Thursday, September 23, 2010
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SETIAKAWANGOLF DI HOTEL DE PALMA AMPANG PADA 22 SEPTEMBER 2010
Perancangan mengadakan majlis Hari Raya ni telah dibincang dengan beberapa ahli jawatankuasa Setiakawan. Ahli yang terlibat, saya percaya ialah Raden Hamzah (RHM)
dengan Dato Nawi Alias (DNA). Baru selesai mengadakan majlis berbuka puasa dah datang pula rancangan hari raya. Cepat betul, tapi elok lah supaya kita boleh merancang. Maklumlah semasa hari raya ni tentu banyak ‘open house’ yang akan diadakan. Semua kawan, tak pegi tak kena. Itu jadi nya terkejar kejar.
Setiakawan mengadakan majlis nya diDe Palma Hotel diAmpang. Hari tu hari rabu. Hari kita mengadakan weekly outings kita. Kali ni diKinrara Golf Club. Lepas tu balek rumah nak siap keMajlis lak. Tambahan pula hari tu hari hujan, bermakna trafik ada kelam kabut sikit. Nak nak di Ampang. Saya pasti masing masing akan mengatur rancangan untuk sampai ‘in time’.
Bila sampai dihotel, saya diunjuk keTingkat 2. Kearas function room. Satu bilik telah dikhaskan untuk majlis kita. Bila sampai dah ramai ada didalam. Dato Presidente, Timbalan Presidente dan isteri masing masing dah ada. Yang tak kelihatan ialah penaung kita Tan Sri Hashim Meon yang mengikut cerita berada diDublin. Wah rancak betul Tan Sri ni. A real jet setter. Kalau tak pegi main golf pegi business lak.
Kelihatan beberapa kawan yang lama tak kelihatan terutama nya Dato Tairobi dan Datin Non. Squad saya tu masih pakai cermin mata gelap. Macam Jose Feliciano. Dengar dia dah mula bermain semula. Dulu dia Golfer of the Year. Kalau nak menang
lagi kenalah berlatih lebih kuat. A lot of catching up to do. Ternampak juga kawan lama Kol Hamidon. Dato Amin jemput dia. Welcome kawan. Members lain memang ramai dan membawa isteri dan anak dan cucu. Mengikut RHM seramai 68 pax kesemuanya. Seronok. Sambil bertanya khabar, juga mengucapkan selamat Hari Raya. Kira maaf bermaafan sesame kita.
Selepas membaca doa, Dato Presidente telah memberi ucapan. Dalam cerita raya tu, banyak cerita tertumpu kepada golf. Selesai ucapan semua dijemput menikmati hidangan. Kelihatan yang terhidang adalah hidangan raya. Ada lemang, serunding, rendang, nasi empit , kuah lodeh. Ada juga laksa penang.Ada roti jala dengan kuah nya. Manisan terdapat beberapa kuih muih dan buah buahan.
Air sirup, kopi dan teh juga ada disediakan. Dalam kita makan tu, members dijemput kerostrum untuk berucap, bercerita serta berseloroh. Mula mula Timbalan Presidente berucap. Dia mengingatkan yang hadir akan pertandingan akan datang iaitu ‘Setiakawan Bogey Play Trophy’ atau SEBTRO yang akan diadakan pada 29 Sep 2010. Dia juga beritahu sebab sebab DePalma Ampang dipilih untuk majlis majlis kita. Seterusnya Dato Malek Shahar , orang tepeng naik kerostrum. Selain dari mengucap selamat hari raya dia juga mengucapkan terima kasih kepada ahli ahli yang telah menghadiri majlis perkahwinan anak nya yang telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Sep10. Nampak bagitu gembira dia. Bagitu juga Datin. Dapat menantu lah. Semoga dapat cucu tak lama lagi. Kol Dol Ngajis mengikuti. Sebenarnya dia nak menerangkan pasal bogey play tapi sabelum itu dia telah cerita macam mana Tiger Woods dapat masuk syurga. Dia juga beritahu ‘Rukun’ dia dalam bermain golf. Dia handicap 3 boleh lah ada rukun. Yang lain tu kita ikut rukun, ‘Main baik dapat duit, Main tak baik bayar kat Lawan’. Dia sentuh juga pasal club golf yang tersangkut diatas pokok. Hj Rosli Deli juga berucap. Dia ambik peluang untuk mempersilakan semua members dan isteri kemajlis perkahwinan anak nya pada 02 Oktober 2010 dirumah nya diTaman Keramat. Semua dijemput hadhir.
Akhir sekali Datin Fatimah Huri dijemput berucap mewakili para isteri. Dalam perbualan malam tu timbul juga sebutan dari DNA untuk keBrisbane tapi Datin Fatimah dalam ucapan nya mencadangkan kita pergi keChina lak. Ke Australia (DownUnder) kita dah pergi, kenapa tidak berkunjung keutara lak Ini untuk committee pertimbangkan.
Memang banyak lah ketawa dan rasa keriangan pada malam tu. Memang seronok kumpulan kita ni. Semangat setiakawan dan semangat kekitaan jelas disanubari semua ahli. Para isteri pun bagitu juga. Memang dah biasa. Kita macam satu keluarga yang Akrab. Semoga berpanjangan.
Salam
Setiakawan Kena tumpu kepada SEBTRO pada 29 Sep 2010.
ps: Gambar gambar lain akan dimasukkan kemudian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi Skawan Gang,
ReplyDeleteMani, "Cucu" Ameer Rahman and I feel grateful and honoured to have the opportunity to attend the "Majlis Sambutan Hari Raya Skawan Golf", met Skawan members and families to share the happy atmosphere in a "delightful mood". The person who enjoyed most was definitely Ameer!
I must congratulate the Skawan Organising Committee, particularly RHM, for making a splendid arrangement and a very successful marketing effort. Thanks too, to John for keeping the Skawan blog alive and very colourful.
I hope everbody had enjoyed the evening as much as we did.
Salam Aidilfitri to ALL.
DNA