Terpaksa berkemas untuk check out. Yang bawak isteri, saya difahamkan isteri yang akan menguruskan checkout. Macam saya terpaksa checkout awal. Kalau tak nanti kena bayar lebih pulak kerana sudah tentu acara kita tidak akan selesai sehingga jam 3.00 petang. Selepas memasukkan barang kedalam kereta, pergi ke Jonker Cafe untuk sarapan.
Ramai members dah ada disana. Semua kelihatan ceria dan ‚excited’. Maklumlah nak bermain golf. Yang berpeluang menjadi Juara gemuruh sikit. Mej Sardon, Dato Wira Jahaya, Kol Arham dan Dato K ‘are in the Running’. Net hari pertama mereka antara 70 ke 73. Yang 7 lagi tipis harapan kerana net score mereka adalah 77 dan 78. Bertanya juga kat Juara Bertahan, Kol Razaki. Semak score dia dapat net 84. Laaa – jauh nya. Dia cerita lah. Naik bukit, turun bukit. Masuk kolam, masuk pasir. Terpukul rumput, bola tak pegi, putt tak masuk. Macam macam lagi. Dia juga menyatakan bahawa dah pun serahkan Piala SENAT kepada Convenor. Kesimpulan nya – kita akan ada juara baru.Di AKCC, saya dapat satu caddy. Bakhtiar nama nya. Disini kita bayar yuran caddy diTempat Pendaftaran. RM 35. OK. Caddy disini nampaknya orang tempatan dan saya percaya tidak terikat dengan kelab secara rasmi. Semua nya Belalai.
Flight saya ialah Che Gu Nasir (18), Dato Ali Karwi (21) dan Ibrahim Mohammad) (19).Saya handicap 24. OK lah tu. Saya partner Ibrahim (Yem). Kita tee off selepas flight TSHM.
Kita tee off diLubang 1. Par 4. Mula mula dah kena main smart sebab ada sungai melintangi lubang tu. Kena lay up selepas tee off. Pukulan kedua dah masuk air. Pukul 4. Dapat 7 kat sini. Berat ni. Saya tertarik dengan course ini kerana ‚flora and fauna’ nya. Pokok pokok disini adalah pokok pokok asal. Semasa membangunkan course ni dulu, pehak pengusaha menentukan tidak banyak tanaman asal diganggu. Kelihatan pokok pokok hutan primary masih ada disitu. Ini saya rasa ada pengaruh pengasas nya Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Memang cantik course ni. Macam Bogor Raya diJakarta. Cerita terakhir saya dengar ialah ada pemain digigit buaya disini. Dengar ada membuat tuntutan. Tak pasti kesudahan nya. Kita tak diganggu langsung tentang buaya tu, cuma tak gi kat air lah. Kalau bola masuk air biar kat situ. Kalau nak juga, nanti bola kita lak dibaham.
Last saya bermain disini ialah semasa Army Championship pada tahun 1990. Dua puluh tahun dah. Tapi saya ‘gumbira’ keadaan kelab keseluruhan nya dijaga baik saperti asal. Teringat juga pada satu masa dulu kelab ni mencanagkan mempunyai par 5 yang terjauh sekali (dalam Malaysia agak nya) 646 ela. Dalam 580 meter. Jauh lah tu. Tapi terjauh, tertinggi, terpanjang dan berbagai bagai lagi ter, akan ditandingi dengan yang lain. Macam juga Petronas Twin Towers kita. Kejap je menjadi bangunan tertinggi dunia. Terasa juga angin yang meniup sepoi sepoi bahasa. Lega rasanya. Its a beautiful feelings (kena cari lagu berpatutan). Tak panas sangat. Lebih berriadah dari bertanding. Partner saya Yem yang carry saya sepanjang. Tee off dia dah steady dah. Macam asal. Satu ketika ada masaalah memukul, sekarang Alhamdulillah dah pulih. Che Gu Nasir pulak nampak nya steady juga. Pukulan lurus dan jauh. Teringat saya cara dia
pukul bola macam Mej Sardon Kaprawi. Tapi dia kata tangan kiri dia satu ketika dulu sakit. Berubat selama 6 bulan. Tak bermain. Baru saja kembali. Yang satu lagi Dato Ali Karwi. Hujung nama Wi Wi ni memang hebat. Sorang Kaprawi sorang lagi Karwi. Dua dua ‚JOWO’. Yang anak Karwi ni, kecik je, tapi pukul jauh.
Antara kami dia tee off yang jauh. Favourite club dia 3 wood pukul di fairway. Jauh dan lurus. Yang spoil game dia ialah approach ke green. Selalu kecepes. Kesudahan nya Yem dapat net 79. Che Gu Nasir net 84, Dato Ali Karwi net 87 dan saya net 87. Dalam flight kami kalau ada peluang pun Yem lah.
Kita selesai bermain lebih kurang jam 1.00. Di kawasan letak kereta kelihatan bas yang membawa para isteri pun baru sampai juga. JIT atau Just In Time. Yang sisuami kelihatan mengangkat beg beg yang sudah pun dicheck out dari hotel. Celah celah tu nampaknya sisuami mengangkat barang barang yang dibeli siisteri dalam mengunjung Bandar Melaka. Banyak juga mereka beli.
Kita pun pergi keMales Changing Room untuk bermandi dan memakai pakaian yang lebih selesa. Yang berkemungkinan terima hadiah tu nampak nya taruk lebih bedak. Maklumlah nak kedepan khalayak ramai lah.
Salam
Setiakawan Telah Menakluki Ayer Keroh Country Club

No comments:
Post a Comment