Tuesday, November 24, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI JADI DARIPADA SETIAKAWAN

Members Setiakawan Sekelian,
Pada 22 Nov yang lepas Dato Hashim Yahaya (MJHim) telah menyambut Hari Lahirnya ke 60. Oleh sebab tarikh lahirnya ada tercatit dalam butir butir senarai Setiakawan dan juga dia ada alamat e mail, saya pun menghantar ucapan 'Happy Birthday' kepada nya. Kiriman adalah dari SetiakawanGolf mewakili Saudara semua.
Saya juga ada menghantar ucapan yang sama kepada mereka mereka yang kami ada tarikh lahir dan yang ada alamat email. Kepada mereka yang tak ada email, saya 'kerof' (careoff) RHM. Jadi RHM menerima ucapan hari jadi bagi pehak Saudara sekelian
Dato Hashim telah menjawab dan jawapan nya adalah saperti dibawah

Hip Hip Setiakawan

Setiakawan Menyambut Hari Jadi
Saudara saudara SETIAKAWAN Sekelian

Terima kasih atas ingatan dan ucapan sempena hariulang tahun saya. Saya bersyukor kerana dapat menyambut hari lahir ke 60 tahun pada 22 Nov lepas.Harap harap dapat lagi menyambut hari hari lahir seterusnya ditahun tahun mendatang.Berkat doa doa saudara saudara sekelian INSYAALLAH.

Azam saya selepas berjaya melintasi kehidupan 60 tahun ialah seperti berikut. Tegurlah saya untuk mengekalkan keazaman ini.

TIDAK MAU TINGGAL SOLAT 5 WAKTU SEHARI
BANYAKKAN SEMBAHYANG BERJUMAAH

KERAP MEMBACA ALQURAN

BANYAK BERSABAR
HINDAR MENYAKITI HATI KAWAN
MELIHAT SESUATU KEJADIAN,MAKLUMAT,ISSUE DARI SEGI POSITIF SAJA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT MENGIKUT KEMAMPUAN BILA DIPERLUKAN MENJAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI MELALUI RIADAH DAN PEMAKANAN BETUL
BAIK DENGAN SEMUA ORANG


Mudah mudahan ianya tercapai.
Salam hormat dari saya HASHIM YAHAYA

No comments:

Post a Comment