Friday, March 18, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BANGI GOLF RESORT PADA 16 MARCH 2011

Permainan kali ni di Bangi Golf Resort. Dah lama Setiakawan tak kesana. Saya tak dapat menyertai kerana urusan peribadi. Mengikut cerita DNA yang baru pulang dari menunaikan Umrah, berkoba koba nak menyertai, tapi telah mengidap demam dan batuk batuk lak. Bagitu juga MJHim, baru pulang dari Umrah tapi terpaksa menunaikan kewajipan domestic lak. Kena tunggu minggu depan.
Keputusan pada hari tu ialah saperti dipamirkan:


Rosli Nasution ni nampaknya didalam Purple Patch. Minggu lepas dapat tempat pertama B Medal, kali ni dah jadi Champion lak. Main net 68. Kena potong satu stroke. Lepas ni main handicap 16 lak. Well Done Rosli. Cuba jadi champion lagi pada 23 Mar ni. SiKidal tu pun makin bermain dengan baik. Dapat Deputy Champion. Yang sentiasa kekal dapat hadiah tiap tiap minggu ialah RHM. Masih kat handicap 22. Tak boleh potong handicap dia ke Panglima Handicap?
Salam
Setiakawan Akan Meninjau Ke Johor untuk SENAT akan datang.

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI KINRARA GOLF CLUB PADA 09 MARCH 2011




Kita berbalik ke Kinrara pada 09 Mar ni. Mengikut RHM pada pagi 08 Mar, kita ada 9 full flights. 36 members menyertai. Banyak tu. Mungkin pasal KL. Kali ni shot gun start pada jam 0815. Ini juga bermakna kita akan habis bermain hampir serentak.
Selesai bermain kita ke Bilik Kinrara I untuk makan tengah hari dan acara penyampaian haduiah. Kol Mutalib menjadi juruacara kalini. Pemenang pemenang pada hari itu ialah saperti dipamirkan.

Nampaknya Kol Mohd Affendi Mustapha masih kental dengan menjuarai Outings kita pada hari tu. Dato Mokhtar Parman pun nampaknya sedang meletakkan dirinya kedalam senarai Top 10 Ranking SEGOY dengan mendapat Deputy Champion. Kol Razaki Darus yang dah lama tak menerima apa apa kini menjelma semula dengan mendapat tempat ke2 A Medal. Rosli Nasution dah menunjuk kehandalan nya dengan mendapat tempat pertama B Medal. Satu lagi Affendi Mustapha mendapati tempat ke3 B Medal. Dato Affendi Mustapha. Dia memang steady. Boleh bermain handicap 18. Itu pendapat saya je.
Tak dapat saya tunjukkan gambar gambar pemenang hadiah pada hari tu kerana bateri camera habis. Masaalah teknikal lah tu. Tak tahu nak nengok status bateri dengan camera pinjam.
Ada juga ‘glitch’ tentang score pada hari tu. Satu kad menunjuk score berlainan dari score kad yang berlainan. Menimbulkan kecelaruan kejap. Ialah semua orang mencatit score.Untuk semua pemain dalam flight tu. Score mana yang nak dipakai? Memang senang kalau score dicatat dalam satu kad, tetapi flight tu mesti tentukan siapa yang ‘official scorer. Setelah disemak, maka kad tu lah yang akan diserahkan kepada ‘Tukang Kira’.
Salam.
Setiakawan KeBangi Golf Resort Lak.

Tuesday, March 8, 2011

RANKING KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA AKHIR FEBRUARY 2011

Terawal, saya ada membentangkan Ranking kita untuk bulan Februari 2011 sahaja. Mohd Nazri Sulaiman mendahului. Itu untuk bulan Februari je. Keseluruhan, kenalah ambil kira rankings Januari 2011, baru kita tahu siapa yang leading. Di pamirkan ranking Keseluruhan sehingga akhir Feb 2011.

DisusunAtur Oleh:













Kalau mengikut senarai yang dikirim oleh Panglima Handicap, Dato Amin Salleh, terdapat seramai 118 nama. Yang mendapati point sehingga senarai 92 je. Dari senarai 84 sehingga senarai ke 92 semua mendapati satu point. Kebawah dari itu tak dapat point langsung. Ini bermakna mereka tak menyertai permainan mingguan kita langsung dari bulan Januari lagi. Jadi pada saya tak perlulah dimasukkan nama nama mereka. Saperti di senaraikan:
Kedudukan Setiakawan Golfer of the Year FedExCup







Nampaknya Kol Ramli Kinta ni, sentiasa dalam lingkongan Top 10. Dia macam Mark Wilson dalam FedExCup sekarang ni. Champion Annual Championship 2010, Hj Rahim kassim ditempat kedua, macam Jhonattan Vegas diikuti pula oleh Champion SEGOY 2010 Kol Mutalib Salleh, macam Rory Sabatini. Yang lain tu saperti disenaraikan
Salam
Setiakawan Mesti Mencuba Mendahului Ranking.

Friday, March 4, 2011

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWAN DI BUKIT UNGGUL GOLF & COUNTRY CLUB PADA 02 MARCH 2011


Mengikut SMS RHM pada 01 March 2011, ‘ Business not so good. Got 7 flights only. Rate 100.00. Breakfast and caddy sdn bhd. Lunch will be at the club.” Jawab saya secara gurauan pula, ‘Roger. Our members are overseas. International commitment.”.
Tujuh flight tu bermakna 28 peserta. Setahu saya DNA dan MJHim diTanah Suchi Mekah. Menunaikan Umrah. Kurang lah sikit orang. Yang lain tak menyerta ku mungkin sibuk dengan tugas masing masing atau saperti pendapat saya dulu “course ni tak digemari kerana jauh, panas ( ialah dalam lembah dan tak berangin) dan unfriendly (itu kepada mereka yang main tak betul lah tu)”. Walau pun bagitu course ni masih satu dari favourite kita kerana “Bagus nya course ni ialah bayaran nya yang berpatutan termasuk ada pengurangan bayaran kepada ‘Warga Mas’, ada caddy (sekurang kurang nya satu caddy untuk satu flight) dan ada tempat tempat yang kita dibenarkan buggy keatas fairway.” Kira OK. Dengan RM 100 kita dapat bermain 18 lubang dan makan tengah hari sekali. Very reasonable.
Pembahgian flight hamper sama adil. Sesuatu flight mengandungi pemain yang sama handicap.
Saya bersama Tan Sri Yunus Tasi ( 9 ), Che Gu Nasir ( 19 ), Dato Presidente ( 24) dan saya handicap 24. Seimbang. Saya partner Tan Sri Yunus. Kita bermain 3-1-1 mengikut rate orang pencen. Tan Sri Yunus tu satu intake dengan President kita. Walau pun bagitu dia tua sikit. Dah mencapai angka 70. Pukul macam teruna umur 21 tahun. Bila melihatkan dia pukul bola saya menganggap secar senyap bahawa keupayaan dia tu disebabkan tehnik dan teknoloji. Bukan dia. Ini yang kita gelar ‘Sour Grape’, bila kita tak bagus kita adakan alasan lain lak. Walau bagaimana pun pertarungan kita tak kurang hebat.

Dato Presidente dan partner nya Che Gu Nasir memberi kami tentangan hebat. Tapi pada akhir nya kami meyerlah sikit. Thank you Tan Sri.










Selesai bermain makan tengah hari disediakan di Bilik Tetamu club. Berhawa dingin. Kita
dihidangkan nasi ayam dan air sirap. Ada kopi dan teh lak. Untuk makan rengan dan mengalas perut tu kira nya memadai. Tidak lah memandu pulang kemudian akan kekosongan perut lak.
Acara pemberian hadiah juga diadakan disitu. Pemenang pemenang pada hari tu ada saperti dipamirkan:

Kali ni takde sapa main under. Champion kita Kol Ramli Kinta dan Deputy Champion Mej Sardon K, bermain par golf 72 je. Ada OCB.
A Medal lak, Dato Amin mendahului, diikuti oleh Dol Ngajis,
Dato Amir dan Dato Khalid. Squad saya tu kira nak mencapai tahap lama semasa dia terra. Simpan Itu Masa Squad. B Medal lak didahului oleh Orang Tepeng dengan net 73
sementara tempat kedua ialah partner saya Tan Sri Yunus Tasi dengan net 74. Tempat ketiga ialah Dato Roslan. B Medal ada 3 hadiah je.
Pada 26 Feb, semasa bermain di Tasik Puteri GCC, pertama kali kita memulakan rebutan Bulls Eye terdapat pemenang. Dengan bulatan 10 kaki diLubang 14 Dato Yunus Long telah memukul bola nya kedalam bulatan itu. Beliau telah diserahkan kutipan wang Bulls Eye pada hari tu. Well Done Dato.
Kita selesai dalam jam 3.00 petang dengan janji untuk berjumpa lagi minggu berikut nya.
Salam.

Setiakawan Akan Ke Mana Lagi?

Tuesday, March 1, 2011

SETIAKAWANGOLF RANKINGS FEBRUARY 2011



Sekali lagi dibentangkan Rankings bulanan kita. Kali ini untuk bulan February 2011. Sila lihat senarai yang dipamirkan dibawah.


Kiraan:













Dari Rankings terbaru ni kita dapati seramai 118 tersenarai tapi hanya 66 yang mendapati points. Ini berbeza dari Rankings bulan Januari dimana kita ada seramai 70 tersenarai tetapi hanya seramai 46 saje ada points. Ini kita boleh merumus bahawa makin ramai menghadiri weekly outings kita. Untuk bulan Februari ni nama yang tersenarai ialah seramai 118 tetapi seramai 66 orang saje menyertai dan mendapat sekurang kurang nya 1 (satu) point. Kira nya ini insentif untuk penyertaan. Sesiapa yang main je, akan mendapat point. Tambahan pula, akan dikira penyertaan.
Ingatan: Keperluan untuk layak pertandingan SEGOY ialah 25 kali penyertaan.
Kalau ada point tapi tak cukup penyertaan, tidak akan layak bertanding untuk SEGOY.
Untuk bulan ni yang Top ialah:
a. Mohd Nazri Sulaiman. Walau pun menyertai 3 kali je, tapi dia dapat champion 2 kali dan nombor 7 sekali. Point dia 138.
b. Kol Abdullah Khir. Dia tempat ke2. Penyertaan penuh. Minggu pertama dapat satu point je kerana penyertaan. Pas tu nombor 2, 7 dan 16. 107 point.
c. Kol Mohd Affendi Mustapha ditempat ke3. Bulan Feb dia full attendance. Ungkapan ‘ I have Returned’ nampaknya terbukti. Minggu pertama takde kedudukan. Belum panas badan. Dapat satu point je kerana penyertaan. Minggu ke 2 dapat nombor 5, ke3 nombor 20 dan minggu terakhir jadi Champion. 105 point. Simpan itu masa Kawan.
d. Dari ke4 hingga ke10, termasuk Captain kita DNA, Dato Mokhtar Parman, Dato Amiruddin Aladad, Kol Arham yang kembali menunjuk taring nya, Dato Roslan Hanafiah dan Champion SEGOY 2010 Kol Mutalib.

Keputusan ni hanya untuk bulan Februari je. Keseluruhan bagi tahun 2011 akan dipamirkan secepat mungkin.
Saya berharap lah supaya semua members mengambil iktibar kedudukan masing masing dan mencuba untuk memperbaiki kedudukan.
Salam
Setiakawan Tunjuk Rankings Feb Je.

Saturday, February 26, 2011

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN MARCH 2011

Hampir lupa lak. Bahawa bulan Februari ni hanya 28 hari. Lepas ni bulan March. Kena lah ada handicap yang baru. Saperti semua members maklum, handicap kita dikira mengikut penyesuaian (average) kepada 3 score terbaik dari 10 permainan yang lepas. Selagi 3 score terbaik itu diambilkira, selagi itu lah handicap kita tidak akan berubah. Kalau lah kita bermain lebih baik, maka handicap kita mungkin berubah tetapi menurun makin rendah. Kalau kita main teruk, melambung score berapa tinggi pun, selagi 3 score terbaik tu tak disingkir keluar dari 10 permainan terakhir, selagi tu lah handicap kekal. Saya ada perhatikan ada member yang mencapai nett melebihi century, menenung Panglima Handicap kita mengharap supaya handicap dinaikkan, tetapi beliau buat dak je. Kelohan ni akan berterusan, tetapi saya yakin sistem yang kita ada ini adalah terbaik. Ianya teratur, tersusun dan konsisten.
Anyway, dipamirkan dibawah ni handicap masing masing.







DiConggak Oleh:












Nampaknya kita ada 9 single handicapper, 82 teens handicapper dan 27 twenties handicapper . Yang twenties tu memang nak ke teens dan harap harap yang teens tu akan mencuba ke single handicap. Saya rasa ada juga yang menjururawat (nursing) handicap mereka. Itu terpulang kepada pendirian masing masing. Banyak konfigurasi yang perlu dipoertimbangkan apabila berbuat demikian.
Salam.
Setiakawan Ada Handicap Baru.





PS: Pas ni Ranking Lak. Standby.