Tuesday, September 21, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DISTAFFIELD COUNTRY RESORT PADA 15 SEPTEMBER 2010




Sabelum raya lagi, pada 9 Sep, dah ada tawaran. Tawaran untuk memulakan weekly outings kita pada 15 Sep 2010. Dalam hati pada masa tu mungkin tak ramai yang akan menyertai sebab saya rasa masih ramai yang terlibat dengan kancah sambutan hari raya. Tapi mungkin ada juga yang dah ketagih. Maklumlah dah sabulan tak bermain. Saya terus jawab saya akan menyertai. Saperti biasa RHM memberi kedudukan kemaskini akan penyertaan. Akhir nya kita dimaklumkan bahawa ada 5 flight. 20 pemain. Good start. Tempat yang dipilih ialah Staffield Country Resort. Gelangang kesukaan kita.
Bangun pagi kena adjust sikit. Sabelum ni bangun jam 4.00 pagi untuk bersahur, kali ni kena lanjutkan sikit kejam 6.00. Alhamdulillah dapat bangun mengikut jadual. Tarikan golf course tu memang kuat.
Nak bergerak ke Staffield, saya ambil pendekatan baru lak. Ikut jalan baru. Ada dengar cerita Kol Mutalib dan DNA mengikuti jalan LEKAS. Cuba lah saya. Dalam perjalanan menjengok juga interchange kat mana nak keluar. Tak nampak apa sign pun. Bila jalan kekiri menunjuk Semenyih dan yang terus ke Senawang, terpaksa lah ambik keSemenyih. Menggagau juga lah. Ikut jalan lama melaui Beranang. Tak lah lekas sangat. Ikut jalan biasa melalui Nilai mungkin lebih cepat. Bila kemudian bertanya Mutalib, dia kata kena ikut sampai Pajam, baru turun kejalan lama. Tapi tak nampak sign itu. Dia kata ikut je, nanti adalah Pajam. Kita tak tahu. Harap kat sign postings. Orang yang buat sign ni pun satu. Dia harap kita boleh menelek apa kat depan.
OK. Cukup pasal jalan. Sampai di Staffield dah nampak beberapa members sedang bersarapan. 5 flight. Seramai 20 members. Tak ramai nampak lengang sikit. Sibuk bersalaman mengucap Selamat Hari Raya. Masih dalam suasana hari raya. Seronok jumpa kawan.




Banyak juga lah suara mengatakan tak pegang club langsung sepanjang bulan Ramdhan. Berkarat lah semua. Kira nya start dari titik yang sama. Standard yang sama.
Kali ini saya digandingkan dengan Dato Presidente, MJHim dan RHM. Baling bola. Saya parner RHM (21) sementara Dato Presidente (24) partner MJHim (23). Kira kira partnership yang ok. Kita start diWestern 9. Lubang 1 par 5. Bila time saya tee off caddy pun jerit ‘BALLL’. Bola melengcung lah tu. Kekanan. Guna fairway orang nampaknya. Pukul punya pukul dapat triple bogey 8. Yang tiga lagi, sorang dapat 6 dan dua dapat 7. Memang berkarat.Lubang 2 dua orang dapat par, dua orang dapat double bogey 6. Bagitu lah permainan kita seterusnya. Yang jelas kian lama kian baik. Perbezaan 1st nine dengan 2nd nine nampak peningkatan. Lepas ni dijangka permainan kita pasti OK. Kita tunggu minggu depan lak.
Selesai bermain, kita ke Coffee House club untuk makan tengah hari. Ramai juga disana, tapi lama kelamaan berkurangan. Bila sampai ke membahgi hadiah Cuma ada satu meja. Sebelas orang yang tinggal. Yang lain terpaksa meninggal kita untuk urusan lain. Terdengar juga rungutan kenapa lambat sangat nak membahgi hadiah. Setahu saya bermain golf ni kena berturut turut dan bukan secara extended line. Kalau shotgun start mungkin boleh habis sekali.Jadi ada yang habis awal dan ada yang habis kemudian. Yang terawal kenalah tunggu yang lain. Sementara menunggu kita berinteraksi lah sesame kita. Baru dapat memupuk semangat setiakawan dan semangat kekitaan. Penting juga bersekali makan tengah hari dan bersekali menerima hadiah. Baru ada keriuhan menepuk dan berbangga kawan kita menerima hadiah. Kalau kesemua kita terkejar masa sangat dan terpaksa pulang awal mungkin kita boleh:
a. Tak adakan makan tengah hari. Cuma adakan pemberian hadiah diGolfers’ Terrace je.
b. Tak adakan makan tengah hari dan tak adakan pemberian hadiah langsung. Pemberian hadiah kita adakan sebulan sekali je untuk semua pemenang.
c. Kita cuma hulurkan hadiah dalam sampul surat kepada pemenang.

Bagaimana? Mungkin members ingin memberi pendapat dalam ‘Comments’ kita.
Pemenang kita pada hari itu ialah saperti dibawah.


Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Nik Ismail kerana dapat johan pada hari tu.

Salam


Setiakawan akan bertanding untuk Setiakawan Bogey Play Trophy pada 29 Sep 2010 diKinrara Golf Club


1 comment:

  1. Hi Skawan Gang,

    Staffield GC memang salah satu kelab golf yang terbaik diantara banyak kelab-kelab Skawangolf bermain. Suasana pagi Rabu 15 Sep 2010 semasa breakfast sangat meriah, maklumlah sebulan tidak memegang kayu golf bersama kawan-kawan Skawan.
    Permainan golf saya? Macam beginner, semua tak jadi, gross 91 dan dengan hc 14 TAK KEMANA! Saya betul-betul menjadi mangsa pukulan ketupat, lemang dan rendang, tambahan pula terlalu banyak makan "tomyam kun" di Bangkok selama 3 hari sebelum pulang dengan MAS flight
    malam sebelum bermain!.....macam biasa, banyak excuses bila score tak bagus!
    Lepas golf, saya basuh muka, lap badan sikit dan terus ke dewan makan sebab takut kena tinggal kerana flight kami diantara yang terakhir. Dah lah ramai yang telah pulang kerana tugas dan keutamaan masing-masing, hidangan di Staffield ini pula memang tidak memberansangkan langsung! Mungkin tak ada selera sebab main teruk!
    Saya nampak apa yang John maksudkan. Kita hormati kawan-kawan yang terpaksa beredar lepas bermain kerana tugas masing-masing. Mungkin diantara jalan yang kita boleh ambil ialah, jika makan di dewan makan kelab, price giving dan makan tengah hari diadakan sebelum mandi dan sembahyang zohor.

    Salam.
    DNA

    ReplyDelete