Hari ni merupakan pertama kali kita turun ke padang setelah berpuasa sebulan dan berhari raya. Memang ditunggu tunggu oleh members. Banyak sebab. Gian kat golf, nak meneruskan exercise dan juga berjumpa kawan. Elok tu. Kesemua, 40 peserta. Sepuluh flights.
DiGolfers’ Terrace, ramai dah berkumpul. Kebanyakan menikmati sarapan.
Sponsored by Dato Jasmay dan MCA. Ingatkan Chua Soi Lek sponsor, rupanya, Mej Che Anuar. Terima Kasih kepada mereka berdua. Lunch plak disponsor oleh Dato Tairobi Razak. Kira nya Open House lah. Di meja pendaftaran Convenor sibuk mendaftar peserta. RM 110 termasuk satu caddy untuk satu flight. Kalau nak caddy sendiri kena RM 50.00. Mej Rustam lak berniaga Buku Panduan kita’ Setiakawan’. Cuma RM 10.00. Saya pun beli satu naskah.
Dalam jam 0800 kita mula ke tempat caddy dan buggy. Oleh sebab ramai, kelab melalui Joe, telah mengaturkan Shot Gun start. Saya Flight No 10. Last sekali. Dalam flight ialah Supp Bahar (22),
Setahu saya deme semo dulu handicap belasan je. Sekarang ni dah macam saya (Tiru Macam Saya) handicap 24.
DiTee Box pertama di depan kami ada 2 flight. Ternampak member baru. Mohd Jumani Yussuf.
Dijemput oleh Dato Hashim Yahaya. Anak menakan nya.
Setelah berehat selama lebih sebulan, nampak quality permainan dah menurun. Kalau dulu tee off 200 meter sekarang hanya 180 meter je.
Memang jelas kekurangan kekuatan kerana otot otot dah terhakis. Setelah beberapa lubang kelihatan pulih sikit. Saya beranggapan semua members macam tu, tapi semasa pembahgian hadiah kelihatan masih ada yang teguh. Seramai 4 orang bermain ‘under’ dan 3 orang kena potong handicap.Gi driving range bulan puasa kot.
Memang seronok bermain setelah lama tak berkecimpung. Celah celah tu dapat juga double par. Memang berkarat. Takde taruhan langsung. Tiada tekanan. Patut main baik. Tak juga.
Kita selesai jam 12.30, pegi mandi, bersalin pakaian dan siap untuk ke rumah Dato Tairobi. Di Olak Rempit, Banting.
Makan dalam setengah jam. Sampai je dijemput ke ruang makan. Semasa melalui dalam rumah kelihatan members members sedang menikmati hidangan yang disediakan, termasuk lauk daging lemak cili api.
Faham faham lah Datin Non tu orang Pilah. Sudah tentu banyak memberat ke Pilah. Yang kira pengaruh Dato Tairobi ialah pecal. Memang sedap. Memang lazat. Sudah tentu persiapan oleh Datin Non dan kawan kawan nya.
Selesai makan kita ke Ruang Tamu untuk penyampaian hadiah. Ramli Kinta mengacara.
Jumlah keseluruhan saperti dipamirkan.
Selesai acara penyampaian hadiah, kita pun bersurai dengan ucapan setinggi tinggi Terima Kasih kepada Dato Tairobi dan Datin Zainon.
Terima Kasih Daun Keladi.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke55 pada 31 Ogos 2012.
Salam.
No comments:
Post a Comment