Tuesday, March 1, 2011

SETIAKAWANGOLF RANKINGS FEBRUARY 2011



Sekali lagi dibentangkan Rankings bulanan kita. Kali ini untuk bulan February 2011. Sila lihat senarai yang dipamirkan dibawah.


Kiraan:













Dari Rankings terbaru ni kita dapati seramai 118 tersenarai tapi hanya 66 yang mendapati points. Ini berbeza dari Rankings bulan Januari dimana kita ada seramai 70 tersenarai tetapi hanya seramai 46 saje ada points. Ini kita boleh merumus bahawa makin ramai menghadiri weekly outings kita. Untuk bulan Februari ni nama yang tersenarai ialah seramai 118 tetapi seramai 66 orang saje menyertai dan mendapat sekurang kurang nya 1 (satu) point. Kira nya ini insentif untuk penyertaan. Sesiapa yang main je, akan mendapat point. Tambahan pula, akan dikira penyertaan.
Ingatan: Keperluan untuk layak pertandingan SEGOY ialah 25 kali penyertaan.
Kalau ada point tapi tak cukup penyertaan, tidak akan layak bertanding untuk SEGOY.
Untuk bulan ni yang Top ialah:
a. Mohd Nazri Sulaiman. Walau pun menyertai 3 kali je, tapi dia dapat champion 2 kali dan nombor 7 sekali. Point dia 138.
b. Kol Abdullah Khir. Dia tempat ke2. Penyertaan penuh. Minggu pertama dapat satu point je kerana penyertaan. Pas tu nombor 2, 7 dan 16. 107 point.
c. Kol Mohd Affendi Mustapha ditempat ke3. Bulan Feb dia full attendance. Ungkapan ‘ I have Returned’ nampaknya terbukti. Minggu pertama takde kedudukan. Belum panas badan. Dapat satu point je kerana penyertaan. Minggu ke 2 dapat nombor 5, ke3 nombor 20 dan minggu terakhir jadi Champion. 105 point. Simpan itu masa Kawan.
d. Dari ke4 hingga ke10, termasuk Captain kita DNA, Dato Mokhtar Parman, Dato Amiruddin Aladad, Kol Arham yang kembali menunjuk taring nya, Dato Roslan Hanafiah dan Champion SEGOY 2010 Kol Mutalib.

Keputusan ni hanya untuk bulan Februari je. Keseluruhan bagi tahun 2011 akan dipamirkan secepat mungkin.
Saya berharap lah supaya semua members mengambil iktibar kedudukan masing masing dan mencuba untuk memperbaiki kedudukan.
Salam
Setiakawan Tunjuk Rankings Feb Je.

1 comment:

  1. Kawan sekelian

    Nampaknya dlm tempoh DNA pergi menunaikan umrah sunyi sepi lah blog Setiakawan kita ni. Namun diharap beliu dan MJHim beserta isteri dapat mengerjakan ibadat umrah dgn selesa.

    Saya rasa GUMbira kerana ranking bulanan saya dah meningkat naik sikit bagi bulan feb...dari no 62 naik ke no 46. Kira OK lah tu. Tapi bulan march ni mungkin turun balik sebab tak dapat main sebanyak 3 kali...g umrah dan juga mission hill china untuk bermain golf.

    ReplyDelete