Tak pasti pulak berapa ramai yang menghadiri pada hari tu sebab saya ada urusan perubatan. Terpaksa lah saya menerima cerita melalui kawan kawan lain. Panglima Handicap sudah pun mengirim keputusan pada hari itu saperti berikut:
Wah memang terra lah dia. Kena potong 2 stroke lak. Salah timing nampak. Patut tunggu selepas kejohanan SEBTRO dulu baru sanggup potong stroke. Tapi mengenali dia saya pasti main handicap 18 tak akan jadi masaalah. Yang lain tu memang muka biasa tapi tak nampak members saperti DNA, Dato K dan Mej Rustam. Dato Soheimi semenjak kebelakangan ni
nampak dah improve banyak dah. Bagitu juga Dato Yunus Long. Dah lama tak kelihatan. Tapi dengan standard dia tu mungkin boleh memberi cabaran pada 29 ni.
Semoga latihan diKinrara pada 22 Sep tu akan memberi kita keyakinan dan petunjuk untuk menang. Mengikut cerita hadiah ‘Hole-In-One’ ialah sebuah jam tangan. Ori punya bukan Chiengmai punya. Dengar satu je untuk lelaki tapi pada malam Majlis Raya kita Datin Tini telah
menyuarakan kenapa tak beri yang perempuan. Kurang kurang nya para isteri mendapat menikmati ‘hasil kerja sisuami’. Mereka juga turut mendoa supaya suami mereka bermain baik pada hari tu. Mana tahu mungkin layanan istimewa sikit saperti menyiapkan sarapan (selalunya
kita buat sendiri) atau kucupan ‘Good Luck’. Amecam Dato Johar boleh adakan jam unisex – lelaki dan perempuan punya. Baru ada berkat dari semua.
Salam
Setiakawan Menyiapkan Diri Bertempur DiKinrara Golf Club pada 29 Sep 2010.
Kawan kawan sekelian,
ReplyDeleteMula mula nak ucap tahniah kpd sahabat saya Hj Rahim sebab jadi overall champion minggu ini. Terror betul lah tuan haji kita ni. Tapi sayang hcap kena potong 2 stroke. Banyak tu.
Nampaknya saya kena berehat lama sikit dari bermain golf. Sakit lama berulang kembali..kata dr "cervical spondylisis" lebih kurang macam tu lah bunti nye. Dr Khalil tahu lah tu. saya betul2 berharap akan sembuh sebelum trip kita je Jogja. Kalu dulu saya berehat selama 7 bulan. Hancur le FEDEX standing saya.
Selamat berjuang minggu depan dalam Dato Johar trophy. Mungkin saya g join lunch