Friday, March 26, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM SENAT 1/2010 DIPOOLSIDE HOTEL SERI MALAYSIA,MELAKA PADA 23 MAC 2010





Selesai bermain golf diMelakaTiara kami pun pulang keHotel Seri Malaysia. Inilah hotel yang dipilih untuk kami menginap.Hampir kesemua members dan isteri mendiami hotel ini melainkan mereka mereka yang memang dari Melaka atau yang ada penginapan masing masing.Baiknya pemilihan hotel ini ialah ia berdekatan dengan course course yang kita telah pilih untuk bermain. Tambahan pula majlis kita diadakan ditempat yang sama. Tak payah banyak bergerak. Apabila saya memasuki bilik pada petang itu
saya tertarik dengan bilik yang diuntukkan saya. Saya rasa kesemua bilik adalah macam ini. Bilik kemas teratur dan mempunyai faciliti faciliti yang lazim nya kita perlukan saperti tv, bilik air yang tersedia dengan tuala yang berkualiti (bukan Good Morning Towel) dan bersih, ada sabun, shampoo, shower cap (itu tak lah saya pakai) dan cotton buds. Ada juga cerek untuk masak air serta Nescafe dalam paket dan the Sabah Tea. Tambahan pula ada satu bekas buah complimentary yang mengandungi pisang dan 2 jenis anggur. Baik nampak nya layanan. Saya kira berlainan dari hotel Seri alaysia yang lain. Yang ni ada kelas.
Saya mencuba internet access. Dapat pulak. WIFI nya meliputi seluruh kawasan hotel. Ini baik sekali kerana sekarang kebanyakan pelawat tak lepas dari kemudahan internet melalui notebook ke netbook ke atau I Pod.
Selesai berkemas dalam jam 8.00 malam saya pun keluar bilik. Sabelum tu kedengaran bunyi muzik. Itu saya jangka sedang testing sound. Menjenguk kebawah kelihatan beberapa members dan isteri sudah pun berada disana. Sampai dikawasan Swimming Pool saya pun meninjau keliling. Tempat nya telah di hias indah. Disebelah kiri kelihatan papan umum tertulis WELCOME TO ALL SETIAKAWAN NATIONAL TOUR. FROM MANAGEMENT AND STAFF OF SERI MALAYSIA MELAKA HOTEL, bermakna majlis itu adalah khas untuk kita. Kelihatan saorang keyboardist, Abib, sedang mengalunkan lagu lagu instrumental evergreen.
Kelihatan juga saorang gadis berdekatan. Rupanya itu anak Abib yang akan mendendangkan lagu bersama ayah nya. Bergerak lagi kelihatan dua pemuda tampan dengan bermacam macam wayar dan alat depan mereka. Wan dan Wan.

Sorang tu kemudian nya saya panggil dia Two supaya tak keliru dengan Wan yang pertama. Mereka ni pengendali karaoke. Kebanyakan lagu ada disimpan dalam hard disk note book mereka. Tak lah perlu tergagau gagau mencari lagu dari list atau memilih dari CD macam di Port Dickson dulu. Ini satu peningkatan. Saya test juga dengan menanyakan tajuk beberapa lagu. Mereka memberi jawapan affirmative. Ini cukup bagus. Meja meja disusun kemas dan teratur.

Disatu bahgian kawasan itu pulak dihidangkan makanan.





Meninjau saya kesana pulak. Kelihatan bermacam macam makanan yang telah disediakan termasuk daging yang telah dan sedang dipanggang. Itu yang Barbecue nya. Lain lain kelihatan salad dengan bermacam macam dressing. Ada thousand island, French dan juga tomato sauce. Terdapat juga soup bersekali dengan bun dan butter/margarine.

Berikutan tu ada food warmers yang mengandungi hidangan fried potatoes, sausages, ikan bakar, mixed salad dan grilled beef. Dibahgian dessert pun terdapat bermacam macam manisan, dari kek ke buah buahan.



Air sentiasa diisi dengan sirap merah dan juga kopi dan teh. Saya kena akui bahawa pehak management telah berusaha untuk menjayakan majlis kita dengan seberapa boleh. They pulled out all Stops. Saya kena akui ini adalah satu usaha baik dari Seri Malaysia. Kami ucapkan Syabas.

Saya anggarkan hampir kesemua members dan isteri menghadiri majlis malam itu. Yang tak kelihatan ialah main feature kita iaitu Dato Presidente dan isteri Datin Fatimah Huri. Saya difahamkan Dato Presidente tak hadir kerana menjalani pembedahan kecil. No no no, bukan kat situ. Itu dah beres lama dah. Dibahgian lain pulak. Its not life-threatening. Kita mendoakan supaya Dato akan ‘Get Well Soon’. Kira nya saya dan MJHim kurang sorang nak bertarung pada minggu itu. Tetapi lebih dari itu, kita tidak akan mendengar ‚Golden Voice’ Datin saperti lazim nya bila kita berkumpul.
Kita menjemput ladies untuk memulakan mengambil makanan dan diikuti oleh the gentlemen. Kita menduduki dikeliling kolam. Suasana nya cukup cucuk dan romantis. Malam disinari lampu lampu berkelipan terbayang diair. Lagu dendangan mengalunan suasana dengan kelak ketawa ahli sekelian.’Dalam Air Ku Ternampak Bayang’. Itu P Ramlee kita.
Mula mula Abib dan anak gadis nya mendendangkan beberapa buah lagu. Dicelah celah itu kita pula mendendangan lagu melaui karaoke. Orang Tepeng memang ‘the livewire’.


Dia menyanyi diikuti beberapa lagi members. MJHim dijemput menyanyi. Sabelum tu dia mengumumkan flight details untuk keesokan hari. Dia menyanyikan lagu xxxx. Dia dikuti oleh Dato Nawi Alias selaku Pemangku Pengerusi untuk berucap dan seterusnya mendendangkan lagu xxx.Kita mula nak menyanyi pulak. Celah celah makan kita menjemput members dan isteri yang ingin mendendang lagu dengan menulis atas kertas. Masaalah nya kita ni, lagu tahu tapi tajuk tak ingat. Nampak juga yang meng hum lagu yang mereka nyanyikan moga moga teringat tajuk nya. Kira nya kita dapat lah senarai lagu. Saya kira semua sporting.
Rela menyerah diri diatas pentas untuk menghiburkan
kawan kawan (setia).Kelihatan Dato K dengan Datin Midah mendendangkan lagu Pandang Pandang Jeling Jeling dan Selasih Ku Sayang.



Ramli Kinta mengambil alih untuk menyampaikan pulangan (returns) pertandingan pada petang itu. Pemenang pemenang menaiki pentas dan menerima sampul surat berisi wang tunai. Kira kira kalau dapat boleh juga menampung bayaran tol.
Senarai pemenang adalah saperti dibawah:












Selesai pembahgian hadiah kita berpocho pocho pulak. Saya tertarik dengan kumpulan kita ni, kerana ‘sporting’ untuk sama sama berpeluh dengan tarian pocho pocho. Bila pocho pocho kena panggil Orang Tepeng, Dato Malek Saha.



Dia kita kira pengerak untuk kita. Maka ramailah members dan isteri bergerak secara ‘synchronised’ dengan lagu pocho pocho. Saya dalam terkial kial tu, juga mencuba. Berpeluh jugak.
Ahhir sekali kita dengar dendangan Kol Arham dan diikuti Dato Wira Jahaya. Dato Wira mintak lagu My Way dan Green Green Grass of Home, tapi lagu tu takde. Dia terpaksa mendendangkan lagu Widuri. Memang kena. Arham lagu slow, Dato Wira pun lagu slow. Persiapan untuk tidur. Kira nya ‘being lullabied to sleep’. Kita bersurai lebih kurang jam 11.30 malam. Kena berrehat untuk menghadapi halangan halangan diAyer Keroh Country Club keesokkan hari nya.
Good Night.

Setiakawan Puas Enjoy


ps: gambar upload kemudian.

No comments:

Post a Comment