Tuesday, October 4, 2011

KEJOHANAN SETIAKAWAN BOGEY PLAY TROPHY DIKELAB RAHMAN PUTRA MALAYSIA YANG DIADAKAN PADA 28 SEPTEMBER 2011.



Pada hari Rabu, 28 Sep 2011, kita telah mengadakan pertandingan SetiakawanGolf Bogey Trophy atau SEBTRO. Kali ni SEBTRO 2/2011, iaitu kali kedua. Yang pertama kita adakan pada 29 Sep 2010 di Kinrara Golf Club. Di Kinrara Cik Gu Nasir telah menjadi Champion. Kali ni tak tau lak.
SMS Convenor kita RHM berbunyi, “ ANNOUNCEMENT ON SEBTRO: 2 scorecards will be issued 1. for SEBTRO (Bogey Play) and 2. Walk In Challenge KGRP ( System 36). Please submit your S’ Card individually. Help me’. Saya pun menjawab “OK I Hep You”. Rupanya ada lagi message dia tu. Ini termasuk hadiah, jumlah pembayaran RM 140 untuk green fee, buggy, breakfast, lunch, insurance dan satu caddy untuk tiap tiap buggy. Cukup bagus tu.
Pada pagi tu saya datang bersama MJHim. Sampai dikelab, kelihatan satu meja berdekatan kawasan Bag Drop. RHM dah ada disana. Dibantu oleh saorang staf kelab. Selesai daftar, ambik kunci locker saya pun bergerak ke Changing Room. Selesai menyimpan barang, tukar kasut, saya pun bergerak ke Golfers’ Terrace. Dah ramai disana. Bersarapan. Makan free. Tajaan Dato Malek Shahar. Alhamdulillah.

Sebanyak 13 flight. Seramai 52 peserta. Ramai yang mengambil bahgian. Kita bergerak ke tempat berkumpul dan menuju ke buggy masing, dengan harapan caddy yang diuntukkan pada tiap tiap buggy sudah pun ada. Saya satu flight dengan Dato Ismail Hassan, Hj Jamaluddin Rahman dan Mej Hamdan Ismail. Ambik gambar dulu. Ramli Kinta mengepalai Doa Selamat. Sadikit penerangan diberi, lepas tu kita ke buggy masing masing. Kita tee off di tee box nombor 10. Kanan air, kiri gaung. Semua nya pukul OK. Cuma saya. Ke kiri. Pukul sedap. Jauh pegi nya. Bila kesana tak jumpa bola. ‘Plugged ball’ lah tu. Sebab tu semua pemain hendak tuju ke atas fairway. Jamin dapat bola. Terpaksa lah saya guna bola baru. Yang hilang tu Titleist ProV1 kurniaan patron kita TSHM. Ingat pakai bola baru ada ‘ong’, rupanya kena ‘wang more’. Dapat 7 disitu. Lubang ke11, par 4. Ada kolam melintang. Pukulan kedua lepas lak. Putt for par, miss. Dapat bogey. Ada kala nya baik, ada kala nya berterabur. Bagitu lah mainan saya dari awal hingga akhir. Members dalam flight saya lebih kurang juga. Hj Jamaluddin, memang kuat. Di par 3 162 meter, saya pakai 5 iron. Dia pakai 8. Sampai green. Memang tak masuk buku punya. Permainan nya terjejas sikit kerana pergelangan tangan nya kesakitan. Nasib baik sakit, kalau tak dia jadi johan tau. Itu KALAU.
Suasana di padang golf tu memang menenangkan. Cuaca redup. Cuma panas sikit ketengah hari. Course ini banyak kolam. Mesti perlu melepasi kolam. Kena berfikir. Kalau nak attack, silap pukul, bola masuk kolam. Bila lay up, rugi jarak lah. Ini course management. Buggy atas track. Sebab tu caddy mustahak. Untuk membantu. Takde caddy banyak lagi lah bola kita hilang.
Selesai bermain, kita pun bersiap diri untuk acara makan tengah hari dan pembahgian hadiah. Dalam salin pakaian tu terdengar juga comments dari members. Walau pun gelanggang nya bagus, tapi sikap members club yang lain menimbulkan kegelisihan kita. Jelas macam kita ni pendatang. Cara mereka mencelah diantara flight kita agak angkoh. Macam je kita ni tak de kelab. Marshal tak memainkan peranan mereka untuk menentukan susunatur. Saya berpendapat, pehak pengurusan tak mengambil berat sangat. Pada awal nya ada lah usaha untuk mengatur peserta tapi pas tu, members masuk je. Banyak lah cadangan kedengaran tak payah datang sini lagi. Kalau demo tak mau kite, kite lagi takmau demo.
DiDewan Banquet, makanan dah disiapkan. Members memulakan makan mengikut masa sendiri. Kelihatan RHM dan Mohd Rusdi sibuk menyiapkan hadiah. Ramli Kinta mengambil alih untuk meneruskan acara. Dato Presidente dijemput menyampaikan ucapan. Beliau telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Tak lupa beliau mengucapkan terima kasih kepada penaja piala ini iaitu Dato Johar Murad yang selain dari menyumbang piala, juga menyumbang hadiah dan makan tengah hari. Semoga beliau dirahmati Allah sentiasa.
Seterusnya tiba masa untuk pencapain hadiah. Pemenang pemenang nya adalah saperti dipamirkan:


Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed. Sebenarnya dia banyak chan ndak jadi champ untuk pertandingan lain terutama nya SESTRO (dia yang menaja), tapi dia bagi chan. Kali ni dia tak boleh mengelak dan di mahkotakan Champion SEBTRO 2/2011. Dia dapat score 2+. Disegi net score tak tau lak saya.Deputy Champion hingga kelima semuanya dapat + points. Yang lain nya semua nya samaada 0 atau - . Kita juga adakan Daily Medal. Enam pemenang, 3 A Medal dan 3 B Medal. Novelti juga diadakan. NTL dan 2 NTP. Takde sapa menang hadiah jam untuk Hole-In-One.


Selesai pemberian hadiah, AJK bersidang. Kali ni tambahan sorang ahli baru. Hj Jamaluddin Rahman telah di coopted sebagai AJK. Tahniah diucapkan kepada nya. Semoga beliau akan dapat menyumbang kepada SetiakawanGolf. Perbincangan AJK banyak tertumpu kepada SIM Bandung. Yang diingatkan ialah semua pembayaran hendaklah dijelaskan pada 05 Okt 2011, semasa kita bermain mingguan di Bukit Unggul.

Setiakawan Ke Bandung Lak.
Salam.



Ps. Gambar tidak dapat dimasukkan sekali kerana masih menunggu ikhsan dari Kelab Rahman Putra Malaysia. Akan dimasukkan apabila terima nanti.

No comments:

Post a Comment