Friday, March 18, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI KINRARA GOLF CLUB PADA 09 MARCH 2011




Kita berbalik ke Kinrara pada 09 Mar ni. Mengikut RHM pada pagi 08 Mar, kita ada 9 full flights. 36 members menyertai. Banyak tu. Mungkin pasal KL. Kali ni shot gun start pada jam 0815. Ini juga bermakna kita akan habis bermain hampir serentak.
Selesai bermain kita ke Bilik Kinrara I untuk makan tengah hari dan acara penyampaian haduiah. Kol Mutalib menjadi juruacara kalini. Pemenang pemenang pada hari itu ialah saperti dipamirkan.

Nampaknya Kol Mohd Affendi Mustapha masih kental dengan menjuarai Outings kita pada hari tu. Dato Mokhtar Parman pun nampaknya sedang meletakkan dirinya kedalam senarai Top 10 Ranking SEGOY dengan mendapat Deputy Champion. Kol Razaki Darus yang dah lama tak menerima apa apa kini menjelma semula dengan mendapat tempat ke2 A Medal. Rosli Nasution dah menunjuk kehandalan nya dengan mendapat tempat pertama B Medal. Satu lagi Affendi Mustapha mendapati tempat ke3 B Medal. Dato Affendi Mustapha. Dia memang steady. Boleh bermain handicap 18. Itu pendapat saya je.
Tak dapat saya tunjukkan gambar gambar pemenang hadiah pada hari tu kerana bateri camera habis. Masaalah teknikal lah tu. Tak tahu nak nengok status bateri dengan camera pinjam.
Ada juga ‘glitch’ tentang score pada hari tu. Satu kad menunjuk score berlainan dari score kad yang berlainan. Menimbulkan kecelaruan kejap. Ialah semua orang mencatit score.Untuk semua pemain dalam flight tu. Score mana yang nak dipakai? Memang senang kalau score dicatat dalam satu kad, tetapi flight tu mesti tentukan siapa yang ‘official scorer. Setelah disemak, maka kad tu lah yang akan diserahkan kepada ‘Tukang Kira’.
Salam.
Setiakawan KeBangi Golf Resort Lak.

No comments:

Post a Comment