Thursday, September 13, 2012

SAMBUTAN HARIAYA SETIAKAWANGOLF PADA 11 SEPTEMBER 2012 DI WISMA PERWIRA REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA.


Ingatkan dah kenal Wisma Perwira RAJD di kawasan Bukit Tunku. Pernah pun pegi dolu dolu. Dalam blog pun, telah mengarahkan members melalui Jalan Tugu Negara. Bila sampai ketempat tu, dah takde. Banguna dah hamper runruh. Terpaksa keluar balik. Kedepan lagi. Nampak jugak bangunan dihias lampu warna warni. Ada RELA lak jaga. Betul lah ni. Bila bertanya rupa nya Alumni Pegawai Pegawai PTD sedang menyambut Aidil Fitri gak. Teruskan juga. Memusing musing. Kena talipon Mantan CE. Baru berjumpa.
Cantik tempat nya. Disegi lokasi dan penampilan. Banyak lampu warna warni. Ada gak dituliskan Setiakawan Berhari raya. Kelihatan jugak beberapa staf sedang menyiapkan makanan. Mantan CE pun sibuk memantau keadaan. Jugak menyambut members yang tiba. RHM berada didalam mendaftar kedatangan.

















 

 
Dalam jam 8.30 kita memulakan acara dengan bacaan doa selamat yang di ketuai oleh penaung kita, Tan Sri Hashim Meon.
 
 

Seterusnya kita mengambil makanan dan menikmati hidangan. Ada laksa – Siam punya, lomang, rendang ayam dan daging, ada satay, kueh mueh, koay teow goring basah dan 3 jenis air. Panas dan sejuk.
Orang pompuan lak di tempatkan di dalam ruang bersebelahan.
 

Hidangan pun disediakan disitu. Ada juga acara doa selamat mereka. Khusus untuk Datin Mani yang selamat menjalani pembedahan baru baru ni. Selesai makan,
 
Dato Presidente lak berucap.  Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan mengharapkan bahawa jalinan silaratul Rahim sesame ahli dan keluarga akan berterusan. Majlis seumpama ni lah mengeratkan hubungan sesame kita.
 
Ada cabutan bertuah. Khusus untuk isteri. Ada 5 hadiah. Nampak macam periok, tapi special punya. Tak pasti lak sapa sponsor. Terima kasih kepada nya. Setahu saya yang mendapat cabut nombor yang dipegang nya ialah: Puan Sri Nur aini (Tan Sri Hashim Meon), Datin Tini (Dato Amiruddin) , Puan Mars (Raden Hamzah Massod, Puan Mas ( Mej Sardon) Deli dan Datin Halimah (Dato Ali Karwi). Tahniah kepada mereka.
Dato Vice Presidente juga tampil untuk menerangkan beberapa kegiatan golf.
 
Termasuk butir butir SIM di Jakarta mulai 14 hingga 18 Oktober. Dia juga suruh meneka lagu yang dimainkan di IPhone nya. Tak berapa dengar. Saya yang dekat dengar dan lagu nya ialah saperti dimainkan berikut nya.



Ya lagu Datin Fatimah Huri, masa dolu dolu. Banyak rupa nya lagu beliau termasuk Ayo Ayo E dan Impian Semalam. Layari You Tube kalau nak dengar.
Selesai majlis kita pun mengakhiri malam sambutan Hari Raya Setiakawan. Sabelum balek ambik gambar dulu.

 
Saya turut Gumbira diatas sambutan kita yang bagitu meriah dan akrab. Semoga kita boleh berjumpa lagi tahun depan.
Salam.

2 comments:

  1. Alhamdulillah,
    silaturahmi Setiawan Golf selalu terjaga.
    sehat selalu Dato.
    doa kami untuk Dato.

    Mirandi
    mirandi@pjbservices.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Mirandi,
      Terima Kasih atas ucapan saudara.
      Tak pasti lak samaada kita pernah bersua, kerana tak pernah nampak di permainan mingguan kita. Mungkin awal dari ni kot. Kalau kesempatan silalah ke Weekly Outings kita tiap tiap hari Rabu.
      Salam.
      KolJohn

      Delete