pernah bermain semasa ‘Golf Perpisahan’ Mej Jen Tengku Ariffin pada tahun 2002 dulu. Dah 8 tahun. Banyak yang sama. Pokok pokok sudah tentu lebih besar. Di Golfers Terrace saya join member member yang sudah ada. Dalam berbual tu tanya juga tentang caddy. Ada tapi kena keCaddy Shack untuk menempah sendiri. Disitulah kita dimaklum bahawa kita telah di hormati dengan tak perlu membayar green fee (ini yang MJHim kata 'Gratis'). Saya percaya ini banyak disebabkan pengaruh Dato Wira Jahaya.
Dalam hati, ada kemungkinan sebagaian wang yang dibayar akan dipulangkan balik. Mengikut posting Pengerusi SENAT bagitu lah keadaan nya.
Saya digandingkan dengan Azlan Othman, Encik Othman Karwi dan Encik Rosman. Baguslah tu. Tak pernah satu flight dengan Azlan. Encik Othman pernah bersama kita diSoeraya dulu, sementara Encik Rosman tak pernah saya jumpa. Kedua dua mereka belum sampai lagi. Bual lah kami diGolfers’ Terrace sementara tunggu yang lain. Sempat juga order nasi goreng sebab belum makan lagi.

Setelah hampir kesemua sampai. Kami pun bergerak kekawasan buggy. Kecoh sikit - mencari beg, meletakkan diatas buggy dan mencari caddy.




Apabila selesai dan semuanya bersiap maka semua peserta bergerak kegelanggang masing masing.






















Jam lebih kurang 1.30. Saya tak boleh bergerak sebab dua flight member saya belum sampai lagi. Kedua dua mereka orang Melaka, tapi takde cara untuk berhubung kerana mengikut cerita tak guna handphone. Ini macam Warren Buffet (orang kedua terkaya didunia selepas Bill Gates. Nilai nya ialah USD 58 billion pada tahun 2009) lah ni.
Azlan dan saya dah bersiap atas buggy. Tak de cara berhubung dengan lagi 2 tu. Apabila dah jam 2.10 kami berdua pun membuat keputusan untuk memulakan permainan kami tanpa mereka. Kami memaklumkan RHM sebagai kepastian. Main berdua ni lain rasanya. Kalau selalunya ada tiga orang lagi yang kita interact dan bersembang, kali ni bercakap dengan Azlan je lah. Banyak lah tahu pasal dia.
Dalam melalui lubang lubang discourse itu banyak lubang lubang yang saya tak ingat.
Maklumlah dah 8 tahun. Course ni ada 3 nine. The Lake, the Meadow dan The Woodlands. Mengikut nama nama nine, saya beranggap Lake tu ada banyak kolam, Meadow tu macam kat ladang dan Woodlands tu banyak hutan. Lebih kurang ada ketepatan nya.
Dalam bermain tu pencapaian macam biasa. Starting double bogey, pas double bogey. Lepas tu par 3 dapat par. Bersemangat sikit. Diikuti par di Par 5 diLubang nombor 4, par lagi diLubang nombor 5 Par 4. Lepas tu double bogey memanjang.
Saya kona macam mana pun bola saya masih tuju kekolam. Memang dah agak dah. Tapi diLake Nine dapat gross 47. Kalau tolak 12 itu net 35. One Under. Ada harapan. Azlan pulak steady permainan nya. Banyak bogey, satu birdie dan par, tapi diLubang 9 Par 5 dapat quadruple bogey 9. Ini main sebelah kolam punya pasal. Gross dia 45.
Di Meadow Nine pulak saya main berterabur sikit dan dapat gross 54. Azlan dapat 52. So total gross saya ialah 101, net 77 dan Azlan mendapat gross 97 net 77 juga.
Saya kira course ni – friendly. Jumlah distance ialah 5913 meter. Hampir 6 kilometer. Kira short course. Memang seronok bermain discourse ini. Cuma tak de angin meniup pun. Terasa hangat nya.






Tak nampak sangat pemain pemain lain. Nampaklah flight depan kami terdiri dari MJHim, RHM, Hj Arshad dan DNA.Selesai bermain lebih kurang jam 6.30 petang kami pun pulang keHotel Seri Malaysia untuk acara seterusnya. Keputusan pertandingan kami tadi akan dimaklumkan semasa Acara Makan Malam dan Barbeque pada malam hari.
Salam

Setiakawan telah Menakluki Melaka Tiara

1 comment:

  1. Tak ada banyak nak komen sebab keputusan belum dikeluarkan lagi.

    Cuma saya agak terperanjat apabila melihat hotel yg kita diami ni. Dalam benak difikirkan ia sama je seperti Sri Malaysia yg lain. Rupa rupanya Sri Malaysia Melaka ni lain dpd yg lain....ada klas sikit. saya dan istri sangat berpus hati. Tidur malam pun selesa dan nyenyak. Kami sudahpun merancang nak bawa cucu2 bercuti di melaka dan tinggal di hotel ini.

    tunggu keputusan pertandingan untuk komen selanjutnya

    ReplyDelete