Friday, September 21, 2012

SETIAKAWANGOLF STABLEFORD TROPHY – SETRO 3/2012 PADA 19 SEPTEMBER 2012 DI TASIK PUTERI GOLF & COUNTRY CLUB





Sampai je di kelab, hujan lebat. Dalam hati, lambat lah kita mulakan. Masuk ke ruang clubhouse. Badan lembab sikit.

 
 




 
 

Nampak cam sarapan nasi lemak. Riuh juga di situ. Masing masing ada cerita. Nampak juga muka yang tak pernah Nampak. Member baru lah tu. Mengikut SMS Convenor ada 44 peserta. 44 orang.
Bergambar kenangan kumpulan.


 Selalu nya di luar. Tapi sebab cuaca yang lembab kita bergambar didalam lak. Vice Captain, Dato Tairobi memberi penerangan berkenaan perlaksanaan pertandingan.

 Selesai tu, kita jemput Penaung, Tan Sri Hashim Meon untuk mengetuai bacaan doa.


Memohon restu supaya pertandingan berjalan lancer dan saksama. Selesai doa, kita ke biggy masing masing. Cantik nya aturan kita ialah beg dah pun diletakkan atas buggy.

 Caddy tersedia ada. Buggy tersusun mengikut flight. Jam 8.30 kita ke tee box masing masing. Shot Gun Start.
Cuaca dah reda. Fairway masih lembab. Di benarkan’ Winter Rules’. Bolih alih bola sejauh 2 club length kalau perlu. Tee off dari ‘Blue’ tee. Jauh lah rasa nya. Mula mula redup, bertukar bahang ke tengah hari. Kami habis dalam jam 1.00. Mandi, bersalin dan menuju ke Puteri Hall untuk acara seterus nya. Makanan dah disediakan . Makan lah kita.


 Selesai makan acara pemberian hadiah.
Kita sempat mengenalkan members baru. Saudara Mohd Zaidi Shahdan dan Kol Adenan Rahman (Andy). Dato Presidente di jemput memberi ucapan nya
 
 di ikuti oleh Dato Vice Presidente.
 
 Selesai ucapan kita teruskan dengan penyampaian hadiah.
Mula mula pemenang acara novelty:
 
 
Dituruti oleh Ballsweep.

 

 
 
Akhir sekali pemenang SESTRO saperti dipamirkan:



 
 

Tahniah kepada Tan Sri Nik kerana menjuarai SESTRO kali ini. Tahniah juga kepada semua pemenang yang telah menerima hadiah. Keputusan Keseluruhan mengikut net score adalah saperti berikut.

 
Kita selesai dalam jam 3.30 petang dengan ingatan kepada semua memandu dengan baik, selamat sampai di rumah dan jumpa lagi pada 26 Sep 2012.
Salam.
 


No comments:

Post a Comment