Thursday, May 5, 2011

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS DIPALM VILLA GOLF AND COUNTRY RESORT, KULAIJAYA PADA 2 HINGGA 4 MEI 2011.

Hari Pertama – Melapur Diri

Hari ini hari melapur diri ke tempat yang kita tetapkan. Dalam perjalanan kelihatan banyak kenderaan. Selalu nya bila sesak diKuala Lumpur, lepas Seremban dah reda dah. Kali ni tidak. Trafik sesak sehingga hamper ke Johor Bahru. Ialah ramai pulang selepas cuti gantian hari pekerja pada 1 Mei. Kereta banyak yang bernombor plet Singapore. Nak berhenti kat Tempat Rehat Pagoh pun tak jadi kerana terlalu banyak kereta. Nak parkir pun susah. Terpaksa teruskan perjalanan ke Machap Rest Area lak. Baru boleh berhenti makan lunch. Dalam perjalanan lak terima panggilan dari Dato K nak tahu exit ke Kulaijaya. Memang penting masuk jalan keluar yang betul, kalau tak sampai JB lak.
Sampai dikelab berjumpa dengan pembantu kita untuk pendaftaran. QM Zahir dengan Kapt Khairul. Mereka telah berada disana sejak jam 1.00 t/h lagi untuk menerima members Setiakawan yang sampai.

Disana, selepas mencatatkan nama, kami diserahkan kad penunjuk bilik dikediaman kami yang dipanggil SUMMIT. Bersekali, kami diserahkan flight list, Rules & Regulations SENAT dan Pas masuk ke SUMMIT. Bergerak kebilik. Dah ramai sampai. Riuh tempat tu. Macam kat kampong lak. Selain dari bertanya apa nak buat, ada juga bertanya mana nak makan. Kebanyakan dah dapat bilik. Ada juga yang baru sampai dan memasuki bilik masing masing.
Celah celah tu ada juga terima talipon meminta arah ke Palm Villa. Itu semua nya biasa bagi kita.
Pada jam 7.45 malam lak ramai balik berkumpul. Nak gi makan malam lak. Malam pertama ni acara bebas. Cari makan sendiri.


Ada yang dah tahu mana nak pegi. Saya cangkuk diri dengan Dato Presidente bersama Datin Fatimah. Kami ditunjuk tempat oleh Kol Sukimin dan anak buah nya.
Kita ke Nasi Lemak Putera. Kira nya tempat makan ternama disitu. Makan diluar.


Tempat letak kereta. Biasa lah. Kami pun order. Nasi lemak, mee kari, mee sup dan juga kaki ayam goring. Empedal goring pun termasuk. Bila time bayar, Dato Presidente yang membayar.




Apabila ditegur, dia menyatakan dia belanja kerana dia baru menyambut hari lahir nya ke 70 seminggu yang lepas. Happy Birthday Dato, dari kami.


Selesai makan kami pulang ke Summit dan balik ke bilik untuk berehat. Maklumlah keesokan hari dah mula pertandingan. Kira nya semua yakin akan memenangi SENAT 4/2011 kali ni.

Salam.
Setiakawan Tidur Nyenyak.

10 comments:

  1. Well done John,that was quick.Nak test je respond ni masuk ke tidak.

    ReplyDelete
  2. Roger. Masuk. Cerita lah panjang panjang sikit.
    john

    ReplyDelete
  3. Sahabat SETIAKAWAN sekalian,

    Semalam dah karang panjang tapi tak dapat masuk,tak tau kenapa. Munkin tak cukup ilmu lagi kot.Saya cuba lagilah.

    SENAT ke4 telah berjaya dilaksanakan.Saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta khususnya Dato Tairobi,Kol John,Raden dan Kol Mutalib kerana telah dengan sukarela berusaha menentukan pertandingan ini berjalan dengan sempurna.

    Saya juga merakamkan setinggi tahniah kepada sahabat saya MG Dato Amiruddin kerana telah berjaya menjadi Juara SENAT ke4.Tidak lupa juga saya mengucapkan tahniah kepada MG Dato Malik Sahar,orang Tepeng yang disukai ramai kerana meduduki tempat kedua.Beliau hampir hampir menjadi johan sekali lagi.Syabas Dato for that fighting spirit.Tapi elok benarlah orang hdcap rendah yang menang tak sapa boleh pertikaikan.

    Secara umumnya SENAT ke4 menepati objektifnya.Nak tau cerita lanjut dengan gambar gambar yang menarik bacalah blog SETIAKAWAN.Terima kasih Yem for all the photograph yang menarik.Anda memang professional dalam seni photography.

    Salam hormat dari saya,Chairman SENAT
    MJHim

    ReplyDelete
  4. Kawan kawan sekelian,

    Pertama tama TAHNIAH kpd Dato Amiruddin yg menjadi johan SENAT kali ini. Dia ni memang saya hormat sejak dari dulu lagi kerana mempunyai "one of the most beautiful swing". Kekadang nak juga tiru swing dia tapi tak pernah menjadi. Lagi hancus adalah. Well done Amir. Terima kasih...dia share winning dia sikit dgn saya. baik betui kawn saya ni. Kesian kot kat saya sebab saya tak dapat satu sen pun.

    Tahniah juga kpd Dato Malik Sahar yg hampir2 dapat mempertahan kejuaraan dia. Yg saya heran apasal hcp dia tinggi sangat. Ni misti dia ada buat MOU dgn Dato Amin nih. Dia kalu main dgn saya tak amik stroke pun dan tetap boleh mengkalahkan saya. Hebat betul orang Tepeng nih. Well done Dato. Nasib baik dah pencen. Kalu masih berkhidmat lagi, misti dia kasi saya smoke dlm flight dia. Dulu jangan mimpi le nak hisap rokok dlm light dia. Strict betul.

    Seperti biasa, misti ucap tahniah kpd semua yg berkenaan dalam menganjur SENAT ini. Dari President, Deputy President/capt, Chairman SENAT, Raden, Dato Tairobi hinggalah Kol John. Semua nya best kecuali bilik banyak nyamuk.

    Capt ni pantang je Raden sebut next SENAT KK terus menyambut dgn semangat yg berkobar2. Tak tahulah boleh accomodate ke tidak pada tahun ni. Rasanya program kita dah cukup padat. Tapi kalu tahun depan tu boleh le kita consider. KK memang best untuk golf. Highly recommended.

    Go SETIAKAWAN go...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Setiakawangolf members,
    Saya ucapkan setinggi tahniah kepada penganjur SENAT ke4 kerana berjaya melaksanakan pertandingan tersebut dengan jayanya.
    Saya tidak terkilan kerana gagal mempertahankan kejuaraan sebab kalau menang Mutalib kena "swollow his words". Camna pun, tahniah kepada Dato Amiruddin yang bermain begitu hebat sekali. Kalau tidak kerana dia, menanglah saya. Tahniah Dato Amir...sekarang Datin Tini tidaklah komen Orang Tepen je menang....
    Saya menjadi Naib Juara dengan 139 pukulan, 5 under lah...jadi saya dah bercakap dengan Dato Amin saya accept handicap 18 dpd hari ini...hope so. Salam kepada semua Ahli SETIAKAWANGOLF.

    ReplyDelete
  6. Delta Mike,

    Mana bole slow talk dgn Dato Amin. Kan Dato score 7 under.Bukan 5 under. mana boleh potong 1 sroke je. Kurang2 potong 5 stroke..he he. Maaf Dato.. melawak je

    ReplyDelete
  7. Delta Mike

    Orang Tepeng memang gentleman lah,sanggup turun sendiri hdcapnya.Saya percaya Capt kita akan happy dengan pendirian ini.Saya sah Delta Mike memang terre sekarang tapi orang macam saya,John dan Raden yang semuanya hdcap tinggi masih takg gentar dengannya..he.he,sory lah Dato

    Tapi si Raden ni pun patut juga ikut contoh yang baiklah macam Mike Delta ni.Sungguh pun dia tak menang tapi selalu pi depan ambil hadiah daily medal.

    Salam SATU SETIAKAWAN GOLF

    ReplyDelete
  8. Kawan-Kawan Skawan Golf,

    Congratulations to Dato' Amir for becoming SENAT 4/2011 Champion. It is remarkable to see a Skawan member playing a commendable handicap ( single and Medal A ) returning with 7-under and a total of 11-under, on a strange course. Well done Dato' Amir.

    Congratulations also to those who played under during SENAT 4/2011 championship ( Dato' Malek, Dato' Isa, Col Abdullah Khir ) and I am glad to hear Panglima Handicap will appropriately and fairly award them their "true" handicaps with immediate effect. Panglima handicap, please have no fear or favour!

    We must thank SENAT Chairman, MJHim, Dato' Tairobi, RHM and John for making SENAT 4/2011 a success. We also thank the "Sappers" from Kluang who assisted us ( thanks to Dato'Tairobi
    for his influence) to make our Kulaijaya outing
    a memorable one.

    I enjoyed the SENAT 4/2011 outing to Kulaijaya though my overall golf performance was very much to be desired. I shot "2 burdies" during recce/training 14 hours earlier and I thought I could conquer the course, but Golf is Golf... the harder I tried the more miserable was my score! My only happiness is, I would have played well under if I were to play to 20 or 22 which I am hoping to achieve before SEGOY in January 2012!

    I hope ALL members and their wives enjoyed the Kulaijaya outing as much as I did though I feel that the club management could have been more responsible to their clients.

    See you ALL for SIM in Ho Chi Minh City.

    DNA




    We must thank SENAT Chairman

    ReplyDelete
  9. DNA,

    Well said sir. Setuju Dato main hcap 20 or 22 dan daya pula 22 or 24. Prestasi saya 2 bulan kebelakangan ni sama je dgn Chairman SENAT dan blogger kita.Selagi hcap kita kekal kat takok yg sama, selagi itu le kita jadi penderma budiman kpd mereka yg sentiasa menang.

    Esok walau pun tangan kiri saya sakit, saya akan tetap bermain untuk mengumpul score yg jelek secepat mungkin agar bulan depan bole dapat hcap baru.Tapi kalu setakat naik satu atau 2 stroke tak ade ape maknenya pun. Masih tak boleh dapat duit hadiah. Aduuuhhh

    ReplyDelete
  10. Kawan kawan sekelian

    Nak komen sikit pasal reaksi atau non reaksi dari johan SENAT kita kali ni. Dato Amir..apa pasal sonyap jo lepas member2 menyampaikan tahniah serta puji pujian. Saya percaya you baca blog ini dan ada masa untuk membuat komen. Delta Mike yg jadi Deputy Champion pun boleh buat komen. Kesian John penat tulis laporan..kasi sikit sokongan le kpd dia. Saya percaya dia akan merasa teruja jika ramai member membaca blog dia sambil membuat komen. Jangan mare

    ReplyDelete