Sorry. Cerita dah bertulis tapi hilang dalam Drive D lak. Sedang mencari.


Ura ura nak bermain di SIGC ni dah lama juga saya dengar. Yang kerap menyebut ni ialah dari members kelab ni. Kerap juga kita dengar pertarungan hujung minggu yang selalu nya disertai oleh MJHim, Dato K ( Dato Khalid Saad), Dato Khairuddin dan Kol Arham, Celah celah tu dengar nama Hj Mubin disebut. MJHim bila menjemput tamu nya termasuk saya ajak kami keSIGC. Bukan tak ndak tapi rasa jauh lah nak memandu keSeremban pada pagi Ahad. Bagitu juga tentang ura ura nak main diSIGC ni.
Pada pagi 21 tu terpaksa berlepas awal sikt. 0645 hrs. Tengah jalan hujan renyai sikit. Panggil lah MJHim dalam jam 0730. Ingat dia dah kat kelab. Bertanyalah saya. Dia sebut disebelah tee box. Tanya punya tanya rupanya masih atas katil. Ialah course sebelah rumah. Tak sampai 5 minit. Terasa kehangatan ranjang dan diselimut dengan comforter lak. Tapi golf punya pasal sanggup mengharungi segala rintangan dan cabaran. Sabelum tu, Dr Khalil ada bertanya dalam blog arah keSIGC. Saya telah mencadangkan kalau takde respon dari orang Soromban, pegi ke ‚find directions’ dari google map yang terdapat disebelah posting kita. Kemudian nya dia menjawab dah OK kerana dapat tahu dari RK.
Sampai dikelab, dah ramai juga yang ada. Kira nya members kelab tu saperti Dato K, Dato Khairuddin, MJHim dan Kol Arham jadi host lah.
Kita tee off di Lubang 1.
DiLubang 11, selepas tee off, dia terjumpa seekor anak burung merbok diatas golf bag nya. Nengok bulu macam baru belajar terbang. Ni kira ada ong ni. Tapi bukan ong di golf course, Ong lain kote. Baru aje dianugerah Tan Sri. Tak kan nak dapat Tun kote? Anyway. Flight kami semua nya mencecah nett 80 keatas. Rupanya pada hari tu takde yang main under pun. Memang tough SIGC ni.
Setelah selesai bermain, dengan peta yang dibekalkan kami pun bergerak ke Kediaman Kol Arham. Di Taman Dato Shahbandar. Saya, DNA dan Kol Mutalib menumpang MJHim. Sebenar nya dia yang ‚insist’ kita ikut dia supaya tak sesat. Memang dia ni saorang gracious host. Dah lah belanja sarapan tadi, ni jadi chauffeur lak. Rumah Kol Arham sebuah rumah yang telah diubahsuai. Besar jadinya. Tempat parkir, boleh masuk 2 kenderaan termasuk sebuah lori.
RK mengambil alih. Dia ada membuat pengumuman tapi saya tak ingat. Mungkin dia boleh menjelaskan dalam kolum ‘Comments’ lepas ni. Pemenang kita pada hari tu adalah saperti dipamirkan dibawah:
Kita selesai dalam jam 3.30 petang. Berangkat lah kami pulang. Saya ditunjuk jalan keKL melalui LEKAS highway. Masuk dari Paroi Jaya dan keluar diLebuhraya Persekutuan di Mid Valley melalui Cheras. Cepat. Dalam RM 7.00 je. Perjalanan licin dan cepat.
Bagi pihak SetiakawanGolf, saya mengucapkan Terima Kasih kepada Kol Hj Arham
Salam.
Setiakawan Menunggu Dijemput Ke SIGC lagi.