Friday, September 28, 2012

SETIAKAWAN MONTHLY MEDAL – INAUGURAL GAME 26 SEPTEMBER 2012 DI KINRARA GOLF CLUB



 

 

Satu lagi piala dikenalkan kepada pertandingan SetiakawanGolf. Piala ni dinamakan Piala Setiakawan Monthly Medal atau SMM. Saperti disebut dalam Buku Panduan kita pertandingan ni akan di pertandingkan tiap tiap hari Rabu pada penghujung bulan. Ia bersekali dengan WO kita. Piala disumbangkan oleh Mej Sardon Kaprawi. Piala ni hanya akan di pegang oleh pemenang dalam kira selepas satu tahun. Lama nak tunggu tu. Dijangka pertandingan akhir akan berlaku pada bulan Sep 2013.
Pertandingan pertama kita diadakan di Kinrara Golf Club. Kita juga berharap bahawa pertandingan bulanan ni akan dimainkan dikelab yang sama. Ini tertakluk kepada rundingan kita dengan pehak pengurusan kelab.
Anyway, selepas sarapan nasi lemak, kita bergerak dalam flights masing masing untuk ke tee box masing masing untuk shot gun start. Lebih kurang jam 8.30 siren pun berbunyi. Bermula lah kita. Sebanyak 9 flights.
Kita selesai jam 1.00 lebih kurang.
 
Bergemas diri dan ke Dewan Makan. Setelah makan maka pemenang hari tu di umumkan oleh Ramli Kinta. Keputusan adalah saperti berikut:

Tahniah diucapkan kepada Kol Arham Nordin kerana  menjuarai inaugural SMM kita.
 Kerana bermain 7 under dapat hadiah tambahan. Potong 2 stroke kepada handicap. Dolu 18 sekarang 16 dah. Semoga dia dapat bertahan  sehingga Sep 2013 untuk menjulang  piala terbaru kita. Dua cara. Kena bermain tiap tiap Rabu akhir bulan dan kena bermain baik. Kita tunggu.
 
 
 
 
 
 
 
Tempat kedua hingga ke5 pun kena potong handicap.
Terima Kasih juga kepada penaja Mej Sardon Kaprawi
kerana bermurah hati menyumbang piala dan juga wang tunai pada pertandingan akhir kelak. Waras tu.
 
 
 
Salam.

2 comments:

  1. Ribuan terima kasih kepada Mej Sadon Kaprawi, ahli penyokong kuat Skawangolf, yang telah
    sudi menyumbang piala SMM. Terima kasih saudara Sadon.
    Kini Skawangolf sudah ada 8 piala yang dipertandingkan setiap tahun dan saya pernah dengar beberapa orang lagi ahli penyokong kuat yang menunggu untuk menyumbang supaya jumlah piala menjadi 10! Bagus lah kawan-kawan menderma semoga murah lagi rezeki, insyaAllah.
    Tahniah kepada Kol Arhan kerana bermain dengan nett 65 dan memenangi SMM bulan ini. Ramai ahli yang bermain under dan patutlah hc mereka juga dipotong, Panglima handicap kita sentiasa menunggu untuk potong bc ahli-ahli skawangolf suapaya kita semua bangga dengan hc ahli menjadi 18 kebawah!
    Skawangolf juga masih menunggu respon daripada Presiden Kinrara GC, Tun Ahmad Sarji permohonan kita menjadikan Kinrara GC sebagai "home course" untuk pertandingan bulanan piala SMM pada hari rabu terakhir setiap bulan. Semoga Tun dan AJKnya bermurah hati menyahut hasrat kami, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete
  2. Kawan2 Skawan.
    Selepas menyaksi Ryder Cup ada penyokong2 kuat skawan menyebut nyebut tentang jika ada penyumbang piala, kita terimanya dan satu lagi pertanding "skawan pasukan jaguh"?
    Tiap2 pasukan terdiri daripada 4 pemain, seorang hc 9 kebawah, 1 drpd hc 10 hingga 14, 1 drp hc 15 hingga 19 dan kempat hc 20 hingga 24. Tim pasukan dipilih dengan cara "cabutan" satu minggu sebelum hari pertandingan.
    Cara main pula mengikut giliran berselang: bila pemain A tee-off pemain B akan pukul 2nd shot dan seterusnya hingga hole in. Toff lubang berikutnya oleh B dan seteeusnya. Jumlah gross score lasukan yang paling rendah menjadi Jaguh!
    Undang2 max score adalah double par juga dipakai.
    Bagaimana? Boleh skawan adakan 8 atau 9 pasukan dengan pembahagian hc seperti disebutka diatas? Saya sudah tahu jawabnya!

    ReplyDelete