Penginapan kita di Vue Palace termasuk breakfast. Itu mustahak. Sekurang kurang nya first meal of the day kita tak perlu tercari cari atau terkejar. Jam 7.00 lagi dah ada. Kelihatan members SetiakawanGolf bersama keluarga memasuki Dewan Makan. Macam macam ada, termasuk yang standard telur bermacam macam cara, roti toast atau steam, bubur, cereals, nasi lembek, air juice dan air panas kopi atau teh. Nescafe takde.
Program yang telah ditetapkan ialah golfers ke Kelab Golf Giri Gerhana. Practise round. Para isteri dan non golfers akan ke Pasar Baru untuk membeli belah. Yang akan ke practise round bertolak jam 0730.
Jauh perjalanan. Hampir 3 jam.
Dari KL lagi saya dah mengidap batuk. Ingatkan batuk biasa je. Bila telan cough mixture BENA atau Woods Peppermint Cure dah boleh kawal. Tambahan pula tiket dah beli. Terpaksa gi juga lah. Rupanya keadaan makin bertambah teruk. Dalam bas ke golf kelab dah mula rasa kelesuan badan. Sampai dikelab, gi ke bilik rawatan dan baring disana sehingga golfers selesai bermain. Hala balik pun bagitu rasa. Tak dapat ikut serta makan lunch pun. Duduk dalam bas. MJHim hantar buah buahan.
Golfers yang lain nampak berbeza pendapat tentang course tu. First time kebanyakan nya. Kira ‘playing blind’. Yang jelas luas dan long.
Long hitters memang ada advantage. Maklumbalas yang diterima members saperti Tan Sri Ahmad Saruji, Kol Arshad Salam dan Isman Azimy menyerlah. Semasa minum di Golfers’ Terrace banyak ulasan yang dibuat. Tapi yang pasti semua berazam membaiki permainan semasa pertandingan SIM kelak.
Sampai ke hotel, dalam jam 8.00 malam. Program masing masing. Saya terus kebilik, sambung rehat. Memang pewai hari tu. Tapi masih yakin boleh main keesokan hari nya.
Salam.
No comments:
Post a Comment