Keputusan pun nampaknya dah menonjolkan muka baru, melainkan champion SEGOY 5/2011. Dia masih menonjol. Keputusan keseluruhan adalah saperti dipamirkan:
Nampak nya penaung kita Tan Sri Hashim Meon dah mula menunjukkan standard,
tapi apabila mendapat net 67 kena turun handicap dari 23 ke 22 lak. Ialah kita dah setuju apabila sesiapa bermain 3 under dan baik akan dipotong handicap secara otomatik. Saya kira ini satu komplimen.

Matlamat kita ialah untuk memperbaiki standard golf kita. Kalau baik maka handicap pun turun lah.
Terdapat 4 pemain yang dipotong handicap.
Nak bersimpati tak kena, kerana pada saya ini satu pencapaian. Yang masih tak happy, nak galakkan ‘nurse’ the handicap pun tak kena. Itu bukan ‘spirit’ bermain golf. Anyway, kurang kurang nya member yang handicap macam saya ni boleh lah menerima hadiah dimasa akan datang. Mudah mudahan.
Kali ni pencapaian masing masing dipamirkan. Baru tahu kedudukan tiap tiap minggu. Thanks to Panglima Handicap kerana menambah usaha untuk menjadikan permainan mingguan kita lebih mencabar.
Salam.
ps: Mengikut cerita rancangan mengadakan SENAT di Kota Kinabalu dibatal kerana kurang sambutan. Setahu saya SENAT 5/2012 akan diadakan di Melaka. Butiran lanjut akan menyusul.
No comments:
Post a Comment