Thursday, November 26, 2009

WEEKLY GOLF OUTINGS AT THE BUKIT KEMUNING GOLF & COUNTRY RESORT PADA 25 NOVEMBER 2009

Untuk 25 Nov, Setiakawan telah menetapkan pertandingan mingguan kita diadakan diBukit Kemuning Golf & Country Resort. Mengapa disana taklah saya pasti tetapi kemungkinan besar ‘ tukar angin’ dan juga ‘kos’. SMS yang diterima telah dikirim pada 23/11/09 jam 6.40 pagi berbunyi ‘ Salam. Ada teknikal problem. Pohon Ampun. Jom kita tee off Bukit Kemuning G&CR 25/11/09. RM 105.00 with breakfast and lunch. Cfm ASAP. Rgds. RHM.’. SMS pada 24/11/09 jam 6.48 petang pula berbunyi ‘ Hamba tidak upaya dan mohon maaf. Hanya berjaya to assemble 4 flights only. However a new star is born and will sponsor us any amount of breakfast. C U 2morrow. InsyaAllah. RHM’
Saya tak sempat tanya apakah teknikal problem yang dimaksudkan RHM. Bagitu juga mengapa mohon maaf kerana hanya 4 flights yang akan bermain.
Pada saya usaha mengatur permainan weekly kita sudah tentu dipenuhi dengan banyak cabaran. Mungkin perkataan ‘ranjau’ lebih tepat. Banyak perhubungan perlu dibuat, banyak kordinasi perlu diatur dan banyak perhubungan perlu diusahakan untuk ‘memujuk’ members menyertainya. Selepas berusaha sedemikian mungkin itulah sebab nya RHM pohon ampun. Kepada Saudara RHM, usaha Saudara adalah disanjung semua. Kalau ada yang berleter tu, memang lumrah manusia. Kita semua berterima kasih atas usaha Saudara yang kemungkinan ‘tidur tak nyenyak’, ‘makan tak kenyang’ dan ‘mandi tak basah’. Tak perlu minta maaf.
Pada pagi 25/11 apabila saya sampai dikelab BKG&CC RHM tak kelihatan. Mungkin berurusan diGolf Reception kote. Tapi masih tak kelihatan. Yang nampak mengutip duit ialah Kol Mutalib. Lama kelamaan baru kami ketahui bahawa RHM tidak dapat menyertai kerana masaalah kesihatan. Walau bagaimana pun urusan permainan kita diteruskan oleh Ramli Kinta dan Mutalib.
'A Star is born' kata RHM. Breakfast kita pagi tu disponsor oleh Dato Hashim sempena kesyukuran nya pulih dari kesan jatuh siling pada 9 Nov dulu. Tambahan pula dia baru menyambut Hari Lahirnya ke 60 tahun. Ada nasi lemak dan ada juga roti dengan telur. Memang tenang selepas bersarapan dan bersedia bertanding. Mewakili members sekelian saya mengucapkan Terima Kasih diatas sumbangan Saudara. Semoga banyak lagi Hari Lahir dapat disambut. Insyallah.
Kesemua nya sepatutnya 4 flights, tetapi kami dimaklumkan bahawa Dato Ismail Hassan tidak dapat datang. RHM pun tak dapat datang. Jadi, kita masih 4 flights tapi dari flights tu 2 flights ada 3 golfers sahaja. Saya dimaklumkan bahawa Tan Sri Patron kita hanya akan bermain 9 lubang sahaja. Dia terpaksa menghadiri Santapan Tengah Hari bersama DYMM Raja Perlis. Oleh sebab semangat Setiakawan yang bagitu kukuh dia masih meluangkan sadikit masa bersama members lain pada pagi itu. Syabas Tan Sri.Sepatutnya saya satu flight dengan RHM, tapi hanya tinggal 3 iaitu Dato Hashim (MJHim), Mahfar Hashim dan saya. Kami teruskan.
Dikiri ditunjuk orang yang jatuh siling tee off. Nampak macam dah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.
Cuaca redup sebab hujan malam kelmarin. Walau bagaimana pun mengikut pengalaman, selepas hujan hari akan jadi panas terik. Orang yang kulit macam saya ni perlulah ‚pertahanan’ sikit. Pertahanan dari ditembusi cahaya yang menghangatkan kulit dan menjadi gelap. Sebab itu ada yang pakai ‚stokin lengan’. Ladies pakai topi besar. Saya pakai ‘Sun Block’. Betul juga tindakan itu sebab cuaca hari itu berubah menjadi panas. Angin sepoi sepoi bahasa membantu sadikit.



Kita start diLubang 10, second nine dan bersambung keLubang 1, first nine. Course ini secara umum luas dan padat. Hanya ada sadikit tempat lembab. Tak jadi masaalah sebab boleh mohon free drop kalau bola di kawasan air atau kawasan lembab. Yang pentingnya mesti mohon dari pemain dalam flight tu. Tak boleh dengan mengangkat atau mengalih bola tanpa izin. Itu salah. Kena stroke penalty. Lagi pun ‚bad practise’ dan ‘bad example’.
Antara Lubang 1 dan 2 ternampak pulak benda dibawah ni. Razaki yang tunjuk. Dia kata benda tu, untuk orang kecil lah, tapi saya fikir bukan. Saudara sekalian bagaimana?

Flight dengan saya termasuk Mahfar Hashim, handicap 15. Cara dia main memang sah handicap 15. Rumah dia diBukit Kemuning juga. Walau pun bukan member, tapi menghidu udara dari kelab tu pun cukup untuk dia bermain bagus. Saya dengan Dato Hashim macam biasa ‘bola pergi disana sini’, macam cuaca juga. Di Lubang 14, dog leg right. Memang banyak lah, semasa tee off bola tersasar ke kawasan pokok disebelah kanan. Kiranya lebih dekat kegreen, tapi banyak pokok. Kena lah pukul celah celah pokok atau lob bola tinggi melepasi pokok. Ada tiang lampu pulak. Mengikut petua, kalau tak nak kesesuatu sasaran, tenang kesitu. Tenang kebunker, tak masuk bunker lah hasil nya. Tak mau masuk sungai, tenang ke sungai. Selalu nya jadilah. Yang ini nak mengelak tiang lampu tenang kepada nya. Kali ni kena. Berkecai bulb lampu. Flight mana saya tak pasti. Golfer tu tenang kelain lah tu.
Saya pulak lain.

DiLubang 5, lubang yang ada kolam besar dikanan tu. Sabelum tee off, saya bercerita kepada flight members, ‘dah 5 ke 6 kali’ saya main di course ini. Tiap tiap kali bila tee off bola masuk kekolam. Without fail. Macam macam nasihat lah mereka beri kat saya. Tenang kekiri lah, ubah stance lah, baca banyak banyak lah. Pukul. Bola tu tuju kekolam jugak. Bola baru pulak. Memang lubang tu lubang ‘tak ong’ bagi saya. Saya yakin, lain kali main, perkara sama akan berlaku. Mencuba bersungguh sungguh sangat gak nya.
Kita selesai main lebih kurang jam 1.00 tgh. Terus keGolfers’ Terrace untuk makan tengah hari. Nasi putih dengan lauk curry ayam dan sayur cap cai.Air sirap. Manisnya.

Dalam sebuk makan terima panggilan dari Dato Nawi Alias. Ucapan nya yang pertama ‘ Salam dari Spain’. Dah diSpain pulak dia. 19 Nov balik dari Chiangmai, 25 Nov dah ada di Spain. Permainan di Valedarama dah selesai dah. Terlambat lah dia Jam berapa gaknya disana. Jam 7.00 pagi rasanya. Rupanya ada urusan syarikat. Tapi masih meluangkan masa untuk menalipon balik bertanya khabar members Setiakawan. Dia bercakap dengan MJHim dan RK. Thanks Dato. Hope you got what you want there.



Selesai makan Ramli Kinta (RK) mengumumkan beberapa perkara:
1. SIM ke Perth akan berlangsung pada 3 hingga 11 April 2010. Dia mengingatkan akan tempahan tiket kapal terbang. Samaada tempahan sendiri atau melalui nya. Dia menasihati supaya members buat keputusan dalam kadar segera samaada untuk menyertai atau tidak kerana factor penyatuan.
2. Perkahwinan anak Bahar Nordin pada 12 Dis 09. Semua members Setiakawan dijemput hadir.

Keputusan weekly outings kita di BKG&CR adalah saperti berikut:
Setiakawan Weekly Scores 25th Nov 09

Weekly Outings kita selesai pada jam 3.00 petang



Nak cerita pasal RHM sikit. Tak pasti apa yang berlaku, tapi desas desus kata dia tak sehat. Memang lah yang saya sangka, kerana dia memang ‚permanent feature’ dalam outing kita. Dia takde, kurang lah riuh dan suara. Dia takde terpinga pinga lah sekejap. Tapi kalau tak sehat memang patut berhat.
Bila orang ‘sakit’ ni, kita serba salah. Samaada nak talipon ke atau tidak. Kalau talipon nanti mengganggu. Orang sakit perlu banyak rehat. Tak talipon tak tau cerita, mungkin ada yang kita boleh bantu dan juga nak juga tahu keadaan kawan. Saya kirim SMS. Bahasa pun kena atur elok supaya dia tak terkejut.
Pada malam hari saya menerima panggilan talipon dari Puan Marsuah, isteri RHM. Beliau memaklumkan bahawa RHM dah dirumah dan sedang berehat. RHM telah dibawa ke klinik lepas tu keIJN. Untuk kepastian. Beliau melalui check up, dan didapati tiada yang merisaukan. Kemungkinan termakan salah ubat. Yang patut makan pagi (dengan perut penuh) dah dimakan malam (perut kosong). Jadi upset lah systems dia kejap. Alhamdullilah dia beransur sehat dan akan puluh. Kita members mendoakan beliau sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.
Saya talipon MJHim pada malam hari memaklumka keadaan RHM. Timbul cerita RHM ni suka beli ubat sendiri. Macam dia doctor pulak. Ini bahaya nya berdamping dengan tabib kita Dr Khalil. Cerita pasal penyakit, cerita pasal ubat. Apa ubat baik, apa ubat mujarab. Pengetahuan ni RHM perolehi dalam buggy je, Dr Khalil 5 tahun belajar. Jangan pulak nak jadi doktor sendiri. Mesti merujuk kepada pakar.
Whatever it is,
Squad you rest and get well soon. Setiakawan is in good hands. Ikut cakap bini tu. Dia kata makan - makan. Dia kata minum – minum. Dia kata baring – baring. Cukup kat situ je. Jangan lebih.

Hip Hip Setiakawan.

Member Setiakawan Sakit

Salam

3 comments:

  1. Skawan Gang,

    Salam AidilAdha daripada saya, Mani dan keluarga.

    I was back from Spain last night, on the eve of AidilAdha, after spending 5 days in Madrid and Murcia, a resort city in the Mediteranean.
    It's nice to be back home ( tidaklah sejuk!)and to enjoy reading the colourful Skawan blog among many other priorities.

    I was only having one day transit at Ampang Jaya after returning from a wonderful golf outing with Skawan Recce Group in Chiengmai. Mani and I enjoyed the Chiengmai trip though I had to bear with what had happened to me at LCCT on 15 Nov 2009.
    What has been narrated by MJHim about the incident is something which I hope will never happen to anyone else because the agony of losing precious items such as international passport, two handphones with all the key contact numbers, pen drive and credit cards are beyond description.
    I am so glad there are friends who can make things happen, for example, having my passport replaced next day to allow me to join skawan Recce Group 48 hours later. My golf was hardly affected by the tragic incident as I came 2nd to TSHM on the 17th Nov with net 70 and 3rd place on the 18th Nov. Not bad!!

    I thank all friends who have shared concern
    and entended their skawan spirit to place me in good order.

    I tried to call RHM few times when I was in Spain with no response and now I know what had happened! Our doa and hope for RHM to recover quickly, ready for next Wed skawan outing, insyaAllah.

    Salam.
    DNA


    Friday 27 Nov 2009 Hari Raya AidilAdha
    19.20 PM

    ReplyDelete
  2. Salaam Aiduladha S'kawan Gang,

    When I first opened S'kawan blog soon after it was posted, understandably there was no comment as DNA was away overseas and soon after his return, as expected, posted an immediate comment. I always enjoy reading the postings on S'kawan blog as well as the regular comments by mcgyver. Anyway, welcome home DNA from your back-to-back overseas trip from Spain. I noticed Koljohn also made a slight 'shank' on his report about SIM Perth 2010 that should be from 3 to 10 MAY and NOT APRIL 2010. Hope the unintended slip is rectified accordingly.

    HM

    ReplyDelete
  3. HM,

    Thank you Tan Sri and I am ready for the next battle on local grounds.

    The Dec 02 for skawan outing is not friendly to some of us who may me committed to LIMA in Langkawi. I will be away from 01- 04 Dec and certainly will miss receiving the 10-ringgit ball sweep! I hope to catch up with skawan members on 09 Dec, which I have indicated to RHM that I will join, insyaAllah.

    Any skawan member who needs to make a
    4-some while in Langkawi, do not hesitate to call 019-3252314/0162172314 and I will not disappoint you.

    Salam kepada semua.
    DNA

    ReplyDelete