Friday, February 24, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DIBANGI GOLF RESORT PADA 22 FEB 2012



Minggu ni SetiakawanGolf bermain di Bangi Golf Resort. Bila berbincang tentang course ni ada yang mengatakan short course. Saya kata long dan water logged. Rupa nya tersilap course. Yang saya maksudkan ialah course UKM. Kawasan sama tapi berbeza course.

 

Patutlah ramai yang mendapat score under.
Keputusan keseluruhan saperti dipamirkan:





Champion ialah Lt Kol zainuddin, kawan kami dari Alor Star. Kita panggil dia Zainuddin PI.  Keputusan yang terima tak diletak lak handicap nya. Lepas bertanya saya dimaklum handicap 18. Bermakna dia mendapati gross 85 lah. Enam orang kesemua nya dapat under. Penaung kita dapat net 69, kena potong satu stroke, tapi setahu saya minggu lepas dia dapat net 69 jugak. Dah kena potong dah. Kena lagi? Wah berturut turut Tan Sri kena.

 

Dalam 2 minggu ni je Tan Sri telah turun 23 ke 22 ke 21. Tahniah Tan Sri tapi rasa saya kena tarik hand break sikit.
Mengikut cerita yang disampaikan, AJK yang bersidang selepas permainan berbincang tentang kawan kita berhenti bermain sekerat jalan kerana flight dihadapan mereka terlalu slow. Kerana tak sanggup menunggu, dia telah balik ke kelab dan berhenti bermain. Macam kes JohnDaly semasa Australian Open pada Nov 2011 lak. John Daly disebabkan kena penalty 2 stroke kerana terpukul bola lain di bunker Lubang 10. Pas tu di Lubang 11 telah memukul sebanyak 6 bola kedalam kolam sampai kehabisan bola. Dia pun berhenti bermain.
'When u run out of balls u run out of balls. yes I shook my players partners hands & signed my card w/rules official,' Daly tweeted as a means of explanation.
Tournament director Trevor Herden said Daly, now 666th in the world, will never again be welcome at the Australian Open.
'It's very disappointing, obviously, for the tournament (and) certainly unprofessional and I'm extremely bitter and disappointed that he's treated this championship this way,' Herden said.

Implikasi nya, dia telah dibatal undangan ke Australian PGA Championship minggu berikut nya oleh sebab tindakan nya itu.
Setahu saya AJK berbincang untuk tidak mengira score nya pada hari tu. Memang tak boleh pun, tapi lebih dari tu adakah dia dikira tak bermain pada hari tu. Macam tak hadir bermain lah. Juga tidak akan mendapat satu mata kepada tiap tiap pemain yang bermain mingguan kita. Saya tak pasti keputusan AJK tapi saya telah menyuarakan kepada beberapa ahli AJK supaya mengambil  keputusan sedemikian. It is unbecoming of a golfer to just walk out of a game without a sensible reason.
Salam

No comments:

Post a Comment