Pada 20 Jul 2011 kita akan bertanding sekali lagi dalam SESTRO. SetiakawanGolf Stableford Trophy. Kali kedua. Kita akan kenali nya sebagai SESTRO 2/2011. Piala nya disumbangkan oleh mantan Panglima Tentera Udara, Tan Sri Nik Ismail Mohamed. Bukan tu aje. Dia ada sumbang beberapa hadiah lagi. Kira nya kenyang bola lah kita pada hari tu. Julung kali kita adakan pertandingan ni (SESTRO 1/2010) pada 30 June 2010 di Tasik Putri Golf and Country Club. Kali ni kita mengubah tempat ke Nilai Springs G&CC lak.
Jadi bagaimana kah perjalanan pertandingan pada hari itu. Sila baca postings di blog ni pada 02 Jul 2010. Macam macam cerita lah ada.
Siapa johan? Member dengan handicap 24. Dato Hashim Yahaya (MJHim) menjulang trophy tu buat pertama kali nya. Dapat kah dia menjulang sekali lagi. Itu kita kena tunggu. Keputusan keseluruhan pada hari itu dipamirkan sekali sebagai nostalgia.
Yang nama takde, Cuba masukkan. Yang ada cuba baiki atau sekurang kurang nya kekalkan dalam senarai. Pada hari tu terdapat seramai 60 peserta – 15 flight.
Setakat pada 13 Jul 2011, dah ada 52 peserta untuk SESTRO 2/2011. 13 flight. Ada lagi nak masuk kote. Sila lah hubungi Convenor kita RHM.
Program yang saya tahu telah pun saya masukkan dalam posting pada 16 Jul 2011 jam 1230. Bayaran nya ialah RM 150. Deposit RM 50 sepatutnya dah diserahkan pada 13 Jul hari tu. Ini termasuk green fees, hadiah, buggy dan satu caddy tiap tiap satu buggy dan makan tengah hari ditempat Rashid Sidek D’Attap) di Nilai.
Saya berharap semua members yang telah mengikuti permainan mingguan kita sebanyak 3 kali dapat mengikut serta. Chairman SESTRO kita ialah Dato Mokhtar Perman.
Diharap semua akan berseronok bersama sama kita SETIAKAWAN.
Salam.
Setiakawan Akan Menghalang MJHim dari menjulang Piala SESTRO sekali lagi.
Hi Kawan-Kawan Skawan Golf,
ReplyDeleteIt looks like this year it will be a tough fight
for The SETIAKAWAN STABLEFORD TROPHY because I see many contenders are displaying true skills over the last few months. Well, if you were to have watched the British Open, anything can happen, who ever expected Darren Clarke to beat Luke Donald, Mc Ilroy, Martin Cramer....and all those big golfing names??
We must thank Gen Tan Sri Nik Ismail for donating the Stableford Trophy and also contributing the "goodies" to make 20 July competitition an event we all look forward to participate. Thanks Tan Sri.
See you at Nilai Spring GC, insyaAllah.
Good Luck guys.
DNA
Saudara John dan sahabat SETIAKAWAN sekalian,
ReplyDeleteJanganlah halang saya daripada menjulang Piala SESTRO tu, nanti saya lapor kepada SUHAKAM baru tau..he..he..Tentulah saya akan mempertahankan kejuaraan yang telah diperolehi seperti Mike Delta dulu dan beliau hampir hampir berjaya tau.
Sabenarnya stableford game ni tak sukar bagi orang handicap rendah untuk menang. Harap harap kelab Hdcap 24 dapat menang lah sekali lagi.
Bagi saya kali ini agak sukar sikit kot sebab, pertama, hdcap dah turun ke 22, kedua, baru baru ini pinggul, peha dan betis kiri rasa sakit bila berjalan. Mungkin sebab dukung cucu yang sudah besar atau akibat angkat pasu bunga nak tolong isteri supaya dianggap mithali atau swing golf terlalu lebih masa pertandingan RAMD di Glenmarie pada Rabu dulu. Bukan lah nak bagi excuse John, tapi itulah hakikatnya. Report sick you, Orthopaedic kata 'no golf for 2 weeks Sir'. Hati saya kata ‘Ok Doc, after the 20th Jul’.
Jadi, come what may, InsyaAllah saya berjumpa kalian digelanggang Nilai Spring nanti. Kita menyanyilah lagu SETIAKAWAN yang dianjor oleh John iaitu ‘Pretty Woman’, .he.he. Delta Mike saya percaya suka lagu tu.
Nilai Spring adalah antara golf courses yang saya gemari so watch out John and CLUB 24.
Salam hormat dari saya
MJHim