Tuesday, March 8, 2011

RANKING KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA AKHIR FEBRUARY 2011

Terawal, saya ada membentangkan Ranking kita untuk bulan Februari 2011 sahaja. Mohd Nazri Sulaiman mendahului. Itu untuk bulan Februari je. Keseluruhan, kenalah ambil kira rankings Januari 2011, baru kita tahu siapa yang leading. Di pamirkan ranking Keseluruhan sehingga akhir Feb 2011.

DisusunAtur Oleh:













Kalau mengikut senarai yang dikirim oleh Panglima Handicap, Dato Amin Salleh, terdapat seramai 118 nama. Yang mendapati point sehingga senarai 92 je. Dari senarai 84 sehingga senarai ke 92 semua mendapati satu point. Kebawah dari itu tak dapat point langsung. Ini bermakna mereka tak menyertai permainan mingguan kita langsung dari bulan Januari lagi. Jadi pada saya tak perlulah dimasukkan nama nama mereka. Saperti di senaraikan:
Kedudukan Setiakawan Golfer of the Year FedExCup







Nampaknya Kol Ramli Kinta ni, sentiasa dalam lingkongan Top 10. Dia macam Mark Wilson dalam FedExCup sekarang ni. Champion Annual Championship 2010, Hj Rahim kassim ditempat kedua, macam Jhonattan Vegas diikuti pula oleh Champion SEGOY 2010 Kol Mutalib Salleh, macam Rory Sabatini. Yang lain tu saperti disenaraikan
Salam
Setiakawan Mesti Mencuba Mendahului Ranking.

1 comment:

  1. Sahabat Setiakawan sekalian,

    Selamat berjumpa kembali.Saya dan Mcgyver sudah pulang dengan selamat setelah menunaikan ibadat umrah dengan sempurna.Semua ini adalah berkat daripada doa restu sahabat sahabat sekalian.Terima kasih.

    Semasa diMakkah teringat juga Setiakawan,terpikir juga kenapa prestasi golf sendiri tidak kemana tapi tak sanggup untuk berdoa didepan kaabah hanya untuk membaiki pretasi ini kerana banyak lagi keutamaan yang lain.Antara nya ialah berdoa atas kesejahteraan sahabat sekalian supaya dimurahkan rezeki dan dibuka hati untuk mengunjungi Baitullah.

    Melihat Kakbah menyakinkan lagi Muhammad SAW adalah RasulNYA,kita ini terlalu kerdil,DIA memang maha besar lagi maha berkuasa tetapi masih maha pengampun lagi penyayang.ALLAH yang ESA ini akan mengampun kita semua.Didepan Kakbah lah kita sujud dengan penoh keinsafan dan kekesalan diatas apa jua kesalahan yang telah kita lakukan.Berdoalah kita dengan penoh keiklasan.

    Semoga doa saya dimakbulkan,antaranya sahabat Setiakawan sekalian diberi kesejahteraan dunia akhirat. Amin

    Salam homat dari saya
    MJHim

    ReplyDelete