Hari ni merupakan hari penutup kegiatan mingguan kita sehingga selepas Hari Raya nanti. Selepas hari ni SetiakawanGolf akan bercuti selama sebulan. Kita telah memilih Staffield Country Resort. Satu dari favourite kita.
Kos RM 130 untuk green fees, lunch, insurane dan buggy je. Tak termasuk caddy. Kalau masuk caddy kos nya akan berjumlah RM 150 lak kerana caddy RM 45. Berdua, kena lah tambah RM 22.50 sorang. Saya yang perlu ada caddy, menalipon pagi pagi lagi untuk caddy. Mengikut staf disitu dah habis. Tak kira book juga. Bila sampai dimaklumkan ada sorang lagi Terus ambik. Kita ni handicap 24, pukul sana sini. Kalau nak mencari sendiri pengsan lah. Tahu lah infantry. Itu dolu dolu. Sekarang infanbuggy. Mesti ada buggy. Boleh masuk fairway lebih bagus.
Ada member baru. Saudara Shaari Rais. Handicap 20. Welcome Shaari. Harap you enjoy dan kita jumpa lepas Raya nanti.
Kita main Northern dan Southern. Dalam flight list diletak sebagai Front Nine dan Back Nine. La. Mana front mana back? Tercari cari juga sehingga Dato Mokhtar Perman kata Back Nine tu di Northern. Bergegas kesana lak. Kita flight pertama, tapi dah ada flight lak. Rupanya group lain. Mereka cepat dari kita. Dua flight didepan kami. Kita turut selepas tu. Tan Sri Ahmad Saruji (16), Dato Zainal Rahman (18), Ibrahim Mohamed (21) dan saya (24). Secara kecil kecilan kami main Sixes.
Cuaca elok. Mendong tapi tak berangin. Macam biasa ada keloh ada sorak. Flight belakang kami (Dato Ghani, Dato Khairuddin, Raden Hamzah dan Supt Bahar) tu lagi bising. Tak tahu lah. Dapat birdie ke, miss par ke atau miss bogey. Hole in one jauh sekali. Kalau dapat dah lompat masuk kolam dah.
Tapi kami seronok. Menghayati keadan bahawa kita akan tak berjumpa selama sebulan. Saya tahu celah celah tu mesti member macam Aziz Norman atau Dato Daud akan atur secara bersendirian. Sesiapa yang hendak bermain hubungi mereka.
Selesai bermain kami ke Restoran Tomyam Beranang, di Beranang. Makanan dah disediakan.
Satu hiding untuk 4 orang. Tomyam, ikan masak tiga rasa (gak nya), mixed vege dan ikan masak sweet sour. Air tembikai.
Selesai makan acara pemberian hadiah. Ramli Kinta ambik alih. Pemenang pada hari itu adalah saperti dipamirkan:
Selesai pemberian hadiah dan selesai bersalaman dan ucap selamat menyambut kedatangan Ramadhan kita pun bersurai.
Jawatankuasa bersidang kerana terpaksa memutuskan beberapa perkara:
a. SIM di Bandung: Akan diadakan pada 18 dan 19 Oktober 2011. Pergerakan ke Bandung pada 16 Okt. Kebanyakan nya. RHM masih tak pasti jumlah yang akan menyertai. Dia berharap members semua akan memaklumkan nya butir butir penerbangan dan jumlah yang akan pergi. SMS nya pada malam 27 Jul telah menerangkan tentang SIM Bandung. Dia mengharapkan maklum balas. Jawatankuasa telah memutuskan 28 Sep atau last Wed of September sebagai tarikh tutup penyertaan. Chairman SIM ialah Dato Khalid Saad.
b. Majlis Berbuka Puasa Setiakawan. Dirancang akan diadakan di D’Palma Hotel, Ampang pada 17 Ogos 2011. Harap members akan ‘block-out’ tarikh tersebut.
c. Majlis Hari Raya Setiakawan. Akan diadakan juga tetapi tarikhnya akan diputus dan dimaklumkan pada malam Majlis Berbuka Puasa.
d. Setiakawan Bogey Trophy (SEBTRO). Akan diadakan pada 28 Sep 2011. Chairman pertandingan ialah Dato Amiruddin Aladad. Butir butir akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Harap ‘block-out’ tarikh tu juga.
e. Dato Presidente dan ahli AJK ingin menyampaikan Salam Keakraban dan Berharap Semua Members akan sentiasa diberkati Allah dan menyambut puasa dengan hati yang tabah dan penuh ksyukuran.
Salam
Setiakawan Akan Berehat Selama Satu Bulan.
Thursday, July 28, 2011
Friday, July 22, 2011
SETIAKAWANGOLF STABLEFORD TROPHY – SETRO 2/2011 PADA 20 JULAI 2011 DI NILAI SPRINGS GOLF AND COUNTRY CLUB
Setelah beberapa lama merancang, akhirnya tiba lah pagi 20 Jul 2011. Hari yang kita telah tetapkan pertandingan Setiakawangolf Stableford Trophy atau SESTRO. Ini kali kedua kita mengadakan nya. Itu sebab SESTRO 2/2011.
Setahu saya sarapan urusan sendiri. Tak sedar saya bahawa melalui beberapa ahli, jawatankuasa mereka telah mendapati sponsor. RHM telah mengirim SMS pada petang 19 Jul memaklumkan bahawa ‘Light Breakfast will be served’. Tak baca lak yang tu. Jadi dalam perjalanan telah berhenti di McDonald’s. Tapau sausage mcmuffin, hash brown dan kopi. Kira kira bila sampai dah boleh straight gi tee off. Ialah formality saperti mendaftar diri tu kenalah buat dulu. DiGolfers’ Terrace dah ramai members. Dah jam 0745 dah. Kena menjemput members bergambar sebagai satu kumpulan.
Penaung kita dijemput membaca doa selamat. Mohon restu dan berkat Yang Esa. Ada juga members dalam hati tokok permohonan dalam doa tu kote.
Sadikit penerangan diberi supaya perlaksanaan pertandingan ‘selari’. Selesai semua tu kita ke buggy, jumpa rakan flight kita dan pas tu bergerak ke tee box masing masing. Nengok flight list, kesemua nya ada 13 flight. 52 peserta. Ada sorang yang tak dapat hadir kerana sebab tertentu. Jadi 51 peserta. Saya dalam flight Hj Jamal, Hj Roseli Deli dan BG Rahman J. Kita di atur untuk Tee Box 1 di Mango Nine.
Kita tee off selepas Premier Flight ( Juara Bertahan, Dato Presidente, Sponsor Kejuaraan, Tan Sri Nik Ismail dan Chairman SESTRO, Dato Mokhtar Perman).
Selepas mereka flight berikutnya lak.
Kami tee off yang ketiga. Secara am nya tiap tiap tee box, 2 flight aje tee off. Tee box kami 3 flight. Special lah tu.
Saya kira semua nya berjalan dengan licin.
Padang golf Nilai Springs pada hari tu penuh dengan members Setiakawan. Riuh. Ialah kawan kawan bermain golf. Kesemua menaruh harapan untuk menang. Cabaran yang besar ialah pada Juara Bertahan Dato Hashim Yahaya. Semasa SESTRO 1/2010 pada 30 Jun 2010 dulu beliau mendapati 40 points. Boleh kah beliau mencapai tahap permainan yang sama?
Memang lah banyak tekanan keatas diri nya. Tambahan lak dalam blog, ada saya selitkan cabaran kepada yang lain supaya cuba menghalang nya dari menang kali kedua. Sebagai insentif untuk member lain bermain lebih baik.
Seronok pada hari tu. Cuaca terang dan ‘panas’. Tak de angin pun. Memang satu pertandingan yang mencabar. Dalam flight saya, saya Nampak Hj Jamal Rahman yang kukuh. Handicap 20 tapi tee off bagitu jauh. Driver dia ialah Yamaha.
Ingat motosikal dan alat muzik je dikeluarkan. Standard driver ni lebih kurang Taylormade R11. Bila dikomen jauh tee off nya Hj Rosli menyampuk bahawa itu kekuatan dalaman. Hj Jamal baru balik Umrah. Ini mesti doa lebih disana. Gurau je Ji. Dalam mengharungi lubang lubang di Nilai Springs ni, kita dihiburkan dengan selingan saperti NTP, NTL, LD dan ada juga Bulls’ Eye. Tiap tiap kali kita melalui selingan selingan ini, kita menjengok siapa dah mencapai ‘sesuatu’. Ternampak nama Dato Malek Shahar (Orang Tepeng). Di NTL sekali, pas tu di NTP. Ashik nama dia je. Takde orang lain ke. Ialah bila pukul baik, baik lah jadi nya.
Walau pun ada berseloroh tapi memenangi pertandingan tu menjadi misi masing masing. Tense juga ada kala nya. Nak nak bila ‘kecelepeh’. Hancus.
Oleh sebab kita bermula secara shotgun, jadi kita habis lebih kurang sama masa. Selesai saje, kita mandi, mengemas diri dan terus ke Restoran D’Attap di Nilai.
Sampai disana dah ramai ada. Riuh. Semua sedang menjamu selera.
Tak semua makan. Ada yang kena mengatur.
Hadiah,(ternampak wang tunai dimasukkan kedalam envelope), senarai pemenang dan memaklumkan pemenang kepada Chairman. Selesai semua Ramli Kinta ambik alih untuk majlis penyampaian hadiah. Dato Presidente dijemput berucap.
Selesai je, pemenang pemenang dijemput menerima hadiah. Mula mula novelties.
Orang Tepeng juga dapat. NTL. 9 inci. OK lah tu Dato.
Pemenang pemenang yang lain adalah saperti dipamirkan:
Kita selesai pada jam 1530 lebih kurang. Mengikut anggapan umum, pemain dengan handicap yang tinggi mempunyai harapan yang lebih cerah. Tak juga. Terbukti champion kita handicap 9, Deputy champion handicap 10 dan assistant deputy champion ialah handicap 3. Pokok nya bermain dengan baik dan konsisten.
Tahniah diucapkan kepada Kol Abdullah Khir. Hairstyle dia pada hari tu macam Darren Clarke. Secara kebetulan Darren Clarke baru menjuarai The Open di St Georges, Kent di England. Mendapat ‘ong’ tempias dari dia kote. Bagitu juga tahniah kepada pemenang pemenang yang lain. Kepada juara SESTRO 1/2010, nampaknya kena jumpa Balan semula. Saperti di suarakan oleh Dato Presidente syabas dan terima kasih kepada Chairman SESTRO dan committee nya yang telah menganjur satu pertandingan yang baik dengan jaya nya. Dato Presidente mengingatkan bahawa pertandingan seterus nya iaitu Bogey Play atau SEBTRO yang akan dirancang dan diatur oleh Chairman nya Dato Amiruddin Aladad. Kita tunggu hari nya. Dah pasti selepas raya ni. Tahun lepas di Kinrara Golf Club pada 29 Sep 2010. Juara nya Dato CikGu Nasir. Dulu Cik Gu aje. Sekarang dah bergelar lak. Boleh bertahan ke Dato?
Selepas permainan 27 Jul ni, kita akan berehat untuk menyempurnakan ibadah berpuasa bulan Ramadhan.
Salam.
Setiakawan Akan ke Kinrara Lak.
ps: Bila dapat gambar dari Ibrahim, saya akan selitkan lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)