Saturday, March 26, 2011
MAKLUMAT UMUM DAN PANDUAN PELAKSANAAN SENAT 4/2011
AM
1. SENAT (Setiakawan National Tour) kali ke4 bagi SETIAKAWAN dan kali pertama dalam tahun ini telah ditetapkan pada 3 dan 4 May 2011.
2. Pada kali ini kita akan bermain di Pulai tapi menginap di Kluang Johor.
3. Mengapa kita pilih Kluang? Sebabnya ialah:
a. Ada organisasi disana yang sanggup membantu kita.Organisasi ini ialah Institute kejuruteraan Tentera Darat Malaysia(IKEM).
b. Kita diberi keistimewaan untuk tinggal dalam kem.Perbelanjaan makan dan penginapan tentulah sangat minimal jika disbanding dengan duduk dihotel.
c. Jangan risau tentang keselesaan sebab setiap orang atau bersama isteri akan diberi satu bilik.Tentulah selesa.
d. Bagi yang belum pernah menginap dalam kem dan bagi yang sudah lama tidak masuk kem,saya rasa peluang ini adalah satu keseronokan(excitement) kepada kita semua.
e. Keselamatan tempat tinggal dijamin selamat! maklumlah dalam kem.
4. Mengapa pula kita nak bermain di Pulai? Sebabnya ialah:
a. Ada satu course - Palm Villa G&CC di Kulaijaya yang sanggup menawar kita harga yang rendah. Tidak sampai RM100 untuk green fee, buggy dan caddy bagi setiap buggy.
b. Satu satunya club yang membenarkan buggy dibawa keatas fairway. Jadi apalah nak lagi.
c. Course ini, bagi saya ,adalah menarik dan tidaklah terlalu susah. Standardnya pada hemat saya antara Nilai Spring dan KGSAS.
Baguskan? tentunya sahabat sekalian akan gumbira bermain disana nanti.
5. Perlu juga saya maklumkan, ini tidak bererti tidak ada lagi club club lain yang lebih hebat. Tentu lah ada tapi kedudukannya lebih jauh, lebih mahal dan yang dekat pula tak ada caddy.
TINJAUAN
6. Untuk menentukan pelaksanaan SENAT ke4 ini berjalan lancar, tinjauan awal telah dilaksanakan. Silalah baca blog SETIAKAWAN bertarikh 23 Mac 2011 yang dipost oleh saudara saya, John Hamzah, selepas saja kami pulang dari tinjauan pada petang 22 Mac. Tinjauan pengesahan akan dirancang dalam minggu ke3 bulan April. Sapa nak ikut jom.
PELAKSANAAN
7. Pada Rabu 23 Mac 2011 saya dan Tim Tinjauan telah memberi taklimat kepada Presiden dan Jawatankuasa Induk untuk mendapat perakuan supaya SENAT ke4 dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, Jawatankuasa Induk telah memberi persetujuan
bagi SENAT ke4 dilaksanakan seperti berikut:
a. Tarikh
(1) 2 Mei bertolak ke IKEM Kluang.
(2) 3 dan 4 Mei bertanding di Palm Villa G&CC, Pulaijaya.
(3) 4 Mei lepas game bertolak pulang.
b. Tempat Penginapan - IKEM.
c. Lapangan Golf - Palm Villa G&CC, Pulaijaya.
d. Aturcara
(1) 2 Mei 2011
(a) Jam antara 1600 (4 petang) ke 2100 (9 malam) para peserta dinasihat sampai dan melapor di lobby Wisma Perwira IKEM.
(b) Kounter pendaftaran akan dibuka pada waktu itu untuk mendaftar kehadiran, menunjuk tempat penginapan dan memberi maklumat terkini.
(c) InsyaAllah kalau dapat kita akan letakkan penunjuk jalan dari Exit Air Hitam. Kalau takde , gunalah GPS masing masing.
(2) 3 Mei 2011.
(a) 0630 ke 0700hr - Sarapan pagi di Dewan Makan bagi semua.
(b) 0715hr - Pemain Golf ke Lapangan Golf. AJK akan berusaha mendapatkan sebuah bas Jabatan Kerajaan untuk membawa kita sebagai satu kumpulan, pergi dan balik. Untuk perkhidmatan ini kita hanya perlu bayar harga petrol dan sedikit tip untuk Supir.
(c) 0930hr- Para isteri bertolak keluar Kem untuk melawat beberapa tempat handicraft termasuk Air Hitam. Sebuah bas Jabatan Kerajaan akan diusahakan juga untuk membawa isteri isteri kita. AJK akan berusaha mendapatkan isteri isteri Pegawai setempat untuk mendampingi isteri isteri kita sebagai guide. InsyaAllah.
(d) Selesai golf kita akan makan tengah hari di sebuah restoran di Kulai. Para isteri akan makan tengah hari secara berasingan.
(e) Petang acara bebas
(f) Malam jam 2030 (8.30 malam) jamuan Bar-B-Q di Wisma Perwira Jurutera.
(3) 4 Mei 2011.
(a) 0630-0700hr - Sarapan pagi di Dewan Makan bagi semua.
(b) 0715hr - Pemain Golf bertolak ke Lapangan Golf yang sama menaiki bas dan aturan yang sama.
(c) 0930hr - Para isteri keluar lagi membuat lawatan mengikut aturan yang sama.
(d) Selesai golf kita akan makan tengah hari di Club Golf yang sama dan para isteri diminta bergabong dengan kita pada jam 1300 (1 tengah hari) untuk makan bersama. Acara penyampaian hadiah akan diadakan selepas makan tengah hari disitu.
(e) Selesai makan kita akan balik ke Kem ikut bas masing masing untuk bersiap balik kerumah kita.
PENYATUAN
8. Hadiah. Akan dibahagi kepada kategori seperti berikut
a. SENAT Championship. Yang juga merangkumi A medal dan B medal bagi yang layak iaitu yang telah bermain sekurang kurangnya 3kali dengan SETIAKAWAN. Perkiraan keputusan adalah dari 2 hari bermain.
b. Daily Medals. Pertandingan adalah bagi semua yang bermain pada hari berkenaan yang juga merangkumi Medal A dan Medal B seperti yang selalu kita laksanakan pada setiap minggu.
c. Novelty. Merangkumi hanya NTP, NTL dan Longest Drive. Terbuka kepada semua pada setiap hari.
d. Hole in one akan diteruskan juga bagi semua untuk mendapat jam tangan.
e. Bulls Eye juga akan diteruskan bagi semua yang berminat.
9. Rules And Regulation Permainan. Akan dikeluarkan oleh Vice Capt, DaTaRaz.
10. Pas Masuk Kem. AJK akan cuba keluarkan Car Sticker SETIAKAWAN sebagai pengenalan diri bagi menyenangkan pergerakan masuk dalam Kem. Sticker ini akan diberi percuma kepada ahli yang telah menyertai pertandingan Bulls Eye sekurang kurang nya 3 kali kerana kos pembelian sticker ini akan diambil dari tabong Bulls Eye. Namun yang terpaksa bayar akan hanya bayar harga kos sahaja.
11. Tetamu. Vice Capt, DaTaRaz telah dibenar oleh AJK Induk untuk menjemput mana mana Pegawai yang telah membantu kita secara sukarela untuk bermain golf bersama kita.
12. Kos Keseluruhan.Kos yang perlu dibayar oleh setip peserta akan dikira dan akan dimaklumkan oleh Convenor kita, Saudara Raden Hamzah. Kos akan merangkumi
a. Green fee untuk 2 hari
b. Penginapan untuk 2 malam.
c. Sarapan pagi dan makan tengah hari untuk 2 hari dan Bar- B - Q untuk satu malam.
d. Apa apa kontigensi.
PENUTUP
13.Diharap maklumat dan panduan yang dikeluarkan ini sudah mencukupi untuk membantu sahabat SETIAKAWAN sekalian menyertai SENAT ke4 ini. Sama samalah kita dengan sukarela dan sucihati bekerjasama membatu satu sama lain untuk menjayakan Pertandingan ini.
14. Sekian untuk makluman dan tindakan seperlunya dari semua pihak.
Salam Hormat
MJHim
Chairman SENAT
Wednesday, March 23, 2011
SETIAKAWANGOLF RECCE PARTY PADA 21-22 MARCH 2011
Dah banyak kali dibincang. Kawasan dah tahu. Cuma tarikh je belum ditetapkan. Tinjauan untuk SENAT 4/2011. Kita menetapkan tarikh pada 21 Mac iaitu selepas Chairman SENAT kita, MJHim pulang dari menunaikan Umrah. Recce Party terdiri dari Chairman, Convenor RHM, Vice Captan DaTaRaz dan saya. Dua buah kereta. Saya terpaksa keSeremban dulu baru boleh menaikki Harrier MJHim dan bertolak ke Kluang. RHM dan DaTaRaz dengan sebuah kereta lagi. Rancang ialah RV diTol Air Hitam. Kita bertemu dalam jam 5.30. Gi ke Kluang Rail Coffee. Tak payah gi keRailway Station lagi. Dah ada tempat baru. Besar lak.
Kami ditemui oleh beberapa pegawai Rejimen Jurutera DiRaja yang berpengkalan diKluang. Anak buah mantan CE (Chief Engineer) DaTaRaz. Minum kopi Kluang. Cuba juga mee rebus. Memang Johor famous dengan mee rebus nya. Pas tu ke kem Mahkota. Kami dibawa ke Rumah Seri Jurutera. Cantik tempat tu. Ada 3 bilik. Dua bintang satu bilik, satu bintang satu bilik dan yang takde bintang kena share satu bilik. Masih selesa. Ianya sebahgian dari Wisma Perwira Institut Kejuruteraan Tentera Darat Malaysia ( IKEM ). Dolu dolu DaTaRaz ialah Komandan institute ni.
Panglima 7 Beriged datang menjenguk.
Kawan lama. Secara kebetulan dia sedang memantau kemajuan pembinaan ‘penjara dalam Kem’ yang telah diumumkan kerajaan baru baru ni. Dia sebut tentang Blue Ocean Concept. Tertanya juga dalam hati, pernah dengar Blue Ocean Navy atau Brown Water Navy tapi kali ni Blue Ocean Strat untuk pembinaan penjara dalam kem tentera. Saya kira pehak TD telah pun menkaji implikasi pendekatan sedemikian. Harap harap berkesan.
Pada malam hari kita dibawa makan malam dengan squad kami Haji Bahrin Selamat. Bersara semasa Mejar lagi. Dengar dah Berjaya dah. Towkey minyak. Ada banyak stesen minyak diJohor. Seronok berjumpa kawan lama dan Berjaya lak. Kira kira dia belanja lah malam tu. Keesokan hari nya kami bertolak ke Palm Villa Golf & Country Resort. DiKulaijaya. Perjalanan selama sejam. Kami disertai oleh Dato Roslan Hanafiah diRSJ dan oleh Dato Jamel Ahmad, Kol Tukimin dan Kaptain Ramli ditol Air Hitam terus keKulaijaya.
Sesampai disana kelihatan satu kawasan indah dengan tempat parkir yang luas dan berdekatan dengan Golf Bag Drop. Selesai preliminaries mendaftar, mendapat buggy dan caddy, kita kePutra Nine. Pandangan pertama memang menarik. Nampak satu course yang disara dengan baik.
Kumpulan pertama ialah Dato Roslan, Dato Jamel, Kol Tukimin dan Kapt Ramli.
Kira nya kita letakkan wakil kita Dato Roslan mewakili Setiakawan bertanding dengan Tim Kluang. Kami pasti dia akan tabor jarring untuk memancing ikan. Kami berempat satu flight.
Saya partner RHM. Confiden lah boleh menang sebab partner dengan RHM. Kebelakangan ni dia memang menyerlah.
Sekali lalu saya dapati course ni luas dan panjang. Berjaga. Par 3 nya semua 170 meter keatas. Ada air lak. WBP saya rasa keseronokan bermain disini.
Ada juga bola masuk air. Cuaca redup dan ada juga hujan renyai. Tak menjadi masaalah. Very Soothing. Saya yakin members akan suka course ni.
Selesai bermain MJHim, DaTaRaz dan RHM berjumpa pihak pengurusan kelab untuk berbincang tentang rancangan kita. Dengar, tawaran kelab berpatutan. Itu kita tunggu Chairman mengemaskinikan jawatanankuasa dan jika dipersetujui akan dimaklumkan members sekelian. Cuma tentukan ‘block off’ tarikh 2,3 dan 4 Mei (2345) 2011 untuk kita keJohor lak.
Salam.
Friday, March 18, 2011
PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BANGI GOLF RESORT PADA 16 MARCH 2011
Permainan kali ni di Bangi Golf Resort. Dah lama Setiakawan tak kesana. Saya tak dapat menyertai kerana urusan peribadi. Mengikut cerita DNA yang baru pulang dari menunaikan Umrah, berkoba koba nak menyertai, tapi telah mengidap demam dan batuk batuk lak. Bagitu juga MJHim, baru pulang dari Umrah tapi terpaksa menunaikan kewajipan domestic lak. Kena tunggu minggu depan.
Keputusan pada hari tu ialah saperti dipamirkan:
Rosli Nasution ni nampaknya didalam Purple Patch. Minggu lepas dapat tempat pertama B Medal, kali ni dah jadi Champion lak. Main net 68. Kena potong satu stroke. Lepas ni main handicap 16 lak. Well Done Rosli. Cuba jadi champion lagi pada 23 Mar ni. SiKidal tu pun makin bermain dengan baik. Dapat Deputy Champion. Yang sentiasa kekal dapat hadiah tiap tiap minggu ialah RHM. Masih kat handicap 22. Tak boleh potong handicap dia ke Panglima Handicap?
Salam
Setiakawan Akan Meninjau Ke Johor untuk SENAT akan datang.
Keputusan pada hari tu ialah saperti dipamirkan:
Rosli Nasution ni nampaknya didalam Purple Patch. Minggu lepas dapat tempat pertama B Medal, kali ni dah jadi Champion lak. Main net 68. Kena potong satu stroke. Lepas ni main handicap 16 lak. Well Done Rosli. Cuba jadi champion lagi pada 23 Mar ni. SiKidal tu pun makin bermain dengan baik. Dapat Deputy Champion. Yang sentiasa kekal dapat hadiah tiap tiap minggu ialah RHM. Masih kat handicap 22. Tak boleh potong handicap dia ke Panglima Handicap?
Salam
Setiakawan Akan Meninjau Ke Johor untuk SENAT akan datang.
PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI KINRARA GOLF CLUB PADA 09 MARCH 2011
Kita berbalik ke Kinrara pada 09 Mar ni. Mengikut RHM pada pagi 08 Mar, kita ada 9 full flights. 36 members menyertai. Banyak tu. Mungkin pasal KL. Kali ni shot gun start pada jam 0815. Ini juga bermakna kita akan habis bermain hampir serentak.
Selesai bermain kita ke Bilik Kinrara I untuk makan tengah hari dan acara penyampaian haduiah. Kol Mutalib menjadi juruacara kalini. Pemenang pemenang pada hari itu ialah saperti dipamirkan.
Nampaknya Kol Mohd Affendi Mustapha masih kental dengan menjuarai Outings kita pada hari tu. Dato Mokhtar Parman pun nampaknya sedang meletakkan dirinya kedalam senarai Top 10 Ranking SEGOY dengan mendapat Deputy Champion. Kol Razaki Darus yang dah lama tak menerima apa apa kini menjelma semula dengan mendapat tempat ke2 A Medal. Rosli Nasution dah menunjuk kehandalan nya dengan mendapat tempat pertama B Medal. Satu lagi Affendi Mustapha mendapati tempat ke3 B Medal. Dato Affendi Mustapha. Dia memang steady. Boleh bermain handicap 18. Itu pendapat saya je.
Tak dapat saya tunjukkan gambar gambar pemenang hadiah pada hari tu kerana bateri camera habis. Masaalah teknikal lah tu. Tak tahu nak nengok status bateri dengan camera pinjam.
Ada juga ‘glitch’ tentang score pada hari tu. Satu kad menunjuk score berlainan dari score kad yang berlainan. Menimbulkan kecelaruan kejap. Ialah semua orang mencatit score.Untuk semua pemain dalam flight tu. Score mana yang nak dipakai? Memang senang kalau score dicatat dalam satu kad, tetapi flight tu mesti tentukan siapa yang ‘official scorer. Setelah disemak, maka kad tu lah yang akan diserahkan kepada ‘Tukang Kira’.
Salam.
Setiakawan KeBangi Golf Resort Lak.
Tuesday, March 8, 2011
RANKING KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA AKHIR FEBRUARY 2011
Terawal, saya ada membentangkan Ranking kita untuk bulan Februari 2011 sahaja. Mohd Nazri Sulaiman mendahului. Itu untuk bulan Februari je. Keseluruhan, kenalah ambil kira rankings Januari 2011, baru kita tahu siapa yang leading. Di pamirkan ranking Keseluruhan sehingga akhir Feb 2011.
DisusunAtur Oleh:
Kalau mengikut senarai yang dikirim oleh Panglima Handicap, Dato Amin Salleh, terdapat seramai 118 nama. Yang mendapati point sehingga senarai 92 je. Dari senarai 84 sehingga senarai ke 92 semua mendapati satu point. Kebawah dari itu tak dapat point langsung. Ini bermakna mereka tak menyertai permainan mingguan kita langsung dari bulan Januari lagi. Jadi pada saya tak perlulah dimasukkan nama nama mereka. Saperti di senaraikan:
Kedudukan Setiakawan Golfer of the Year FedExCup
Nampaknya Kol Ramli Kinta ni, sentiasa dalam lingkongan Top 10. Dia macam Mark Wilson dalam FedExCup sekarang ni. Champion Annual Championship 2010, Hj Rahim kassim ditempat kedua, macam Jhonattan Vegas diikuti pula oleh Champion SEGOY 2010 Kol Mutalib Salleh, macam Rory Sabatini. Yang lain tu saperti disenaraikan
Salam
Setiakawan Mesti Mencuba Mendahului Ranking.
DisusunAtur Oleh:
Kalau mengikut senarai yang dikirim oleh Panglima Handicap, Dato Amin Salleh, terdapat seramai 118 nama. Yang mendapati point sehingga senarai 92 je. Dari senarai 84 sehingga senarai ke 92 semua mendapati satu point. Kebawah dari itu tak dapat point langsung. Ini bermakna mereka tak menyertai permainan mingguan kita langsung dari bulan Januari lagi. Jadi pada saya tak perlulah dimasukkan nama nama mereka. Saperti di senaraikan:
Kedudukan Setiakawan Golfer of the Year FedExCup
Nampaknya Kol Ramli Kinta ni, sentiasa dalam lingkongan Top 10. Dia macam Mark Wilson dalam FedExCup sekarang ni. Champion Annual Championship 2010, Hj Rahim kassim ditempat kedua, macam Jhonattan Vegas diikuti pula oleh Champion SEGOY 2010 Kol Mutalib Salleh, macam Rory Sabatini. Yang lain tu saperti disenaraikan
Salam
Setiakawan Mesti Mencuba Mendahului Ranking.
Friday, March 4, 2011
PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DI BUKIT UNGGUL GOLF & COUNTRY CLUB PADA 02 MARCH 2011
Mengikut SMS RHM pada 01 March 2011, ‘ Business not so good. Got 7 flights only. Rate 100.00. Breakfast and caddy sdn bhd. Lunch will be at the club.” Jawab saya secara gurauan pula, ‘Roger. Our members are overseas. International commitment.”.
Tujuh flight tu bermakna 28 peserta. Setahu saya DNA dan MJHim diTanah Suchi Mekah. Menunaikan Umrah. Kurang lah sikit orang. Yang lain tak menyerta ku mungkin sibuk dengan tugas masing masing atau saperti pendapat saya dulu “course ni tak digemari kerana jauh, panas ( ialah dalam lembah dan tak berangin) dan unfriendly (itu kepada mereka yang main tak betul lah tu)”. Walau pun bagitu course ni masih satu dari favourite kita kerana “Bagus nya course ni ialah bayaran nya yang berpatutan termasuk ada pengurangan bayaran kepada ‘Warga Mas’, ada caddy (sekurang kurang nya satu caddy untuk satu flight) dan ada tempat tempat yang kita dibenarkan buggy keatas fairway.” Kira OK. Dengan RM 100 kita dapat bermain 18 lubang dan makan tengah hari sekali. Very reasonable.
Pembahgian flight hamper sama adil. Sesuatu flight mengandungi pemain yang sama handicap.
Saya bersama Tan Sri Yunus Tasi ( 9 ), Che Gu Nasir ( 19 ), Dato Presidente ( 24) dan saya handicap 24. Seimbang. Saya partner Tan Sri Yunus. Kita bermain 3-1-1 mengikut rate orang pencen. Tan Sri Yunus tu satu intake dengan President kita. Walau pun bagitu dia tua sikit. Dah mencapai angka 70. Pukul macam teruna umur 21 tahun. Bila melihatkan dia pukul bola saya menganggap secar senyap bahawa keupayaan dia tu disebabkan tehnik dan teknoloji. Bukan dia. Ini yang kita gelar ‘Sour Grape’, bila kita tak bagus kita adakan alasan lain lak. Walau bagaimana pun pertarungan kita tak kurang hebat.
Dato Presidente dan partner nya Che Gu Nasir memberi kami tentangan hebat. Tapi pada akhir nya kami meyerlah sikit. Thank you Tan Sri.
Selesai bermain makan tengah hari disediakan di Bilik Tetamu club. Berhawa dingin. Kita
dihidangkan nasi ayam dan air sirap. Ada kopi dan teh lak. Untuk makan rengan dan mengalas perut tu kira nya memadai. Tidak lah memandu pulang kemudian akan kekosongan perut lak.
Acara pemberian hadiah juga diadakan disitu. Pemenang pemenang pada hari tu ada saperti dipamirkan:
Kali ni takde sapa main under. Champion kita Kol Ramli Kinta dan Deputy Champion Mej Sardon K, bermain par golf 72 je. Ada OCB.
A Medal lak, Dato Amin mendahului, diikuti oleh Dol Ngajis,
Dato Amir dan Dato Khalid. Squad saya tu kira nak mencapai tahap lama semasa dia terra. Simpan Itu Masa Squad. B Medal lak didahului oleh Orang Tepeng dengan net 73
sementara tempat kedua ialah partner saya Tan Sri Yunus Tasi dengan net 74. Tempat ketiga ialah Dato Roslan. B Medal ada 3 hadiah je.
Pada 26 Feb, semasa bermain di Tasik Puteri GCC, pertama kali kita memulakan rebutan Bulls Eye terdapat pemenang. Dengan bulatan 10 kaki diLubang 14 Dato Yunus Long telah memukul bola nya kedalam bulatan itu. Beliau telah diserahkan kutipan wang Bulls Eye pada hari tu. Well Done Dato.
Kita selesai dalam jam 3.00 petang dengan janji untuk berjumpa lagi minggu berikut nya.
Salam.
Setiakawan Akan Ke Mana Lagi?
Subscribe to:
Posts (Atom)