Sunday, November 22, 2009

SETIAKAWAN INTERNATIONAL GOLF OUTING (SIGO)




















MUSIBAH
Malang tidak berbau dan boleh menimpa sesiapa saja. 30min sebelum kumpulan tinjauan SETIAKAWAN masuk ke ruang pelepasan LCCT untuk menaiki pesawat AIRASIA ke ChiangMai (CM) 15 Nov 09, Datuk Nawi Alias (DNA) mendapati beg tangannya hilang. Beg mengandungi wang berjumlah beberapa ribu ringgit, handphone, credit card, ATM card dan passport. Kesian dia.
Yang pentingnya semua ahli SETIAKAWAN mesti dimaklumkan bagaimana beg ini dicuri supaya tidak terjadi lagi kepada kita semua. Satu pengajaran. Semasa duduk bersimbang simbang dengan kawan kawan yg lain DNA meletakkan beg tangannya diatas meja didepannya. Semasa leka berbual seorang hamba Allah datang memaklumkan ada beberapa keping wang kertas dan syiling telah terjatuh di sekitar kawasan tersebut. Sebenarnya tanpa kita sedari wang itu ditabur sendiri oleh mereka. Semasa kita sibuk mengutip wang wang tersebut yang kita sangka wang kita tercicir, masa itulah mereka menyambar beg kita tanpa kita sedar. Percayalah setiap kita diperhatikan mereka ini dan mereka menetapkan sasaran mangsa mereka. Malang sekali pada pagi 15 Nov 2009 sasaran mereka ialah saudara SETIAKAWAN kita yang kita kasihi, Datuk Nawi Alias.
Namun semangat bekas senior jeneral ini masih kental. Laporan dibuat. Passport baru diperolehi keesokan harinya melalui connection beliau dan connection penaung kita, Tan Sri Hashim Meon. Dan beliau terbang satu hari kemudian ke Chiang Mai untuk berjuang bersama sama kita. Syabas Datuk Nawi!
Semoga apa yang dilalui oleh Datuk Nawi menjadi pengajaran supaya kita semua tidak terjebak dengan tipu helah manusia manusia yang mencari makan dengan menipu, mencuri ataupun merompak orang lain.

CHIANG MAI
ChiangMai adalah sebuah wilayah dalam negara Thailand. Ibukotanya ChiangMai adalah sebuah kotaraya bersih no 2 terbesar di Thailand selepas Bangkok. ChiangMai yang juga digelar Rose of The North terletak di banjran tinggi melebihi 1000kaki dari paras laut dengan jarak lebih kurang 700km ke utara Bangkok. Sebuah destinasi popular untuk melancong. ChiangMai menarik lebih kurang 1 juta pelancong pada setiap tahun iaitu sama banyak dengan penduduknya. Bagi pelawat yang beragama Islam, mengunjungi ChiangMai tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak Muslim restaurant yang sebahagiannya menyediakan tempat solat bagi pelanggan pelanggan Muslim. Kota dan wilayah ini terkenal dengan barang barang kraftangan, industri payung, barang barang kemas khususnya perak, bunga bunga dan ukiran ukiran kayu. Buah buahan seperti longan, pisang kaki, laici, mangga, manggis, rambutan dan dokong adalah keluaran wilayah ini. Masa yang terbaik untuk melawat CM ialah antara bulan November ke February dimana cuacanya lumyan dingin.

GOLF

Kumpulan tinjauan SETIAKAWAN yang terdiri daripada
1. Tan Sri Hashim Meon dan Isteri
2. Datuk Malik Sahar dan isteri
3. Lt Col Razaki dan isteri
4. Datuk Hashim Yahaya dan isteri
5. Datuk Khalid Saad
6. Datuk Johar
7. Haji Rahim
8. Kapt Yahaya
tiba di CM international airport pada pagi Ahad 15 Nov 09 dengan tidak begitu gembira kerana terpaksa meninggalkan Datuk Nawi dan isteri untuk mengatasi masalah kecurian beg tangannya.
Namun setelah dapat bermain golf di Maejo Golf Course dan setelah dimaklumkan kawan kita yang tertinggal itu hampir selsai masalahnya dan akan menyertai kita pada hari Selasa, suasana menjadi lebih gembira. Itulah semangat SETIAKAWAN, kesusahan kawan dirasai bersama tetapi kehidupan diteruskan juga tanpa mati semangat.
Selama 4 malam 5 hari di ChiangMai tiap tiap hari kami bermain golf kecuali hari terakhir, 19 Nov 09 kerana perlu naik pesawat disebelah pagi.
Maejo Golf Course boleh di kategorikan sebagai 4 star rating seperti Nilai Spring. Gassan Khuntan Golf Course yang kami main pada hari ke 2 tidak disokong lagi untuk bermain kerana coursenya di kategorikan sebagai 3 star sahaja, banyak kolam, banyak paya, banyak pasir, banyak titi, banyak batu, green dan tee box tinggi dan buggy tidak boleh masuk ke fairway. Mungkin Datuk Khalid sahaja yang suka course ini sebab dia champion hari itu.
Course yang terbaik ialah Alpine dan Highland yang dikategorikan sebagai 5 star rating. Memang kita reserve kedua dua course terbaik ini untuk kita bermain bermain bersama dengan Datuk Nawi pada 17 dan 18 Nov. Memang memuaskan, kerana semua course course yang kita bermain adalah bersih belaka. Dari tee box masuk fairway dan sampai green keseluruhannya bersih. Tiada sampah, rumput kering atau puntung rokok yang dibiar berada diatasnya. Itulah perbezaannya dengan setengah course di Malaysia.
Kalau outing ini dikira SIM, yang akan menjadi johan ialah Mr Cool, siapa lagi, YBHG Tan Sri Hashim Meon (TSHM) lah, penaung kita. Baiklah kita namakan golf outing luar negara sebagai SIGO seperti yang tertera ditajuk di atas.
Hari pertama dan hari kedua SIGO, TSHM dapat naib johan. Hari ke 3 jadi johan hari ke 4 sama net dengan Mc Gyver yang handal tu, tapi oleh kerana handicap Mc Gyver rendah sedikit maka Mc Gyver la dapat no 3. Mc Gyver ni pun pandai, apabila TSHM menjadi johan pada hari Selasa, beliau menggunakan kuasanya sebagai SETIAKAWAN Golf Captain untuk menurun handicap THSM ke 19. Bagusnya THSM pun was too willing and happy to play at 19 tanpa banyak bicara. Sporting betul beliau. Contohilah penaung kita, kalau kita rasa permainan kita sudah mantap dan diminta untuk turun 1 atau 2 handicap, turunlah dengan rela hati tanpa melaung, merungut, meratap, mengadu, merayu, membanding dll sebab kita bermain dengan kawan bukan lawan.

KONSEP PERTARUHAN
Sambil bermain kita bertaruh dengan tujuan untuk membaiki permainan kita. Sekiranya kawan kita main bagus dan menang kita rela hadiah sedikit wang kita kepadanya. Begitu pula kalau kita menang, mereka akan hadiah kepada kita. Tidak kiralah samada kita nak amibl hadiah itu sepenuhnya, separuh ka, sebahagian ka, atau memulangkan hadiah itu kembali kepada kawan kita. Pokoknya tujuan kita murni, memberi hadiah kepada yang main bagus. Tetapi sekiranya kita terlalu berkira dari segi handicap, undang undang permainan, sengaja salah kira, mengubah kedudukan bola tanpa memaklumkan kawan semata mata dengan tujuan hendak menang untuk mendapatkan hadiah, saya rasa itu salah. Hukumnya fikir fikirlah sendiri.
Ada juga yang menggunakan hadiah kemenangan dengan membeli jam, pen, seluar dll. Ini ok. Yang tak ok ialah apabila menghebahkan pembelian tersebut dgn mengatakan pembelian tersebut dibayar oleh sipolan sipolan yang kalah. Ini jugak tidak betul sebab tiap orang dianugerah dengan toleransi yang berlainan. Ada yang toleransinya tinggi dan ada yang rendah. kalau boleh saya nasihatkan, jagalah hati kawan kita yang kalah tu kalau tidak dia tidak mahu beli hadiah lagi. Apamacam...?

AKTIVITI UMUM
Di CM, 5 para isteri ikut bersama walaupun golfers ada 9. Kita main 2 flight juga iaitu 4 dan 5 untuk 2 flight itu. Itulah kelebihan di Thailand ini. Para isteri sibuk bersiar dan membeli belah pada siang hari termasuk urut sekali. Para suami pula siang hari main golf malam baru keluar makan bersiar dan membeli belah bersama isteri. Yang banyak melihat CM ialah para isteri. Bahagialah mereka.


Next SETIAKAWAN weekly golf outing kita akan lihat boleh dikatakan semua saudara SETIAKAWAN yang mengikuti SIGO akan memakai jam jam berjenama belaka seperti ROLEX, TAG HAUER, OMEGA, CHOPARD dll.

Mungkin ada juga yang akan menyelit pen mahal ‘mont blanc’ dibaju golfnya. Memang CM bandaraya murah bagi jenama jenama ini. Percayalah ia adalah asli iaitu asli tiruan, heh heh. Dapat pakai 6 bulan pun berbaloi.

PENGHARGAAN
Semasa SIGO Datuk Khalid Saad sebagai pengerusi SIM telah melaksanakan tugas penyatuan secara sukarela dengan cemerlang.

Beliaulah yang memaklumkan kita masa dan tempat berkumpul, perlaksanaan program, kutip bayaran, bayar bil, kira markah, bagi hadiah dan lain lain. Diatas sukarela ini saya bagi pihak ahli SIGO ke CM mengucapkan ribuan terima kasih.
Kita juga ingin merakamkan penghargaan kepada penaung kita TSHM kerana telah memangku peranan President semasa ketiadaan Timbalan President selama 2 hari. Beliau jugak adalah imam kita. Terima kasih Tan Sri.
Kita juga ingin mengucapkan takziah kepada Datuk Nawi Alias ke atas malang yang menimpa beliau sebelum berangkat ke CM. Diwaktu yang sama kita juga mengucapkan syabas dan tahniah sebab beliau dapat mengatasi masalah yang dihadapi dalam masa 2 hari sahaja untuk muncul semula bersama SIGO di CM. Syabas Datuk.


Kepada ahli SIGO ke CM dan para isteri yang mengikut serta saya berbangga dengan silaturrahim yang ditunjukkan. Banyak munafaat yang terselindung yang kita sendiri ketahu semasa SIGO ini. Semoga kita semua diberkati Allah SWT dengan memberi kesihatan, keselamatan, diitambah rezeki, dikukuh iman, diakrabkan lagi persahabatan, dan diberi kewarasan untuk menempuh kehidupan dihari hari muka.


Salam hormat daripada saya, Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha dan maaf zahir batin. Sehingga jumpa lagi doalah kesejahteraan kita semua.

Ikhlas
MJHim







RECCE PARTY KECHIANGMAI PADA 15 – 18 NOVEMBER 2009

Selain daripada coretan Dato Hashim (MJHim) yang bercerita berkenaan lawatan Recce Party kita di Chiangmai mulai 15 hingga 18 Nov 2009, saya telah menerima keputusan permainan mereka disana. Keputusan dikirim oleh DatoK (Dato Khalid) dan di pamir di bawah ini.











































Salam

Dato K







Saperti juga EPL (English Premier League) kita juga membuat analisis untuk mengupas pencapaian masing masing. Dibawah ini dimaklumkan analisis saya:
a. Bertolak 15 balik 18. Empat hari. Main golf pun 4 hari. Memang sah kaki golf. Pembetulan: Rupanya balik pada 19 Nov. Sama lah tu.
b. Lapan pemain pada 15, 16 dan 17 Nov tapi 9 orang pada 18 Nov. Full house pada last day. Maknanya dah nak berangkat pulang pun masih ada masa untuk main golf. Memang sah kaki golf. Tak tau lah reaksi isteri isteri, OK ke tak OK. Kita tak akan tanya mereka. Nanti timbul ‚controversy pulak’
c. Capt Yahaya, ayam tambatan kita. Hari pertama net 74, 2 over. Top. Ok lah memandangkan baru sampai, orang muda, memang lah as expected. Seteru dia Orang Tepeng tu dapat 81. Jauh ketinggalan. Saya pasti mereka ada ‘kecil kecilan’. Orang Tepeng bayarlah.
d. Masuk hari kedua Capt Yahaya dah net 78, hari ketiga net 75 (ok lah tu), hari terakhir dah capai net 90 pula, tercorot. Orang muda kita ni nampaknya kurang ‘sustaining power’.
e. Terdapat hanya 8 orang saja yang main pada 3 hari pertama. Ingat ada saorang saje yang tak main. Rupanya lain lain orang. Macam bergilir gilir pulak. Dato Nawi, Golf Captain kita tak main pada hari pertama dan hari kedua. Surprising, sebab saya akur dia lah ‘one of the proponent’ Recce Party ni. Saya yakin bukan Datin Mani punya ‘pengaruh’. Ini mungkin kerana perkara kesihatan. Kita tunggu dia cerita. Sila rujuk Coretan MJHim diatas mengapa Dato Nawi tidak menyertai pada Hari Pertama dan Hari Kedua.
f. Hari ketiga, Orang Tepeng pula tak menyertai. Mungkin bawak ‘tersayang’ shopping kote. Orang Tepeng ni memang ‘PR’ dia bagus. Hati bini mesti jaga Be.
g. Patron kita, Mr Cool TSHM, nampaknya menyerlah. Pada keempat empat hari pencapaian nya baik. Hari pertama net 79, tempat kedua, hari kedua net 77, tempat kedua juga, hari ketiga Top, net 67. Cuma last day menurun sikit ke net 77, tempat keempat, OCB. A credible performance considering the games being overseas and taxing on the body. Memang sah kaki golf. Well Done Tan Sri.Ini diconfirm oleh MJHim
h. Champion SENAT kita pun pergi, tapi kalau tengok score, dia ni kukuh kat rumah je. Macam ‘Jaguh Kampung’ pulak. Pencapaian terbaik pada last day, net 70, Top. Performance baik kerana dah terhidu udara Malaysia kote. Dah nak balek lah.
i. Dato Hashim. Ingat nak berehat dan menghidu udara segar ditanah tinggi, rupa rupanya main jugak. Score tak lah menyerlah. Maklumlah orang tak sehat. Baru jatuh dari silingkan. Main jugak.

Hip Hip Setiakawan

Setiakawan Terbang Jauh

No comments:

Post a Comment