Friday, November 20, 2009

SETIAKAWAN WEEKLY OUTINGS AT THE BANGI GOLF RESORT ON 18 NOV 2009



Bezanya weekly outings kita pada hari ini ialah ketiadaan seramai 8 pemain lagi yang sedang berada di Chiangmai. Katanya mereka recce untuk Setiakawan International Masters (SIM) pada tahun 2010. Yang pelik nya SIM untuk tahun 2010 dirancang pada bulan April 2010 diPerth, Australia. Chiangmai bukan disebelah Perth. Chiangmai ialah diNegeri Thai. Macam mana jadi bagini tak bagitu pasti tapi yang pasti ialah banyak yang telah membuat tempahan tiket keChiangmai kerana pada asal nya SIM dirancang kesana. Daripada membazir wang yang telah pun dibayar, baiklah kesana juga. Dapatlah melancong. Tapi beg golf tak lupa. Main lah golf. Banyak juga isteri isteri turut serta. Jadi diBangi Golf Resort terdapat 6 flights. Cukup bagus. Kalau yang diChiangmai berada disini tentu kita akan ada 8 flights.
Sehingga kita mendapat laporan dari Chiangman coretan ini ialah untuk permainan kita diBangi GR.
Bila saya sampai diGolfers’ Terrace Bangi GR, sudah ada beberapa members. Nampak Dato President. Sabelum sempat menegur dia dah kata ‘ Kita On hari ni’. Rupa rupanya kita satu flight. Members dalam flight kami termasuk Sardon Kaprawi dan Dato Ismail Haniffa. Sabelum duduk saya order telur ¾ masak dan roti baker. Tak sempat breakfast. Tengah jalan keBangi GR pun tak de Kedai Mamak. Jadi kena sarapan diClub. Makan telur untuk tenaga lebih kerana dah satu minggu tak main. Lagi pun nampak hari terlalu terang. Kemungkinan akan menjadi panas.Kita dirancang main 1st dan 3rd nine.
Bergerak ke1st Tee Box. Kita pun tee off. Bola saya kekanan. Masuk longkang. Teruk nampak hari ni. Yang saya tertarik ialah tee off Dato Ismail Haniffa. Bola dia pegi luru kekiri silit dan jauh. Bila kita menegur, dia kata, driver baru orang hadiah. First time guna. Saya pasti ini bukan ‘beginners’ luck’. Ini dah practise kat driving range ni. Dia senyum je. Dan performance dia memang generally baik throughout. Tak lagi kiri kanan, kiri kanan, gostan pun ada. Saya pun syak dia ada ambik lessons dari pro. Kita tengok minggu depan pulak.
Saya partner Dato Presiden. Saya ingat kami akan berentap dengan Sardon je, rupanya Presiden saja yang berentap. Saya partner yang tak contribute. Akhir permainan kami kalah.Tak de siapa nak salahkan. Diri sendiri lah.
Time makan. Terdapat satu meja yang sudah ada 6 orang. Masuk saya jadi 7. 3 lagi. Susah juga nak dapat 3 lagi. Members kira akur akan perlunya meja penuh sabelum minta dari caterer. Jadi lambat juga lah makan kerana nak tunggu lagi 3. Masuk lagi 2 members. Pada masa tu lah kita minta makanan dihidang. Lambat pulak. Nampaknya ada kumpulan kumpulan lain yang mengatur makan dikelab pada hari tu. Dari Sekolah Lt Adnan. Nampak hadiah pun. Ini acara besar lah gak nya.
Dalam bual kosong terdengar juga rungutan tentang handicap kena potong walau pun tak dapat under. Juga mengikut Member kita Mutalib, macam mana course rating Danau ke BangiGR ialah 68. Bermakna walau pun sasaorang mendapat par net par 72, untuk perkiraan handicapping score dia dikira sebagai Under. Mungkin ini yang terjadi. Saya dengan pengetahuan sadikit cuba menerangkan rationale handicapping systems kita. Mungkin susah difahami, tetapi apa yang saya pasti bahawa kita ada system yang diikuti oleh Handicap Committee. Perlaksanaan system ini berjalan tanpa pilih kulit dan dilaksanakan tanpa ‘Fear or Favour’. Mungkin saya akan poskan penerangan tentang system handicap kita.
Hidangan kita. Mula mula nasi dihantar, diikuti curry ayam. Makan lah kita. Tengah jalan datang pulak tahu dan sayur goring. Dah selesai, datang pulak udang. Udang tu diratah aje lah. Walau pun kenyang, tapi saya rasa organization mereka kurang mantap. Kita bukan makan Chinese Dinner mengikut courses. Kita makan ala Melayu. Jadi, perlu dihidang serentak. Masakan sedap tapi saolah olah berensut ensut. Mungkin kita boleh ingatkan caterer tentang ‘observation’ ini.
Pembahagian Hadiah. Keputusan adalah saperti dibawah:


Hujan turun lebat pula. Tunggu juga tapi oleh sebab masa berlalu bila nampak reda sikit pembahgian hadiah pun dimulakan. Our RK kena cakap kuat sikit kerana berlawan dengan hujan. Sabelum mengumumkan pemenang hadiah, RK memaklumkan tentang Setiakawan International Masters diPerth. Dia mengingatkan members tentang:
a. Tarikh yang disetujui ialah 3 ke 11 April 2010.
b. Mendaftar awal sekiranya berminat kerana tempahan tiket perlu dibuat. Lebih awal lebih baik kerana lebih murah.
c. Mengingatkan members yang hendak menempah tiket sendiri untuk juga menempah awal.

Dia juga menyebut tentang pertandingan President’s Trophy diPort Dickson Golf and Country Club pada 30 Sep 2009. Dia memaklumkan beberapa packages dan option untuk berada diPort Dickson. Macam macam packages yang direka RHM. Ada 2DIN – 2 days 1 night lah tu. Ada 3D2N lah. Penerangan PRESTRO (ini RHM punya rekalah) atau President’s Trophy ini akan diterangkan dalam posting berasingan.
Hadiah pun dibahagi kepada pemenang pemenang. Tak dapat tunjuk gambar kerana tak bawa camera. Sorry lah. Lain kali gerenti ada.
Semoga semua members puas hati dengan permainan masing masing. Kalau tidak cuba lagi minggu depan. Kita beransur bergerak pulang dalam jam 3.00 petang.
Hip Hip Setiakawan


Salam

No comments:

Post a Comment