Saturday, September 15, 2012

KEPUTUSAN PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI TASIK PUTERI GOLF & COUNTRY CLUB PADA 12 SEPTEMBER 2012

Permainan WO kita pada 12 Sep telah diadakan di Tasik Puteri  G&CC. Dah lama tak kesana. Kira nya ini ialah practise round untuk menghadapi pertandingan Piala Stableford atau SESTRO yang dijadualkan pada 19 Sep. Ada jugak yang tak menurut serta Practise Round ni. Hendak menyimpan tenaga konon. Kita tengok persembahan mereka nanti.
WO kali Cuma 24 orang je. Tujuh flights. Sarapan di taja sebahgian nya oleh Tan Sri Yunus Tasi. Tajaan nya tu juga sempena menyambut harijadi nya yang ke 72 pada 03 September 2012. Terima Kasih Tan Sri. Semoga sentiasa sihat dan panjang umur.
Kita tee off secara shot gun. Saya dalam flight No 7. Bersama Mej Che Anuar (MCA, 21),
Supp Bahar Nordin (21)

dan Raden Hamzah (23).
 
Kita main Sixes. Bagus nya main sixes ni, kita akan barganding dengan ketiga tiga flight kita. Jadi kurang lah ejek mengejek antara kira ‘untuk rub it in’ semasa permainan. Seronok bermain bagini. Pulangan pun juga sepatutnya memadai.
Tasik Puteri Course cantik pada hari tu. Kita bermain di Putera dan Puteri.
 Cuaca baik. Seketika mendong dan hangat.

Ingat nak hujan. Tak lak.
 
Selesai bermain dalam jam 1.00 tengahari. Selesai bersalin pakain kita ke Puteri Hall untuk makan tengah hari.


Penyampaian Hadiah diadakan selesai makan dan keputusan adalah saperti berikut:


Tiga orang main under dan 2 kena potong handicap. Col Dato Rashid bila menjelma dah main 3 under. Potong handicap.
Sekarang 18. Tan Sri Yunus Tasi lak Nampak nya on the high bulan Sep ni.
Birthday Boy lah katakan. Tiga Under. Handicap potong ke 21. Handicap – bukan umur. Umur setakat ni 72.
Still young at Heart and Spirit.
Assistant Deputy Champion ialah raden Hamzah Massod.
 



Tahniah kepada semua pemenang. Harap harap dapat kekalkan standard pada 19 Sep ni.
Selesai penyampaian hadiah, kita adakan mesyuarat AJK. Saperti lazim nya kita dapatkan feed back. Timbul lak keresahan Convenor kita. Dah lah berusaha tiap tiap minggu untuk menggatur permainan kita. Tidur lambat nak mengatur flight. Bertolak pagi pagi lagi. Penat lah tu. Tapi bila menguruskan kutipan fi, di herdek saperti “ pantang aku orang mintak duit tengah  makan”. Habis. Sabelum makan bayar lah dulu. Selesai masaalah. Dia jalankan tugas je. Selain dari ketertiban membayar dulu pengunaan bahasa tu pun penting. Mungkin kita ingat kita bergurau. Cara penyampaian tu mungkin tak kena. Ingatan je.
Kita akan berjumpa di SESTRO pada 19 Sep di Tasik Puteri G&CC. Insyaallah.
Salam







1 comment:

  1. saudara John,

    Tahniah kerana dapat net 75,bukan senang bagi orang baru baik sakit dapat bermain bagus sebegitu.
    Ikut perkiraan saya 24 orang 6 flt bukan 7 seperti yang dicerita.
    Saya dah biasa jadi JOHAN jadi tak mau lah bersungguh nak practise lagi untuk jadi johan nanti marah pula members kita.
    Saya harap orang lainlah dapat.

    Salam Hormat,
    MJHim

    ReplyDelete