Saturday, February 11, 2012
PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY RESORT PADA 8 FEBRUARI 2012
Ini first time main kat course ni. Untuk orang KL dekat je. Seharus nya untuk orang Seremban pun mudah sampai. Dengar cerita ada yang lambat kerana tak jumpa tempat atau terlekat kena jam. Kalau melalui tempat ni diantara jam 7.00 hingga jam 9.00 memang padat. Trafik dari KL ke Selatan dan KL dari Selatan nak ke KL. Rate RM 125 termasuk green fee, insurance, buggy dan lunch. Kalau nak caddy tambah lagi RM 50.00. Saya kira itu OK lah. Jangan bezakan dengan Bukit Unggul.
Mengikut cerita course nya OK tapi maklumlah tempat baru, memerlukan penyesuaian. Rupanya kalau nak guna Changing Room, kena deposit RM 50. Kena tinggal Driving License lak. Satu dari member kita selepas bermain dan ndak mandi, apabila dikenakan syarat tersebut enggan mandi disitu. Kena mandi kat rumah. Kol Mutalib kena tahan bau ‘hari’ member tu lah nampak nya. Saya fikir jika kita kerap kesan, mungkin boleh diringankan syarat atau dapat dikurangkan pembayaran. Seramai 23 menyertai outings kali ni. 6 flights. Keputusan keseluruhan adalah saperti dipamirkan:
Nampak nya champion kali ni orang baru, Halimi Abdullah. Kena potong satu stroke lak kerana bermain 4 under. Memang Nampak nya Halimi ni kerap menerima hadiah sejak menyertai Setiakawan. Baguslah. Semoga dia akan terus menyertai serta menghayati SetiakawanGolf.
Yang Top ranking bulan Januari serta yang biasa Top, nampaknya tersungkur kebawah. Mungkin minggu depan, di Nilai Springs, boleh membaiki semula. All the Best.
Salam.
PS: Pas ni akan dimaklumkan pasal SENAT lak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment