Thursday, June 3, 2010

SUMBANGAN SETIAKAWAN KEPADA YAKIN

Sahabat Setiakawan sekalian,

Sumbangan Setiakawan kepada YAKIN ..Yayasan Kebajikan Islam Nusantara.. yang berjaya dikutip daripada ahli ahli yang hadir pada 2 Jun 10 di Kinrara Golf Club ialah sebanyak RM 1860. Sumbangan ini telah diserah kepada Pengerusi YAKIN, Tan Sri Hashim Meon pada hari yang sama.
Setiakawan mendapat satu meja 10 orang untuk makan malam bersama sama dengan peyumbang penyumbang yang lain yang antaranya adalah dari luar negara pada Ahad 6 Jun 10 jam 8 mlam dibangunan Security Commission.Tun Dr Mahadhir telah diberi penghormatan untuk berucap atas tajuk "Muslim Dilemma:Challenges & Opportunities".
Pakaian bagi majlis tersebut ialah BATIK lengan panjang. Ahli ahli Setiakawan yang telah bersetuju untuk hadir pada malam tersebut mewakili Setiakawan ialah President kita Dato Ghani,John Hamzah,Raden Hamzah,Khalid Saad,Hashim Yahaya,Ramli Harun,Dol Ngajis dan ada lagi 3 tempat kosong.Bagi siapa yang berminat sila hubungi saya.
Harapan kita ialah semoga YAKIN dapat meneruskan usaha usaha murni untuk mendidik anak anak Islam yang memerlukan dinusantara ini.InsyaAllah.
Setinggi penghargaan kepada semua yang telah sudi menyumbang.

Salam Hormat



3 comments:

  1. MJHim,

    Syabas sqd. Semoga sumbangan yg tak seberapa dari setiakawan dapat memberi sedikit cahaya kpd kehidupan anak2 yatim yg berkenaan.

    Sya tak pasti boleh datang atau tidak. hari itu ada 2 wedding disamping saya 'terpaksa' bermain golf mewakili syarikat dimana LTAT telah melantik saya sbg director. Cari makan. Kalau masih gagah sebelah malam, insyallah saya akan hadir. Love to listen to Dr M talk.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat menyanjung tinggi sambutan hangat yang diberikan oleh ikhwan setiakawan terhadap usaha murni itu. Semoga Alllah jua membalas nya kelak kepada semua yang berkenaan. Sekali lagi terima kaseh daun keladi geng.

    See you all at the function....

    Salaam

    HM

    ReplyDelete
  3. MJHim,

    Saya harap sumbangan kepada YAKIN ini dapat menolong sebilangan anak-anak yang memerlukan bantuan dan saya ucapkan syabas kepada semua yang menderma. Saya berpuas hati dapat sumbang sedikit dan saya tahu ianya lebih bermakna dibanding dengan apa yang saya "derma" kepada Skawan tiap-tiap minggu tanpa sebarang pulangan lansung dalam beberapa minggu kebelakangan ini!

    Saya sangat berminat mendengar ceramah Dr.M tetapi pada malam yang sama saya telah di"cekup" oleh jiran sebelah rumah saya menjadi Ketua Rombongan Pengantin Perempuan di Majlis Perkahwinan anak beliau. Mohon maaf TSHM dan YAKIN, Skawan dan Honorary Intake 12.

    Semoga YAKIN berjaya mencapai mission dan objektifnya, insyaAllah.

    DNA

    ReplyDelete