Saturday, March 26, 2011

MAKLUMAT UMUM DAN PANDUAN PELAKSANAAN SENAT 4/2011




AM
1. SENAT (Setiakawan National Tour) kali ke4 bagi SETIAKAWAN dan kali pertama dalam tahun ini telah ditetapkan pada 3 dan 4 May 2011.
2. Pada kali ini kita akan bermain di Pulai tapi menginap di Kluang Johor.
3. Mengapa kita pilih Kluang? Sebabnya ialah:
a. Ada organisasi disana yang sanggup membantu kita.Organisasi ini ialah Institute kejuruteraan Tentera Darat Malaysia(IKEM).
b. Kita diberi keistimewaan untuk tinggal dalam kem.Perbelanjaan makan dan penginapan tentulah sangat minimal jika disbanding dengan duduk dihotel.


c. Jangan risau tentang keselesaan sebab setiap orang atau bersama isteri akan diberi satu bilik.Tentulah selesa.
d. Bagi yang belum pernah menginap dalam kem dan bagi yang sudah lama tidak masuk kem,saya rasa peluang ini adalah satu keseronokan(excitement) kepada kita semua.
e. Keselamatan tempat tinggal dijamin selamat! maklumlah dalam kem.
4. Mengapa pula kita nak bermain di Pulai? Sebabnya ialah:
a. Ada satu course - Palm Villa G&CC di Kulaijaya yang sanggup menawar kita harga yang rendah. Tidak sampai RM100 untuk green fee, buggy dan caddy bagi setiap buggy.


b. Satu satunya club yang membenarkan buggy dibawa keatas fairway. Jadi apalah nak lagi.
c. Course ini, bagi saya ,adalah menarik dan tidaklah terlalu susah. Standardnya pada hemat saya antara Nilai Spring dan KGSAS.



Baguskan? tentunya sahabat sekalian akan gumbira bermain disana nanti.

5. Perlu juga saya maklumkan, ini tidak bererti tidak ada lagi club club lain yang lebih hebat. Tentu lah ada tapi kedudukannya lebih jauh, lebih mahal dan yang dekat pula tak ada caddy.

TINJAUAN
6. Untuk menentukan pelaksanaan SENAT ke4 ini berjalan lancar, tinjauan awal telah dilaksanakan. Silalah baca blog SETIAKAWAN bertarikh 23 Mac 2011 yang dipost oleh saudara saya, John Hamzah, selepas saja kami pulang dari tinjauan pada petang 22 Mac. Tinjauan pengesahan akan dirancang dalam minggu ke3 bulan April. Sapa nak ikut jom.

PELAKSANAAN
7. Pada Rabu 23 Mac 2011 saya dan Tim Tinjauan telah memberi taklimat kepada Presiden dan Jawatankuasa Induk untuk mendapat perakuan supaya SENAT ke4 dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, Jawatankuasa Induk telah memberi persetujuan
bagi SENAT ke4 dilaksanakan seperti berikut:
a. Tarikh
(1) 2 Mei bertolak ke IKEM Kluang.
(2) 3 dan 4 Mei bertanding di Palm Villa G&CC, Pulaijaya.
(3) 4 Mei lepas game bertolak pulang.
b. Tempat Penginapan - IKEM.
c. Lapangan Golf - Palm Villa G&CC, Pulaijaya.
d. Aturcara
(1) 2 Mei 2011
(a) Jam antara 1600 (4 petang) ke 2100 (9 malam) para peserta dinasihat sampai dan melapor di lobby Wisma Perwira IKEM.
(b) Kounter pendaftaran akan dibuka pada waktu itu untuk mendaftar kehadiran, menunjuk tempat penginapan dan memberi maklumat terkini.
(c) InsyaAllah kalau dapat kita akan letakkan penunjuk jalan dari Exit Air Hitam. Kalau takde , gunalah GPS masing masing.
(2) 3 Mei 2011.
(a) 0630 ke 0700hr - Sarapan pagi di Dewan Makan bagi semua.
(b) 0715hr - Pemain Golf ke Lapangan Golf. AJK akan berusaha mendapatkan sebuah bas Jabatan Kerajaan untuk membawa kita sebagai satu kumpulan, pergi dan balik. Untuk perkhidmatan ini kita hanya perlu bayar harga petrol dan sedikit tip untuk Supir.
(c) 0930hr- Para isteri bertolak keluar Kem untuk melawat beberapa tempat handicraft termasuk Air Hitam. Sebuah bas Jabatan Kerajaan akan diusahakan juga untuk membawa isteri isteri kita. AJK akan berusaha mendapatkan isteri isteri Pegawai setempat untuk mendampingi isteri isteri kita sebagai guide. InsyaAllah.
(d) Selesai golf kita akan makan tengah hari di sebuah restoran di Kulai. Para isteri akan makan tengah hari secara berasingan.
(e) Petang acara bebas
(f) Malam jam 2030 (8.30 malam) jamuan Bar-B-Q di Wisma Perwira Jurutera.
(3) 4 Mei 2011.
(a) 0630-0700hr - Sarapan pagi di Dewan Makan bagi semua.
(b) 0715hr - Pemain Golf bertolak ke Lapangan Golf yang sama menaiki bas dan aturan yang sama.
(c) 0930hr - Para isteri keluar lagi membuat lawatan mengikut aturan yang sama.
(d) Selesai golf kita akan makan tengah hari di Club Golf yang sama dan para isteri diminta bergabong dengan kita pada jam 1300 (1 tengah hari) untuk makan bersama. Acara penyampaian hadiah akan diadakan selepas makan tengah hari disitu.
(e) Selesai makan kita akan balik ke Kem ikut bas masing masing untuk bersiap balik kerumah kita.

PENYATUAN
8. Hadiah. Akan dibahagi kepada kategori seperti berikut
a. SENAT Championship. Yang juga merangkumi A medal dan B medal bagi yang layak iaitu yang telah bermain sekurang kurangnya 3kali dengan SETIAKAWAN. Perkiraan keputusan adalah dari 2 hari bermain.
b. Daily Medals. Pertandingan adalah bagi semua yang bermain pada hari berkenaan yang juga merangkumi Medal A dan Medal B seperti yang selalu kita laksanakan pada setiap minggu.
c. Novelty. Merangkumi hanya NTP, NTL dan Longest Drive. Terbuka kepada semua pada setiap hari.
d. Hole in one akan diteruskan juga bagi semua untuk mendapat jam tangan.
e. Bulls Eye juga akan diteruskan bagi semua yang berminat.

9. Rules And Regulation Permainan. Akan dikeluarkan oleh Vice Capt, DaTaRaz.

10. Pas Masuk Kem. AJK akan cuba keluarkan Car Sticker SETIAKAWAN sebagai pengenalan diri bagi menyenangkan pergerakan masuk dalam Kem. Sticker ini akan diberi percuma kepada ahli yang telah menyertai pertandingan Bulls Eye sekurang kurang nya 3 kali kerana kos pembelian sticker ini akan diambil dari tabong Bulls Eye. Namun yang terpaksa bayar akan hanya bayar harga kos sahaja.

11. Tetamu. Vice Capt, DaTaRaz telah dibenar oleh AJK Induk untuk menjemput mana mana Pegawai yang telah membantu kita secara sukarela untuk bermain golf bersama kita.

12. Kos Keseluruhan.Kos yang perlu dibayar oleh setip peserta akan dikira dan akan dimaklumkan oleh Convenor kita, Saudara Raden Hamzah. Kos akan merangkumi
a. Green fee untuk 2 hari
b. Penginapan untuk 2 malam.
c. Sarapan pagi dan makan tengah hari untuk 2 hari dan Bar- B - Q untuk satu malam.
d. Apa apa kontigensi.

PENUTUP
13.Diharap maklumat dan panduan yang dikeluarkan ini sudah mencukupi untuk membantu sahabat SETIAKAWAN sekalian menyertai SENAT ke4 ini. Sama samalah kita dengan sukarela dan sucihati bekerjasama membatu satu sama lain untuk menjayakan Pertandingan ini.
14. Sekian untuk makluman dan tindakan seperlunya dari semua pihak.

Salam Hormat
MJHim











Chairman SENAT

2 comments:

  1. Hi Kawan-kawan Skawan,

    Congratulaions and thank you to ALL for making a very comprehensive preparation for the next SENAT on 3rd and 4th May 2011. Well done guys.
    I has been quite a while since I last saw a good Ops Order or Admin Instruction until I view this posting..."Malaysian Open Admin Instruction" pun kalah!
    I am excited and looking forward to SENAT in Johore 3/4 May 2011. See you guys.

    DNA

    ReplyDelete
  2. Salam to all,

    Tahniah kpd MJHim yg telah mengeluarkan satu perintah op (kata DNA) yg lengkap. Saya akan ikut serta SENAT ini.

    Sepatutnya saya ikut serta pertandingan mingguan kita di Nilai Spring. Tapi terpaksa membatalkannya kerana demam. Penangan pergi umrah. Hari ni pun masih kurang sihat lagi. Terasa dah lanjut usia.

    ReplyDelete