Selepas bertarung di Kelab Rahman Putra untuk SEBTRO pada 28 Sep 2011, kita beralih lak ke Bukit Unggul, where eagles live and play, untuk routine kita. Permainan Mingguan atau Weekly Outings kita. Dah lama tak kesana. Bagus nya kelab ni – harga berpatutan. Dengan RM 110 je kita boleh bermain 18 lubang, dapat buggy, dapat satu caddy untuk satu flight dan makan tengah hari. Tambahan lak, buggy boleh masuk fairway. Kalau fairway lecah sangat tak boleh masuk juga. Itu kita faham.
Bila sampai dikelab, cuma RHM dan DaTaRaz je tinggal. Yang lain dah turun kebawah. Ke Golfers’ Terrace lah tu. Cari rakan sebuggy. Takde. Rupanya dia dah turun bersaorangan. Dia ingat saya dah turun dah. Mencari lah kita. Akhirnya dia datang ambik gak. Pada hari tu ada 9 flight. 36 peserta. Wah ramai nya. Termasuk member baru saperti Shaari Rais, Kapt Salinin, Mej Hussin Nayan, Mr Yap, Mej Adnan dan Kol Mohammad. Selamat Datang kami ucapkan. Semoga mereka akan datang lagi untuk masa masa akan datang.
Kita tee off di dua tee box. No 1 dan No 10 mengikut aturan yang tertera di Flight List. Saya satu flight dengan Tan Sri Yunus Tasi (TSYT),
Dato Nawi Alias (DNA)
dan Dato Hashim Yahaya (MJHim).
Dua Army dua Air Force. Kita rengan rengan main ‘Sixes’. Seronok bermain pada hari tu. TSYT claim dah tua. Baru 71 tahun. Kita pun dah melepasi garisan 60 tahun. Tua jugak lah tu. Tuntutan Tua ni bukan apa. Kalau tak menang adalah ‘mitigating’ factor nya. Tapi pukul jauh juga. Cuaca redup menaik ke panas ketengah hari.
Selesai bermain, terdapat air orange squash menunggu. Boleh lah minum, mengambil nafas dan
tulis score. Selesai mandi, kita makan tengah hari di Bilik Makan kelab.
Makanan pun sedap. Nampak ada tambahan lauk apabila berkurangan. Kiranya semua puas makan hari tu. Selesai makan Dato Khalid Saad, selaku Pengerusi SIM, memberi perkembangan tentang aturan serta persiapan grup kita ke Bandung.
Kebanyakan akan berlepas pada 16 Okt dan kembali pada 21 Okt. Nampaknya semuanya sudah pun dimutakirkan. Berikutmya acara pemberian hadiah. Ramli Kinta mengambil alih. Penerima penerima hadiah adalah saperti dipamirkan:
Selesai acara pemberian hadiah, Jawatan kuasa berbincang. Secara am nya perbincangan menumpu kepada SIM Bandung, The Presidents’ Trophy dan Golfer of the Year.
a. SIM Bandung. Chairman SIM mengemaskinikan kepada JK tentang pergerakan, permainan golf serta program untuk non golfers. Beliau juga memaklumkan susunan makan. Kebanyakan nya makan sendiri melainkan berkumpulan dicadangkan dikutip wang in-situ. Beliau banyak menerangkan tentang transport. Ini supaya perkumpulan kita aka nada transport diBandung.
b. The Presidents’ Trophy (PRESTRO). Telah ditetapkan pada 28 Dis 2011. Oleh sebab Kelab Golf Port Dickson masih belum pulih sepenuhnya maka JK menetapkan supaya PRESTRO diadakan dikelab lain. Jawatankuasa Penganjur (RHM dan DaTaRaz) akan meninjau dan membuat cadangan secepat mungkin.
c. Setiakawan Golfer of the Year ( SEGOY). Akan di adakan pada 18 Jan 2012. Saperti PRESTRO tempat nya masih belum ditetapkan. Akan dimaklumkan kemudian.
Di ingatkan supaya tarikh tarikh 28 Dis 2011 dan 18 Jan 2012 di ‘block-out’ untuk Setiakawan.
Setiakawan Akan Ke Bandung Lak.
Salam
No comments:
Post a Comment