Friday, May 20, 2011

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DIKELAB DARUL EHSAN PADA 18 MEI 2011

Tak penah penah kita dirancang main di Kelab Darul Ehsan diAmpang pada 18 Mei ni. Ia lah diKlL tepai kelab tu 9 lubang je. Tak de caddy lak. Berat juga mula mula nak main, tapi tertarik juga kepada kelab yang tak penah kita cuba. Sebab sebenar ialah Deputy President cum Captain, Dato Nawi Alias, menjemput kita kerumah nya untuk makan tengah hari. Satu cara ialah selepas bermain golf mingguan kita. Course yang berdekatan dengan rumah nya ialah Kelab Darul Ehsan. Ada juga tinjauan dilakukan oleh beberapa ahli pada 13 Mei. Hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat. Dengar cerita ada 2 flight. Kira nya course serta aturan yang dipersetujui diterima, maka maklumat disebar kepada members untuk kesana pada 18 Mei.
Menggagau juga nak cari Bag Drop. Lepas bertanya baru jumpa. Kena angkat beg sendiri ke rak yang disediakan. DiCafeteria (warong lah tu) members berkumpul dan bersarapan.

Kopi, cheese sandwich dan karipap. Simple je. Nampaknya terpaksa cover semasa lunch nti. Mengharap Datin Mani prepare banyak lauk.
Kita ke buggy, beratur dan dari situ di tunjuk ke tee box yang kita patut tee off.






Flight saya, Dato Amiruddin (9), champion SENAT 4/2011, Kol Razaki (15), Mej Rustam (15)dan saya (24). RHM mengatur sedemikian supaya saya boleh belajar dari mereka mereka ni. Memang terra belaka depa ni. Ingat shot gun start ni, licin lah perjalanan kita. Tak juga. Rupanya ahli kelab sana dah memulakan permainan lebih awal lagi.

Kita terpaksa akur akan keutamaan yang diberi kepada pemain yang sedang bermain. Marshal menyatukan perjalanan permainan kita dengan menyelang yelikan kita dan mereka.


Course nya cantik tapi tight. Sempit lebih sesuai untuk menerangkan. Pemandangan sepanjang jalan cantik. Ada apartment tinggi, ada tempat yang orang Ampang baki makanan kepada hidupan liar. Pemandangan tercantit ialah sebuah masjid dicelah rimbunan pokok.




Walau pun cuaca redup, tapi bahang. Takde angin langsung. Peluh menyimbah yimbah.
Menengokkan Dato Amiruddin dan yang 2 lagi bermain memang suatu kepuasan. Maklum handicap masih 24. Ada juga Bulls Eye, tapi ‘eye’ nya terlalu kecik kalau membezakan dengan apa yang kita biasa.


Mengikut cerita takde siapa yang dapat. OK. Hadiah akan snowball. Pada awal lagi MJHim telah mencanang perubahan handicap nya dari 24 ke 22. Saya dan beberapa member lagi kekal ditakok lama. Terpaksa lah ucap tahniah kepada nya. Yang berat saya terima, dia akan beri saya 2 stroke. Sudah tentu dia akan exploit kekurangan saya tu.
Kita selesai bermain lebih kurang jam 1.30. Terpaksa mandi disebabkan terlalu panas dan juga akan kerumah DNA. Kalau bau hari, nanti Datin Mani tak bagi masuk rumah lak. Sampai dirumah DNA, hampir kesemua member dah ada disana.
Hidangan yang disediakan adalah berbagai jenis dan banyak. Tak tau lak apa nak ambik. Memang sedap, memang lazat, ikut hati nak makan semua. Manisan lak, pulut durian. Penutup nya kopi. Memang tak rugi bertungkus lumus dipadang tadi. Pulangan nya ialah hidangan makan Datin Mani special. Terima kasih Datin. Bila lak kita boleh atur main golf kat Kelab Darul Ehsan lagi. Terima Kasih Daun Keladi lah tu.
Acara pembahgian hadiah diadakan selepas tu. Kol Mutalib mengacarakan. Pemenang pemenang kita pada hari tu adalah saperti dipamirkan:






Daripada Dato Presidente dan semua members, kami mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Dato Nawi dan Datin Mani yang dengan murah hati telah mempelawa kami kerumah serta menjamu selera. Semoga Dato, Datin dan keluarga sentiasa dirahmati Allah dan direstui dengan kesempurnaan dan kebahgiaan hidup.











Salam.
Setiakawan Dah Takluk Kelab Darul Ehsan

2 comments:

  1. Hi Kawan-Kawan Setiakawan Golf,

    Thank you John for posting a wonderful report on last Wednesday Skawan golf outing in quick time.

    Congratulations to Dato' Hamid for becoming this week's overall champion. Well done, Dato'.
    ?????? last week it was Dato' Malek, before that was Col Shahidan, Gen Tan Srik Nik Ismail..
    Ada apa-apa ke X RMAF ni?

    It has been quite a while Mani and I wanted to host lunch for Skawan members and I am glad we were able to do so last Wednesday. Mani and I hope all participating Skawan members have enjoyed the lunch as much as we enjoyed having all of you at our place.

    Those who have not played well at KDE 9-hole course... please forward your unhappiness to RHM.

    See you at SIM in Ho Chi Minh City, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum geng Setiakawan,
    Thank-you Dato Nawi & Datin Mani for the wonderful lunch...I liked best the kuah durian & pulut.
    It was worth participating & playing at KDE for the eventual lunch although I hope not to return to KDE again...you tak enjoy main kat lapangan camtu.I dah habiskan my hp15 pada 1st Nine lagi & scored another 15 over in 2nd Nine...totalled 102...kesian. Kol Dato' Hamid OK-lah sebab dia pukul pendek & tepat kerana dah berumur, tu pasal dia menang. Kalau dulu dia pun akan salah sasaran kerana kekuatan tenaga. Kesimpulannya: KDE nie untuk bagi peluang pada mereka yang kurang tenaga pukulan kuat...jangan marah ye kerana inilah post mortem yang boleh saya buat...apa komen DNA & DHY?

    ReplyDelete