Sunday, March 28, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SENAT 1/2010 DIAYER KEROH COUNTRY CLUB PADA 24 MAC 2010

Pehak Convenor memang telah merancang supaya Majlis Penyampaian Hadiah untuk SENAT 1/2010 diadakan diAyer Keroh Country Club. Memang tepat kerana tak perlu banyak bergerak atau bergegas. Selepas tamat bermain golf, kita bermandi dan mengemas diri serta bergerak berdekatan sahaja ke Dewan Banquet AKCC.
Tak lah berpeluh sangat. Tambahan pula negara kita dilanda ‚Heat Wave’ sekarang ni. Dalam Changing Room memang riuh. Kebanyakan nya membanding score masing masing, terutama nya yang ada pertaruhan ‘off the card’. Kira nya bedak disitu habis diguna. Nak juga bau harum. Maklumlah kali ni para isteri akan berserta kami. Kalau Weekly Outings tu, bau masam masam sikit tak diindahkan sangat, tapi kali ni dengan kehadiran ’Ministers of Home Affairs’ kena lah bertertib sikit.
Dewan Banquet AKCC cukup kemas dan indah. Berhawa dingin. Memang di harapkan. Dah teratur dengan hidangan, meja duduk dan dengan kehadiran staf untuk membantu. Para isteri telah pun berada didewan sementara members memasuki dan mengambil tempat. Berbual lah antara members.







Kesemuanya bercerita tentang AKCC dan pencapaian masing masing. Ini lah masa meluahkan rungutan dan pujian course ni. Nampak juga yang bertukar pitih. Kol Mutalib macam biasa mengira score. Jangan rapat dengan dia. Mudah melenting. Kalau dulu semasa main di course, sekarang ni, lepas main. Dan tugas nya kali ni bertambah. Kena kira Daily Medal. Kena kira overall champion dan score sekali. Kena beri dia ‘homrat. Ada juga meja khas untuk pemegang pemegang jawatan.

Meninjau lauk yang dihidang saya kira memang banyak. Yang jelas ada asam pedas ikan tenggiri. Orang Melaka claim berasal dari Melaka sementara orang Johor macam saya claim dari Johor. Tak kira. Asal sedap sudah. Kalau panjang cerita nanti pemuda Johor akan mengancam bawak buluh runcing keMelaka pulak. Kita ni nak makan je. Lauk lauk lain termasuk tomyam, ayam percik (ini Melaka tak boleh claim lah), daging, kari. Ulam bermacam macam dengan sambal belacan.
Lauk sayur termasuk lauk jantung pisang. Kat meja khas tidak ada pulak.
Lauk bagitu banyak sampai tak muat’globe’ yang diletak diatas meja. Kita sedar bila Puan Sri Nur Aini bawak lauk jantung pisang untuk Tan Sri.
Selesai makan acara pemberian hadiah pula. Acara dimulakan dengan ucapan Pemangku Pengerusi, Dato Nawi Alias (DNA). Selesai ucapan, patron kita, Tan Sri Hashim Meon (TSHM) dijemput untuk menyampaikan hadiah. Acara dimulakan dengan Daily Medal. Keputusan Daily Medal pada hari itu ialah saperti dibawah ini:


























































Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah bagi Setiakawan national Tours 1/2010. Keputusan nya adalah saperti berikut:

Kami mengucapkan tahniah kepada Dato Wira Jahaya kerana memenangi kejuaraan kali ini.
Net keseluruhan 146 adalah pencapaian yang baik dan membanggakan. Semoga pencapaian ini akan menjadi dorongan yang lain untuk bermain dengan baik untuk masa masa akan datang.
Saya kena akui bahawa Pengerusi SENAT serta Convenor telah menumpukan banyak masa dan tenaga untuk menentukan kejayaan kejuaraan ini. Syabas kami kepada mereka. Kita selesai dan beredar dari AKCC pada jam 3.00 petang.
Salam.

Setiakawan Selesai Menunjuk Diri diMelaka Bandaraya Bersejarah.

2 comments:

  1. Hi Skawan Gang,

    John deserves a medal for his unselfish effort in getting the SENAT reports in real quick time. Well done John.

    I have read John's two earlier reports minutes after he posted them in the blog but I thought I better wait to comment when I see the final SENAT result.

    Congratulations to Dato Wira Jahaya Mat for becoming the new SENAT champion. I see the defending champion, Kol Razaki, went through same problems which most of us experienced, that is playing well at TIARA GC and AKCC but returning with poor scores!

    I must compliment myself for playing very well on the first and last holes at TIARA GC and AKCC where I parred inspite of facing the impossibles. I need not elaborate other holes as my nett 77 and 80 tell the quality of games I played. Excuses? Many, including laying off golf for almost 3 weeks due to Norela's wedding preparations.

    However, it was a big surprise when I was declared A medal runners-up at TIARA, A medal winner with nett 80 at AKCC and SENAT 5th place! I can guess how others have played,
    ........ but this is golf.

    Congratulations to SENAT Chairman, MJHim, and his Committee for planning and executing a great SENAT outing in Melaka. I cannot wait to join the next SENAT outing ( Trengganu?) after PERTH SIM and Stableford Trophy.

    Salam to ALL.
    DNA

    ReplyDelete
  2. Semua gang setiakawan,

    Syabas kpd Kol John yg seperti biasa tak pernah jemu membuat laporan setiap kali apa jua pertandingan Setiakawan diadakan. Rajin betul sqd saya ni.

    Saya buat komen ni agak lambat sikit sebab hari jumaat hingga isnin yg baru lalu saya pergi makan angin ke Alor Star. Saya suka pergi ke sana sebab makanannya sedapppp sekali. Terutama jo cendol pulut dan gulai itek yg memang tak boleh dapat di KL. Dapat gak main satu round di Cinta Sayang. Score pun boleh tahan.

    Berbalik ke SENAT di Melaka.. saya memang sangat berpuas hati dgn permainan saya. Tak jadi champion pun tak apa. First day main dgn DNA, Saadon dan Arham. Wak Saadon played very well....tooo well sampai dia buang banyak stroke. Senang senang dia boleh main 6/7 under. DNA pun boleh tahan gak tapi dia banyak sangat dapat double bogey. Score dia 77. Saya dan Arham dapat score 73. Nampaknya course ini memang sesuai dgn saya...tak panjang sangat.

    Hari kedua saya main dgn TSH, Hj Osman dan Mutallib. Course ni memang gile panjangnya. 2nd shot belasah dgn 3 wood pun tak boleh sampai green. Kesian saya lihat member member dlm flt saya. Saya tabik Kol Mutallib..sebab dia langsung tak mencarut...setakat merungut tu adalah. TSH macam biasa..dia cool je. Hj Osman memang handal tapi dia cepat letih kerna usia dia sudah melebihi 70 thn. Namun permainan saya boleh tahan jugak...dapat nett 74, sama dgn champion kita. Overall saya kalah by 1 stroke. KALAU lah saya tak double par 8 pada lubang pertama hari pertama ...malas nak cakap.

    Akhir sekali saya nak ucap SYABAS kpd organizing committee yg telah merancang dan melaksanakan SENAT kali ni dgn sangat baik sekali. Saya memang tak ada komplen langsung. Puas hati 100%.

    ReplyDelete