Hari ni ramai members yang datang bermain. Kesemua nya 10 flights atau 40 peserta. Ramai nye. Ini termasuk beberapa member baru dan juga yang tak baru Cuma lama tak menyertai. Kepada semua saya ucapkan Welcome dan Welcome Back.
RM 135 untuk green fee, buggy dan lunch je. Wah tempat ni kira nya mahal, tapi kita suka tempat ni kerana course nya disara dengan baik dan buggy boleh masuk keatas fairway. Banyak pertandingan yang kita telah jalankan disini. Kira nya mereka faham kita. Mahal nya juga kerana kita makan di kelab. Standard kelab lah jadi nya.
Baik nya kita tak perlu terkejar kejar ke restoran lain selepas permainan. Kita boleh relax, bermandi, berpakaian baru dan pergi makan. Semua nya in-situ.
Kali ni shot-gun start. Dari RHM kita akan mula jam 0815. Mrujuk kepada flight list takde pulak disebut kan tee box. Tapi saya kira semua berjalan dengan lancar. Flight kami Dato Tairobi, Mej Sardon K, Dato Affendy dan saya. Dua 18 dan dua 24. Dato Affendy rupanya dah naik ke 24 lak. Dulu 17. Tapi interesting. Kami ringan ringan buggy to buggy. Saya dengan Dato Tairobi. First nine kalah 2 bola. Second nine - double . Menang 2 bola juga. Tapi oleh kerana double adalah hasil sikit.
Course ni tersusun dan bersih.
Rupanya baru ada competition sehari sebelum. Patutlah green laju dan pin placing pun yang susah. Cuaca redup. Tambah lah berseronok. Ada juga kecepes dan masuk dalam kolam. Itu biasa.
Selesai bermain, kita bermandi dan pakai smart semula dan ke bilik Coffee House kelab. Makanan di hidang mengikut meja. Berlainan sikit dari biasa. Meja saya lambat sikit dihidang. Cuma ada salad dan dressing thousand island. Yang tu yang habis dulu. Walau bagaimana pun apabila hidangan penuh disediakan, kesemua kami menikmati makanan yang lazat. Ada manisan buah buahan. Yang takde kopi je. Otherwise it was a complete meal enjoyed by us.
Kol Ramli Kinta mengambil alih untuk pembahgian hadiah. Pemenang pemenang pada hari tu adalah saperti dipamirkan:
Nampak nya member baru Kapt Salinin menyerlah lagi. Minggu lepas dia Deputy Champion, kali ni dia Champion lak. Dengan handicap 14 dia dapat net 68 – 4 under. Kena potong satu stroke. Sekarang bermain dengan handicap 13. Deputy Champion Kol Dul Ngajis. Net 69. 3 under. Itu dengan handicap 2. Hampir scratch lah tu. Memang terra Wak ni. Pertama A Medal dimenangi oleh Hj Rahim Kassim dengan net 71. Dah lama dia tak ke depan. Patut lah dia dapat.Member baru satu lagi, Kol Muhammad menang lagi. Minggu lepas dia dapat nombor , kali ni pertama B Medal lak. Terra terra members baru kita ni. Tan Sri Hashim juga mendapat tempat. Kelima B Medal dengan net 73.
Patut lah dapat, kerana lama tak
dengar nama nya diumumkan. Anak dia Isman Azimy pun dapat hadiah. Kiranya anak beranak lah dapat pulangan pada hari tu. Member yang baru memegang handicap 24 pun dapat hadiah.
Dia bermain net 71. Dia dapat nombor 2 B Medal. Saya percaya dia boleh dapat rendah lagi, tapi untuk menjaga bertabat handicap 24, kena lah lepaskan bola sikit.
Selesai acara pemberian hadiah, jawatan kuasa bersidang.Perkara perkara yang di bincang termasuk:
a. Jaket SetiakawanGolf. Melalui usaha Dato Mokhtar Perman kita telah mengenal pasti jenis jaket yang hendak kita perolehi serta pembekal nya. Jaket nya cantik, lembut dan ada lining. Mengikut Dato Mokhtar standard naik business class.
Harga jualan ialah RM 80. Kita dah bersetuju kepada mereka yang hendak menempah mengikut ukuran kita akan menjemput pembekal datang ke tempat kita bermain pada hari tu dan membuat ukurn. Tarikh 25 Okt di Nilai Springs. Ini usaha kita mengadakan jaket sendiri. Kepada mereka yang tak inginkan tak perlu beli. Mereka mereka yang tak sempat mengikuti permainan pada tu, akan diberi alamat kedai pembekal atau ditempah mengikut saiz Large, Xtra Large dan Xtra Xtra Large. Ditahap ni, kita berpendapat takde yang Small atau pun Medium. Jaket berwarna biru dan lilekatakan logo Setiakawan diatas poket kiri. Tiada nama di depan tapi akan diletakkan didalam. Digalakkan semua menempah jaket ni.
b. SIM Bandung. Saperti semua maklum, kumpulan besar akan bertolak pada 16 Okt 2011. Kita akan diterbangkan ke Jakarta dulu, pas tu dihantar dengan bas ke Bandung. Mengikut cerita kita semua akan meniakki bas yang sama. Dato Khalid Saad selaku Chairman SIM telah menerangkan sekali tentang aturcara dan program kita di Bandung. General Instructions telah pun diserahkan oleh Dato Tairobi untuk semua yang akan pergi. Tebal juga instructions dia. Nampak nya semua dah bersedia. Sapa lak jadi Champion. Mengikut sejarah, champion champion terdahulu ialah:
1. SIM 1/2009 di Surabaya pada 27 hingga 30 Julai 2009 - Mohd Nazri Sulaiman.
2. SIM 2/ 2010 di Perth Australia pada 03 hingga 10 Mei 2010 – Dato Hashim Yahaya.
3. SIM 3/2010- Jogjakarta mulai 25 hingga 29 Okt 2010 – Mohd Nazri Sulaiman.
4. SIM 4/2011 di Ho Chi Minh City mulai 30 Mei hingga 5 Jun 2011 – Kol Dato Hamid Abdullah.
5. SIM 5/2011 di Bandung mulai 16 hingga 21 Okt 2011. Aaah itu kena tunggu. Siapa menyerlah, dia akan terserlah.
Sementara kita di Bandung, dengar cerita ada juga members disini akan mengadakan pertandingan sendiri. Ok lah tu. Practise untuk PRESTRO, SEGOY dan SACHA.
Salam
No comments:
Post a Comment