Wednesday, May 11, 2011
SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS DI IOI PALM VILLA GOLF AND COUNTRY RESORT, KULAIJAYA PADA 2 HINGGA 4 MEI 2011.
Day 1 – 03 Mei 2011
BARBEQUE NIGHT
Memang kerap tiap tiap kali kita mengadakan pertandingan, kita selitkan satu malam jamuan. Selalu nya ala Barbeque. Kini di Palm Villa G&CR, kita aturkan BBQ. Petang tu hujan lak. Dari bilik penginapan, tertanya juga macam mana Mej Jais dan anggota nya akan menagani nya. Basah lencun gak nya. Entah entah daging tak masak. Jadi Alley Oop lah kita.
Pada jam lebih kurang 1945, masih gerimis lagi, saya ke kawasan Kolam Renang. Lega dalam hati. Kelihatan khemah, band muzik, beberapa kumpulan sedang kiat membakar. Secara umum kegiatan untuk BBQ berjalan lancar.
Banga rasa dihati menjadi saorang tentera (dolu dolu), melihatkan dalam keadaan ‘adverse weather conditions, things still runs’. Teringat juga sebagai saorang infantry sebutan kami ‘Nothing stops an infantry, delay yes, but never stops’.
Saya ketempat band sedang testing. Celah testing tu saya dendangkan satu lagu Broery ‘Biar Bulan Bicara’.
Selesai nyanyi tak kedengaran tepukan. Rupanya tak semua members yang dah sampai. Lama kelamaan bertambah members kita kekawasan BBQ. Tak perlu bimbang hujan kerana dah diadakan khemah. Nampak baru. Mengikut mantan CE, DaTaRaz, khemah baru yang dapat dipinjamkan oleh IKEM. Selesa, sebab , celah celah kita disana terdapat juga hujan rintik rintik. Ini semua keupayaan Rejimen Askar Jurutera DiRaja. Peranan mereka pun ‘ To assist the Army, To Fight, Live and Move’. Kira pada malam tu, mereka lah the saviour.
Bukan pasal keupayaan melaksanakan tanggungjawab tapi lebih kepada keupayaan merancang serta mengambil kira alternative dan opsyen. Syabas saya kepada mereka.
Setelah semua members dan isteri hadir, kita memulakan acara dengan ucapan oleh Chairman SENAT. Ini diikuti oleh Dato Presidente yang mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan penghargaan serta mengucapakan terima kasih kami kepada RAJD, khusus nya Institut Kejuruteraan Tentera Darat Malaysia, IKEM, dan staf mereka.
Selesai ucapan Dato Presidente, kita telah menjemput Dato Malek Shahar untuk menerima miniature piala SENAT. Piala Kejuaraan terpaksa beliau serahkan balek untuk ditandingkan.
Selesai upara itu kita meneruskan BBQ kita. Ada chicken chop, ada lamb chop on hot plate, ada kueh teow goring, ada nasi goring. Buah buahan sebagai manisan iringan. Ada juga Fruit Carving. Cantik. Tak pasti lak untuk dimakan sebagai dessert atau untuk hiasan je. Kelihatan sampai kesudah tak bercuit. Kita semua tertarik dengan hidangan yang sungguh sedap. Ada yang ambik ‘seconds’ pun. Ialah lapar selepas bermain 18 lubang. Kena makan untuk tenaga keesokan harinya.
Celah celah makan kita jemput penyanyi kita lak. Mula mula Datin Fatimah Huri. Dia mendendangkan lagu Besame Mucho dan Abang Becha diubah kata kepada ‘Abang Golfer’. Cuba dengar juga apa dia kata. Bunyi macam dia mengata kita. Antara senikata nya ialah ‘ Abang Golfer Abang Golfer DiTengah Padang, Mengangkat golf bag berat berkilo kilo, Putar Putar pukul bola keliling padang, Gaya ada, bola melayang tak masuk lubang”. Ada lagi. Akan saya cuba poskan keseluruhan senikatanya. Tak silap saya, Datin dan para isteri mengarang nya dimeja makan je.
Lepas tu Kol Abdullah Khir menyampaikan lagu ‘Pesanan Buat Kekasih’ dan lagu omputih ‘Sway’. Baru kita tahu, selain dari main golf dengan baik dia juga boleh menyanyi. Pas tu kita jemput Orang Tepeng lak.
Dia menyampaikan ‘Ayam Den Lopeh’. Dia memang sporting. Ajak je semua boleh. Selalu nya acara kita selitkan poco poco, tapi kali ni tidak kita lakukan. Takut dalam memutar mutar tu termasuk kolam lak.
Sepanjang malam tu, kita didendangkan oleh band dari 61 Rejimen Artileri Diraja yang mengelar diri mereka Locate Acoustics Group (LAG). Mereka memang baik dan hebat. Dapat menyesuaikan dendangan mengikut citarasa semua. Kebanyakan nya ‘Oldies & Evergreens’. Well Done LAG.
Kita selesai lebih kurang jam 1100 malam. Semua balik bilik terus. Takde lak yang mencadangkan merayau ke Kulaijaya. Takde mencadang perbincangan dan takde yang mencadang sembang sembang. Semua nya ndak tidur, berehat dan cergas untuk keesokan hari. Day 2. Kira nya Final Round. Hari Penentu.
Salam.
Good Night Setiakawan.
ps: Gambar tambahan akan dimasukkan kemudian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment