Saturday, May 14, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 11 MEI 2011 DI KINRARA GOLF CLUB

Permainan Mingguan kita pada 11 Mei, kali ni diadakan di Kinrara Golf Club. Ini kelab yang digemari ramai. Kali ni seramai 32 members memaklumkan kehadiran. 8 flight. Ramai tu. Cuma saya dimaklumkan ada yang tak datang. Kemudian nya saya dimaklumkan ada juga yang tak datang atas alasan tak puas hati janji tak ditepati. Dengar dengar janji untuk disekalikan dengan flight President tak dipenuhi, maka kawan kita tu menarik diri. Kadangkala perkara serupa ni terlepas pandang. Maklumlah banyak perlu diatur oleh Convenor. Jangan lah melenting sangat. Terima ni sebagai hakikat atau ‘glitch’ dalam mengatur dan merancang kumpulan kita.
Dalam SMS RHM pada subuh 11 Mei, dia memaklumkan bahawa sarapan pada pagi itu akan ditaja oleh Che Gu Nasir. Beliau telah dianugerah darjah kebesaran negeri dan sekarang ni digelar Dato. Dulu kita panggil dia Che Gu, sekarang Dato Che Gu lah. Dari kami, Tahniah kepada Dato Che Gu Nasir dan Terima Kasih kerana belanja kami sarapan.
Kita bermula pada jam 0815 dari 1st dan 2nd nine. Damai dan Sutera. Tak banyak gangguan kerana semua ikut aturan. Cuma terdapat beberapa golfers dari kumpulan lain. Terpaksa terima bahawa kita tidak dapat ‘exclusivity’ untuk bermain disana. Takde masaalah. Cuaca elok tapi bahang. Bukan panas – bahang. Ini maknanya kalau panas berdekatan api, tapi bahang adalah ‘atas api’. Takde angin langsung. Terjelir lidah. Semua tak sabar nak abis. Nak berdiri bawah shower.
Kita adakan makan tengah hari diBilik Kinrara 1. Bilik aircon. Lega rasa. Macam biasa kita ambil makanan dan bersembang. Selalu nya topic kita ialah tajuk umum. Kali ni banyak dengar pencapaian. Tentang member kita yang dapat 3 birdie berturut turut. Celah tu ada juga mengatakan bahawa dia tak boleh main kat handicap 19. Mesti potong. Banyak cadangan ditujukan kepada Panglima Handicap, Dato Amin Salleh. APN dia senyum je.
Selesai makan acara penyampaian hadiah. Ramli Kinta mengambil alih. Keputusan pada hari tu adalah saperti dipamirkan.


Selesai penyampaian hadiah, jawatankuasa berbincang. Antara yang dibincang ialah:
a. Postmortem berkenaan SENAT 4/2011 di Palm Villa Golf & Country Resort. Pada keseluruhan nya pertandingan itu telah berjalan lancar. Kira kira pertandingan juga dijelaskan. Cost overrun sebanyak RM 122.90. Jawatankuasa juga memutuskan supaya deposit mereka mereka yang tidak dapat menyertai disaat saat akhir tidak akan dikembalikan. Ini disebabkan komitmen kita kepada kelab yang telah kita bayar. Kira ini ‘Sunk Costs’.
b. SIM di Ho Chi Minh City juga dibincangkan. Secara menyeleruh, jawatankuasa dimaklum perkembangan tentang persiapan kita ke sana. Keseluruhan seramai 23 ahli bersama 13 ahli keluarga akan menyertai. Difahamkan disana USD ialah ‘the preferred currency’. RM pun diterima. Bawa lah sikit ‘won’ untuk perbelanjaan sampingan saperti ‘tip’. Permainan golf samaada practise atau pertanding SIM sedang diperkemaskan. Yang pasti SIM akan dilangsungkan di Vietnam Golf Club dan Thong San Golf Club. Juara SIM sekarang ni ialah Mohd Nazri Sulaiman dengan Net 72. Siapa lak Champion di SIM Ho Chi Minh.
c. SIM Bandung. Dibincangkan juga. Sikit sikit je. Perbincangan pesat akan diadakan selepas Ho Chi Minh. Untuk tujuan perancangan ianya telah ditetapkan mula 16 hingga 20 Oktober 2011.
d. Deputy Presidente, DNA ada menyuarakan hasrat nya untuk menjemput members makan tengah hari dikediaman nya. Lepas golf weekly kita. Course yang terdekat ialah Kelab darul Ehsan. Jadi standby lah pada Rabu ni, 17 Mei, kita akan bermain disana. Mengikut cerita tim tinjauan akan ke sana lepas Sembahyang Jumaat 13 Mei ini.
e. RAFOC juga akan mengadakan pertandingan golf pada 07 June 2011di Bangi Golf Resort. Ini untuk bekas pegawai tentera. Penerangan lanjut akan menyusul. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ramli Kinta.
Salam.
Setiakawan Ke Kelab Darul Ehsan Lak.

2 comments:

  1. Hi Kawan-Kawan Skawan Golf,

    We must thank John for an elaborate posting of last week's skawan outing at Kinrara GC. Thanks John.

    Congratulations to Dato' Malek for becoming the overall champion. Returning with 5-under will definitely bring Dato' Malek to 14 or 15! What say you, Panglima Handicap?

    I joined the recce party ( 8 of us ) to Kelab Darul Ehsan (KDE) GC last Friday afternoon. It was a 9-hole affair with insufficient daylight for us to proceed with the 2nd nine. Anyway, it was a good decision because after we left the golf course for the cafe, heavy rain started to ruin the remainder of our afternoon.

    KDE GC is a 9-hole course, not an easy course and NO excitement. Most golfers always prefer 18-holes and this is much expected especially for golfers who drive long. My advice....play strategic and intelligent golf at KDE and you will be alright.

    If we so decide to play at KDE GC, Mani and I will be most happy to host the participating Skawan golfers for lunch at our place and Radin.....please don't charge them for lunch!

    See you guys at KDE GC for next outing and at our place for lunch, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete
  2. Dear kawan-kawan,
    Apalah nasib saya nie setelah menjadi Champion di Kinrara pada 11 May dulu, kena potong 3 stroke lak. Saya bukanlah pandai main sangat tapi hanyalah "a normal golfer with bountiful LUCK". Jadi, bila takde LUCK, merana lah kat KDE...1st nine je dah habis 15 strokes...kesian kan kawan kawan?
    Selain daripada LUCK, saya juga kekadang "rose to the occassion" bila tercabar. Pada permainan kat Kinrara GC, Dato Hashim Yahya made a statement:...Dato Malek,sorrylah this nine I'll beat you hands down... Dia cakap camtu sebab dia dah 3 up,4 to go. Hmmmm...saya berazam nak beat dia. Alhamdulillah, saya dapat birdies on 6,7&8. YBhg Dato Hashim ada stroke on 9th, tapi saya dapat par & dia dapat double bogie. Menang saya kawan-kawan...The lessons learnt: jangan cabar kawan satu flight dengan kata-kata sinis dan jangan takbur dengan keupayaan anda. Dato Hashim, jangan marah yaaaa...handicap anda pun dah jadi 22 sekarang. Malangnya saya dah turun 15, bermakna instead of giving 5 strokes, dah kena bagi 7 strokes lak...inilah yang dikatakan justice.Salam DM.

    ReplyDelete