Thursday, December 31, 2009

THE PRESIDENTS TROPHY – 29 DAN 30 DECEMBER 2009

Umum

Pertandingan Presidents Trophy sebenar nya hanya untuk satu hari, iaitu pada 30 Dec 09. Oleh sebab pertandingan ini diadakan diPort Dickson, maka pihak Convenor telah menjadikan nya sebagai satu acara untuk bersantai, bukan saja untuk members (golfers) tetapi juga untuk keluarga. Dengan itu pihak Convenor mengaturkan aktibiti untuk 2 hari iaitu pada 29 dan 30 Dec 09. Pada 29hb diaturkan supaya members yang berminat menjalani sessi latihan bermain 18 lubang diPDGCC. Pada malam nya pula diadakan acara makan malam ala Barbeque.
Ini saya kira aktibiti yang mengandungi 2 tahap – Tahap 1 pada 29 Dec dan Tahap 2 pada 30hb.Kini saya melapurkan aktibiti aktibiti 29hb saja dulu.

Tahap 1 – 29 Dec 09.

Oleh sebab saya tidak merancang bermain pada 29hb, saya bertolak lambat sikit dari PJ. Jam 2.00. Sampai pada jam 4.00 petang. Selepas check in, berehat sekejap, saya pun kePDGCC. Dalam memandu dikawasan kelab, saya menjengok juga kalau kalau ada members yang sedang bermain. Apa yang saya lihat ialah beberapa golfers sedang menarik trolley. Mereka bukan Setiakawan. Kalau Setiakawan members sudah tentu guna buggy. Tak perlu nak exercise. Cuma perlu main baik dan menang. Simple.
Saya keDriving Range. Kelihatan Asmadi dah pun berada disana. Ambik 50 biji bola (RM 3.50) dan berlatih lah saya. Nak peluh sikit dan harap harap dapatkan rythm untuk 30hb. Kemudian nya datang Sardon Kaprawi dan Saudara Zulkifli Bahrom. Mereka nampak sedang relax dan bersiar siar je.Lepas tu Dato Ghani, President. Dia ambik 100 bola. Ini serious. Jadi semua orang ada cara tersendiri menyediakan diri untuk menghadapi pertandingan pada 30hb. Harap harap cara cara tu akan berjaya untuk masing masing. Ini kira strategy masing masing, Saya rasa kesemua nya ada merasa ‘tense’ sikit. Ketegangan. Kat otak bukan kat tu.
Selesai diDriving Range saya keClubhouse. Menjenguk lubang 9 dan 18. Ada dua flights situ. Satu Sheikh Taufik, Affendi, Naha dan Dato Amin. Satu lagi Dato Ramli Harun dan beberapa lagi members. Hanya sempat bertegur sapa je. Kemudian nya diGolfers’ Terrace berjumpa dengan TSHM, DNA, MJHim dan Dato Isa. Bercerita lah mereka. Kesemuanya nampak relax dan puas hati. Mengikut cerita daripada mereka berempat 3 ada dapat birdie. Yang tak dapat ialah DNA sahaja. Dia potential juara tu. Kira kira nya kesemua mencuba menenangkan diri sabelum hari pertandingan. The Lull Before the Storm.
Saya juga meninjau kawasan Kolam Renang, tempat yang patutnya diadakan BBQ malam tu. Persiapan sedang dijalankan. Satu bahagian menyiapkan makanan dan satu lagi bahagian ‚karaoke’. Menjengok saya ketempat karaoke. Saorang staf sedang mengendalikan nya. Bertanya saya tentang lagu lagu yang ada. Adalah satu album CD dan satu folder senarai lagu. Kebanyakan, lagu lagu lama. Menyebut saya nama nama lagu terkini. Mengikutnya belum diperolehi. Lagu lagu terkini berada dalam ‚Karaoke Lounge’ dan tak boleh dipindahkan ketempat BBQ. Ini teknikal, saya kena terima je. Ternampak saya lagu Selasih ku Sayang. Ini lagu wajib Dato Khalid dan Datin Midah. Timbul dalam otak untuk memanggil mereka mendendangkan lagu itu malam nanti. Tapi yang jelas sistem suara nya dah lapuk. Sound Productionnya jauh lebih rendah dari sistem sistem yang pernah saya dengar ditempat tempat lain. Bila kita pegang mike dan cuba menyanyi dan ada bunyi gegaran, bermakna sistem yang dah lama. Yang menghampakan ialah pihak PDGCC terima saje keadaan itu. Tiada usaha untuk membaiki nya. Tiada pihak pengurusan yang menjengok untuk menentukan apa yang mereka siapkan ialah bersesuaian dengan keperluan pelanggan. Saya cuma kelihatan saorang berbaju batik yang macam ketua tapi berkelakuan memerhati saje. Suara tak kedengaran. Pada malam hari kelihatan dia juga mengangkat pinggan mangkuk. Supervisor ke pelayan? Pada saya, keseluruhan persiapan BBQ ialah Sikap yang tak Betul dari pengurusan hingga ke staf.

BBQ
Pada malam hari kelihatan members dengan keluarga mula tiba dikawasan BBQ. Ramai nya orang. Dari isteri, ke anak, menantu, cucu dan kawan. Dari cucu, saya kenal Amir. Cucu DNA yang saya kenal semasa Majlis Berbuka Puasa Setiakawan yang lepas. Mutalib datang dengan isteri, anak, menantu dan cucu. Kebanyakan isteri isteri menemani suami. Mesra nampak bila berjumpa. Maklumlah dah biasa berjumpa diacara acara lain. Pertama kali saya kelihatan Asmadi dengan isteri. Macam pasangan pengantin baru. Isteri isteri kebanyakan nya duduk setempat sementara suami suami (members Setiakawan lah tu) duduk dimeja berasingan. Yang jelas suasana mesra dan akrab. Dibahgian members tajuk nya tak lain dan tak bukan ialah – GOLF. Dibahgian isteri dan yang lain tak pasti pula. TaiChi mungkin.
Hidangan yang disediakan termasuk sup tulang (kambing gaknye), nasi goring, mee hoon goring, salad kentang, burger, sausage, satay, ikan bakar, buah buahan, minuman panas kopi dan kueh mueh. Saya ingat ada kambing panggang tapi tak dimasukkan dalam ‘menu’ rupanya. Dato Presidente menjemput semua menikmati hidangan dengan ‘Ladies First’. Selesai ladies, Gentlemen pula.Bersantap lah kita. Makanan memadai untuk kumpulan kami. Celah celah makan tu kita adakan sessi karaoke. Yang nampak memang biasa dengan karaoke ialah Aziz Norman dan Asmadi. Tapi yang memang seronok ialah Orang Tepeng kita Dato Malek Saha. Dia mendendangkan lagu Broery ‘Epilogue Cinta’. Sedap suara dia tapi dibatasi oleh sistem suara yang rosak. Beliau diikuti oleh Aziz Norman (lagu Jefrydin, Kenangan Ku) dan Asmadi. Dia rocker sikit. Lagu yang dia bawak perlu suara tinggi. Dia muda OK lah dia. Kebanyakan kita boleh low key. Kita juga jemput Datin Fatimah Huri. Dia sporting. Dalam tak banyak lagu tu terjumpa lagu ‘Burung Kenari. Mula mula dia berduet dengan Aziz lepas tu Dato Khalid pula menyambung. Datin Fatimah terus menyanyi sampai selesai. Kemudian nya dia akan bersama Datin Jah dan Datin Tini mendendangkan lagu ( lupa pulak lagu apa). Apa yang jelas ialah suara nya masih suara ‘the Golden Voice’. Itu sistem suara rosak, kalau yang baik lebih merdu lah dendangan dia. Datuk Anuarudin juga mendendangkan lagu ‚Hula Hoop. Lagu lama ni pun masih ada dalam senarai lagu lagu PDGCC. Saya juga memanggil Dato Khalid untuk lagu Selasih ku Sayang. Belum sempat dapatkan dia, operator set kata lagu tu tak boleh kerana CD scratch. Rosak rupanya. Kalau dah scratch buat apa masih ada dalam simpanan. Dah tak jadi Dato Khalid menyanyi. Celah nyanyi kita adakan tarian Pocho Pocho. Ini baik. Cuma makan masa nak cari lagu berentak pocho pocho. Tapi dengan members yang arif maka kita dapatlah lagu nya. Respon memang baik, terutama kaum wanita. Memang cantik pergerakan. Wakil lelaki, Orang Tepeng. Dia mainkan peranan ‘Anchorman’. Memang seronok tengok tarian itu.
Selesai makan, selesai menyanyi, selesai menari kita pun menamatkan majlis kita dan pulang kekediaman masing masing untuk berehat. Rehat perlu kerana pertandingan PRESTRO keesokan harinya. Untuk isteri isteri dirancangkan sessi TaiChi pada pagi nya yang akan dipimpin oleh isteri TSHM, Puan Sri Nur Aini. Harap harap ada cerita tentang TaiChi ni.kemudian.
Ini Tahap 1. Cerita akan bersambung dalam Tahap 2 pula.

Salam.

Setiakawan Berseronok.

ps. Sorry kualiti gambar kurang memuaskan. Harap members lain yang ada ambik gambar dapat kirimkan kepada saya di koljohn@hotmail,com.
Gambar tambahan akan saya masukkan lagi. Ikuti blog SetiakawanGolf selepas ini. DNA bagi deadline, jadi saya kena poskan yang dapat disiapkan dulu. Harap faham.

Sunday, December 27, 2009

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU DATO HASHIM YAHAYA DAN DATIN HALIJAH HARUN PADA 26 DECEMBER 2009





























Saya diberitahu bahawa Dato Hashim (MJHim) telah memaklumkan kepada Setiakawan bahawa dia akan ‘bercuti’ dari bermain golf selama 2 minggu. Ini bukan macam kes Tiger Woods. Ini kerana beliau perlu membuat persiapan untuk Majlis Menyambut Menantu yang telah ditetap pada 26 Dec. Itu sebab tidak kelihatan mukanya semasa 2 weekly outings kita yang lepas. Dia ada talipon saya pada petang Rabu, 23 Dec yang lalu. Saya sempat bertanya samaada dia perlu apa apa bantuan.
Dia menyatakan segala persiapan berjalan lancar dan tak perlukan saya lagi. Cuma dia mengingatkan saya supaya datang awal kerana secara dia mahukan saya berada sebagai ‘host’ juga saperti dengan RHM. Bila ditanya apa yang dibuatnya pada masa itu dia menyatakan ‘mengangkat kerusi, mengatur meja dan mengemas rumah’. Sempat saya mengingatkan nya supaya apa jadi pun, jangan ‚panjat siling’, kalau perlu pun suruh anak anak saudara yang ramai berada disana.
Saya juga faham penglibatan nya. Selalunya kami bila dah lama berkhidmat, banyak lah kawan. Selalunya bila tiba majlis serupa ini meminta kawan membantu. Pada lazimnya sebagai pengerusi jawatankuasa majlis perkahwinan. Dalam hal ini saya akur bahawa selalunya kawan kawan kita ni bersetuju dan memang merasa bangga diatas kepercayaan yang diberi. Bermakna juga selaku Ayah pengantin dia cuma beri ’General Instructions’ je sementara pengerusijawatankuasa akan terjemah arahan itu kepada ’Orders’. Pengerusi dan jawatankuasa nya lah yang melaksanakan segala perancangan. Selalunya kawan yang kita pilih ialah Ketua Setaf (KS) kita diMarkas. Seharusnya MJHim ni boleh meminta bekas KS nya semasa diMarkas 2 Div dulu untuk membantu. Tapi kali ni tak mungkin kerana KS dia dulu ialah bakal besan nya. Macam mana nak bantu. Sama sama sibuk. Rupanya dalam main main dikem tentera Abah dia berkhidmat, Hedzuan Azlee dah terambil hati kepada Nurul Nadia. Ini saya agak je. Ingin saya 'quote' comments yang diterima pada postings Akad Nikah oleh AMARIS yang berbunyi '
Ikan di laut, asam di darat
Di dalam kuali bertemu jua
Manikam bersahut, jauhari melarat
Di kolam hati,bersimpuh jiwa.'
SELAMAT PENGANTIN BARU
So bila kawan (squad pulak tu) dah ‘mengarah’ sedemikian saya pun kena turuti. Ini macam tekad kami ‘segala perintah patik junjungi’. Bertolak lah saya seawall yang boleh. Berlepas jam 11.15. Sempat lah sampai dalam satu jam. Masuk je Lebuhraya keSelatan dah mula nampak kesesakan kereta. Selepas tol Sg Besi nampak lengang tetapi sampai kekawasan berhampiran Bangi dah nampak makin banyak kenderaan. Pada mulanya ingatkan ada kemalangan kereta, tapi sampai kesudah tak nampak apa pun. Hari Natal sehari sebelum. Hari tu hari Sabtu. Kenapa semua dah bergerak pada hari cuti dan masih ada hari Ahad lagi. Hal hal serupa ni memang tidak dapat kita huraikan. Terima saje dan cuba bergerak seberapa cepat yang boleh.
Sampai kerumah MJHim dalam jam 1.00 tengah hari. Kad jemputan menyatakan ketibaan pengantin 12.30. Mungkin mereka pun kena ‚jam’, tapi rupanya mereka dah mengatur sebuah rumah sebagai Staging Area diKem Sikamat di Seremban. Tak kena ‚jam’lah. Pada masa itu mereka sudah pun berada didalam rumah. Saya masuk kedalam. Kelihatan ‚Penghulu’ kita (Dato Sulaiman) dan isteri sedang bersalaman dengan kedua mempelai. Saya dan isteri pula dijemput bersalam dengan pengantin. Sempat kami mengucapkan ‚ Tahniah dan Selamat Pengantin Baru. Dapat bunga telur. Kelihatan keseluruhan Rombongan Pengantin Perempuan berada diruang tamu berdepan pelamin. Sempat menegur sapa dengan Dato Mahdi Yusof. Kawan lama.
Selesai acara tu kami pun kedepan rumah untuk bersama kawan kawan lain menjamu selera. Saya join Dato Amin dan Datin Lin. Lauk yang dihidang termasuk nasi minyak, nasi putih, lauk dalca, daging lembu rendang tok, ayam goring dengan kari pulay, acar darat, dan lemak ikan kering nenas. Ini top. Dato Amin tak sentuh yang lain. Asyik tumpu kat lemak ikan masin nenas.

Memang sedap memang enak. Dalam makan tu kita juga menegur sapa kawan kawan lain termasuk dari Setiakawan dan juga Club 12/68. Riuh dikawasan kami. Ternampak saya Orang Tepeng (Dato Malek) dan isteri. Dalam bisik, saya dendangkan nya lagu ‚Rindu SeRindu Rindu Nya. Rindu dah lama tak jumpa dia diWeekly Outings kita. Mungkin sibuk. Nampak RHM menerima sesuatu dari nya.




Rupanya penjelasan baki untuk PRESTRO pada 30 Dec 09. RHM ni rupanya ambik kesempatan mengutip ‘dues’ dari member. Sebab tu ada kertas ditangan nya. Ingat nak beri ucapan. Maklumlah, dia pun host macam saya. Rupanya senarai ahli Setiakawan.



Dicelah menyambut tetamu, sempat juga saya menjenguk diHigh Table. Pengantin sedang

‚bersantap’. Nampaklah Ayah dan Ibu pengantin perempuan, Dato Sulaiman dan isteri serta Pak Menakan Pengantan Lelaki Yusof dan Jah. Ada Wedding Cake didepan High Table. Sempat ambik gambar, tapi tak sedar bila diadakan acara memotong cake itu. Yang jelas, saya dimaklumkan cake tu dibekalkan oleh Puan Marsuah, isteri RHM. Siapa nak order kek boleh lah order kat dia memalui RHM atau boleh Tanya Datin Jah.
Ramai kawan kawan yang kami jumpa. Cukup meriah dengan bertanya khabar, bertanya tempat, bertanya aktibiti dan bertanya keadaan kesihatan. Pada keseluruhan nya nampak lah juga rambut putih yang kian berlebihan dari dulu. Dato Presidente dan isteri Datin Presidentee juga bersama kami. DNA dan Datin Mani pun ada. Ternampak Dato Ismail Hassan dan isteri, Tan Sri Ilyas Din dan isteri, Tan Sri Nik Ismail, member lama Basri, Shafique, Zainal Yan. Blogger yang banyak followings Pak Chad juga ada. Saya berjumpa OC saya semasa saya pertama kali dipasukan 2 RAMD. Dia OC, saya Platoon Commander. That was 39 years ago. Until today he still treat me as a Platoon Commander. Bila ditegur bahawa saya dah lanjut umur dia selalu menjawab, ‘it doesn’t matter, you are still my platoon commander’.





Dah berjanggut pulak. Saya dengar dia memang warak sekarang. Alhamdulillah.
Club 12/68 pun turut menyahut undangan. Presidente kami, Mej Ismail tiba dengan isteri Azizah, Dato K, Dato Jamil Rais, Hj Hamdan,Dato Ramli Harun, Dato Isa, Ahmad Ismail, Rahman Jabir. Kesemuanya dengan isteri mereka.
Kemudian nya saya sempat duduk semeja dengan Tan Sri Hashim Hussien atau lebih dikenali sebagai Jack Palance. Dalam berbual dia juga cuba mendapati arah keSeremban 2. Ingat ada Nilai Tiga aje, rupanya Seremban pun ada no 2. Ada satu lagi jemputan. Banyak nya majlis perkahwinan pada hari tu.




Saya berada dirumah MJHim sehingga jam 4.30. Bila dah nampak tak ada lagi tetamu, saya pun meminta diri untuk pulang. Ketika berjumpa dengan nya Dato Hashim Yahaya menyatakan kesyukuran dan kegembiraan nya diatas kedatangan kawan taulan serta keluarga. Beliau memanjangkan ucapan terima kasih nya yang tak terhingga.
Dari kami pulak ‚Tahniah kepada nya dan Datin Jah kerana menerima menantu.
Kepada Adek (Hedzuan Azlee) dan Nurul Nadia – Selamat Pengantin Baru. Semoga Berkekalan keAnak Cucu. InsyaAllah.
Salam

Setiakawan Dapat Menantu - Lagi




ps: Gambar tambahan akan dimasukkan selepas ini.