Thursday, June 3, 2010

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DI KINRARA GOLF CLUB PADA 02 JUNE 2010

Kali terakhir kita bermain diKinrara Golf Club ialah pada 03 Mac 2010. Jadi selepas 2 bulan kita bersetuju bermain disana. Macam macam pandangan yang kita terima tentang course ini. Ada baik dan ada yang tak baik. Yang jelas ialah course ni tidak bagitu jauh (atau panjang) kalau dibezakan denagan Danau Golf Club dan Nilai Springs Golf and Country Club.Walau pun berdekatan kepada members dari KL tetapi kesesakan lalu lintas menjadi pergerakan kita tergendala juga. Saya kira yang dari Seremban tu, bertolak lebih awal dan bila sampai dikawasan sesak trafik masih belum sesak sebab terlalu awal. Kesesakan itu yang saya alami semasa kekelab mengikuti jalan dari Kelab Lumba Kuda. Walau pun dari PJ, saya tak pasti jalan mana lagi yang boleh diikuti. Nampaknya kena meninjau untuk jalan lain.
SMS yang diterima dari RHM berbunyi ‘ Solat tu menghantarmu setengah jalan, puasa tu menghantarmu kepintu kerajaan Sedekah itu membawa masuk kedalamnya’.Dah bermadah lah saudara Raden Hamzah ni. Kalau dia happy kita tak kisah asalkan aturan bermain golf dah dibereskan. Mengikutnya lagi kita ada 36 peserta. 9 flights. Wow. Seronok bila ramai menyertai. Kelihatan kawan kita yang lama tak kelihatan saperti Dato Soheimi, Dato Affendi Mustapha, Dato Amiruddin, Kol Razaki dan Asmadi. Yang baru kelihatan termasuk Dato Yahya TUDM dan Zulkifli Abdullah. Yang lain tu memang kerap kita berjumpa pada hari Rabu.
Sampai ditempat letak kereta ( ringkasnya ‘teleta’ agak nya) berjumpa Hj Rahim Kassim.
Dia sedang memakai kasut dikereta nya. Yang jelas nya tiap tiap kali berjumpanya dia akan memakai baju dan topi Setiakawan. Bertukar tukar tiap tiap minggu. Dia bagitu bangga mencanang kelaziman nya itu. Well Done Ji.
DiGolfers Terrace kelihatan ramai dah berkumpul. RHM saperti biasa sibuk menerima bayaran. Beliau dibantu oleh Kol Mutalib. Sorang lagi kelihatan mengutip duit. Dato Hashim Yahaya, MJHim, selaku penyelaras mengutip wang sumbangan untuk jamuan Yayasan Kebajikan Islam Nusantara Sapert yang ramai maklum perkara ni di umumkan oleh Pengerusi YAKIN yang juga penaung kita akan usaha usaha pertubuhan itu untuk mengurus serta mentadbir sekolah ugama ini.
Sarapan adalah atas urusan bersendirian. Kelihatan yang mengambil sarapan dan ada yang minum je. Caddy juga urusan sendiri dengan bayaran RM35. Saya ambik satu untuk buggy saya. Flight saya terdiri dari penaung kita Tan Sri Hashim Meon TSHM (hcap 17), Dato Johar Murad (hcap 19), Dato Hashim Yahaya MJHim (hcap 24) dan saya (hcap 24). Saya partner Dato Johar – buggy to buggy. Kita mula di second nine, Sutera Nine. Sampai diteebox, ramai dah disana. Kita mula terakhir sekali.









Flight depan kami ialah Dato Yahya,
Dato Nawi Alias, Dato Malek Shahar dan Dr Ramli. Tiga Air Force sorang Medical. Wah mengancam. Semua nya serious golfers. Tak tahu pulak saya kesudahan nya.
Cuaca mula mula nya redup bertukar menjadi bahang. Angin kalau ada pun, sepoi sepoi bahasa je. Memang berpeluh kita. Walau pun flight kami ada pertarungan secara friendly tapi tidak lah tertekan sangat. Dalam flight kami tak banyak tekanan kerana semua nya ‚cool’ punya member. DiLubang 10, Par 5, Index 8. Kami bertiga dapat triple bogey 8. TSHM terbaik dengan double bogey 7. Bad start. Setelah itu kita ada improve sikit. Yang tak tahan tu diLubang 16, Par4. Tee off bola kekiri tak kemana. Dilereng bukit. Selepas pukul turun bukit. Rupanya pukulan kedua tak clear bukit. Kena panjat lagi. Dalam saat sat bagini lah yang nak give up. Mencungap cungap kita. Dapat triple bogey 7 kat situ. Ini kes teruk. DiLubang 17, Par 3. Kiranya Face saving lah ni. Chip dari apron masuk terus. Birdie you. First Nine dua orang dapat gross 51 dan 2 lagi gross 52. Sama standard lah kami.
DiFirst Nine, Damai Nine TSHM dapat gross 44
sementara saya dapat gross 45. Yang duorang lagi, sorang 50, sorang 51. Gross kami ialah 96, 103, 102 dan 96. Kira kira OK bagi saya.
DiDining Room kelab, members dihidangkan dengan nasi goring, mee goring, ayam goring dan minuman sirup. Walau pun simple, tapi, berselera makan bagitu. Kira nya alas perut sehingga makan malam.
Kelihatan Kol Mutalib tekun mengira sementara RHM kelihatan mengemaskinikan Dato Presidente. Selesai semua RK mengambil alih. Macam biasa dia membuat beberapa pengumuman saperti berikut:
a. Mengingatkan jemputan kahwin Dato Anuarrudin pada 6 Jun mulai jam 12.00 tgh sehingga jam 5.00 petang.
b. Mengingatkan jemputan kahwin Tan Sri Ilias Din di Dewan Perdana FELDA pada 10 Jun 10 mulai jam 8.oo malam.
c. Jemputan kahwin dari Tengku Ismit pada 16 Jun 2010 di Dewan Merak Kayangan mulai jam 8.00 malam.
d. Sumbangan members kepada Yayasan Kebajikan Islam Nusantara ialah sebanyak RM 1760. Sumbangan ini akan diserahkan oleh MJHim kepada TSHM. Makan malam ialah pada 6 Jun 2010 diDewan Securities commission mulai jam 8.00 malam. Makluman lanjut akan diedarkan oleh MJHim tak berapa lama lagi.
Dato Vice Presidente pula mengingatkan akan members yang akan keChiengmai. Mengikut nya seramai 10 members telah mengesahkan pemergian sementara 2 masih belum berbuat demikian. Beliau berharap perkara ini akan diselesaikan segera.
RK seterus nya mengumumkan pemenang pada hari itu saperti dipamirkan dibawah:

Nampak nya saudara yang kita tahu boleh bermain dengan baik menunjuk belang nya.
Kol Raja Dollah menjadi champion kali ni. Deputy Champion ialah Kol Dul Ngajis.
Dengan handicap 3 pun dia dapat net 71. A Medal pula dimenangi oleh Dato Amiruddin yang lama tak menerima hadiah, He is now back to his winning ways. Dia diikuti oleh Mej Rustam, Dato Khalid Saad dan Kol Arham.








B Medal pula didahulu oleh Yours Truly – saya lah Koljohn. First time. Yang kedua ialah Dzulkifli, RHM dan Dato Yunus Long.
Selesai pemberian hadiah, jawatankuasa duduk bersidang. Antara yang dibincangkan ialah, Setiakawan Stableford Trophy atau SESTRO.
Piala sumbangan Tan Sri Nik Ismail.
a. Pertandingan ini akan berlangsung pada 30 June 2010 di Tasik Putri Golf and Country Club. Bayaran yang akan dikenakan ialah sebanyak RM 130 termauk sarapan, makan tengah hari dan 2 caddy untuk satu flight. Convenor telah mendapat persetujuan pihak pengurusan supaya kita bermain di Puteri dan Putera 9. First dan Second Nine.
b. Walau pun selalu nya criteria kelayakan termasuk telah bermain sebanyak 10 kali diWeekly Outings kita, memandangkan ini ialah pertandingan inaugural bagi piala ini, kita menetapkan keperluan sebanyak 5 kali penyertaan sejak 1 Jan 2010. Jadi siapa yang masih belum memenuhi criteria itu, masih ada sekurang kurang nya 3 outings lagi sabelum pertandingan. Saya rasa semua boleh qualify.
Perbincangan selesai pada jam 3.30 petang.
Salam.

Setiakawan akan Cuba Memenangi SESTRO pula.

Selingan Lagu Sikit.



4 comments:

  1. Saudara John,

    Petang rabu tu bila aku sampai rumah Jah tanya harini makan apa?aku jawap nasi gareng,mee goreng,ayam goreng dan teloq goreng.Dia ketawa saja,aku tak tau maknanya...tapi dalam posting hang terlupa masuk teloq goreng..he..he

    Golf hang dah makin bagus bagitu juga sahabat kita tu Dato K dah mula kedepan ambik hadiah.Minggu minggu seterusnya siaplah siapa yang nak menentang dia.

    Partner I hari tu,Mr Cool,main bagus tapi putting tak menjadi.Sudah biasa dengan green yang licin bila kena green berpasir dan berlubang lubang kecil macam tu lah jadinya.
    Dato Johar partner hang tak menjadi sebab munkin dia terkejut sebab hang main bagus sangat kot..he..he Tapi tentunya dia akan dapat fazilat yang lebih kerana tiap kali bertanding dia kenduri air mineral kepada kita semua.Rabu kemarin dia tambah lagi roti cream roll;bukan itu saja hadiah menang pun dia sumbang kepada YAKIN.Syabas Dato,menjadi contoh baik kepada ahli ahli yang lain.

    Ahad 6 Jun ni kita pi kenduri diAnjung Perdana dan YAKIN Dinner sekali ok.

    Salam Hormat
    MJHim

    ReplyDelete
  2. Kawan kawan sekelian,

    Mula mula nak ucap tahniah kpd John jadi champion B medal. Ni misti dapat special coaching dpd Kotai. Saya misti GUMbira bila mana2 sqd saya dapat jadi champion. Saya rasa semua dah pernah jadi champion..Rahman Jabir, MJHim, John dan saya. Yg lagi sorang tu sungguh pun dah lama tak main pun pernah jadi champion...Dato Tairobi. We wish him well.Hope you can join us again soon sqd.

    Minggu ini I have a reasonably good game playing in the company of former Armed Forces champion..Raja Dollah, former RAMD kor player..mej Rustam and former Platun Bekalan player.. Ramli Kinta. Bagi saya pula sbg former 2 Div player by virtue of being the commander of the div. Raja Dollah played extremely well and it was a great fun playing with him...non stop mencarut. Rustam was very cool and steady. Ramli too played very well except for a few holes which he really blundered. As for me playing to a nett score of 73 was very satisfying indeed. Hopefully I can maintain this form in the coming weeks. But mind you there is nothing to shout about this good score because Kinrara is the easiest of all the golf courses in our list.

    Pagi tu di club house Dato Amin tunjuk score kita semua dlm satu kajang muka surat. Hebat betul kawan kita ni. SALUTE to you Dato Amin. Saya tak ada complain apa apa pun tapi dia masih nak tunjuk kat saya mengapa hcap saya kekal di takuk yg sama..13. Dgn sistem yg sedang digunapakai ini, nampaknya lama lagilah hcap saya akan kekal. Silap silap haribulan kena potong pulak. Aduuuh jangan dipotong lagi pak. Sudah cukup pendek. Kpd kawan kawan semua saya minta sdr sekelian menerima hcap sdr dgn hati terbuka. Sistem kita sudah cukup baik. Dato Amin has done a splendid job.

    Kawan kita yg lagi sorang yg tak pernah jemu bekerja untuk menentukan aktiviti setiakawan berjalan lancar jangan kita lupakan...Raden Hamzah. Dia ni selalu mengadu nasib kat saya mengatakan dia sering dimarah oleh member2 atas pelbagai perkara. Kesiankanlah dia wahai kawan2. Kalau tak ada dia tak berjalanlah jawabnya setiakawan. Bagi dia ruang untuk menjalankan tugas sukarela dia ini. Bukan satu kerja yg senang...ini sudah pasti dan tak boleh dinafikan.

    OK kita tunggu pertandingan minggu depan. Belum pasti di mana

    ReplyDelete
  3. Hi Skawan Gang,

    Saya juga rasa amat GUMbira melihat John menjadi JAGUH B medal kali ini, Well done John.

    I was VERY determined to play well during the last Skawan golf outing at Kinrara GC with my new handicap 15.
    The day before, even in the drizzle, I was at RSGC driving Range, practice green and the practice bunker until Maghrib time.

    The fruit of my previous day's training paid off for the first 8 holes. I missed 4 burdies but returned with pars and my gross was THIRTY EIGHT (38)and I was the potential "weekly skawan champion" in the making! With only a boggie I would play under my handicap. But golf is golf, at the 9th hole par-4, I lost 2 balls after driving into the hazzard and the 2nd ball into the drain, landed 6 on the green, missed the putt and ended with a genuine double par! That's GOLF.

    I played very well at the second 9 until the 18th hole where I repeated my 9th hole performace. I lost one ball at the last hole, missed a boggie by a fraction of an inch and returned with a gross 90.

    It was a pleasure playing with Dr. Khalil, the SEGOY leader, Dato Malek and Dato Hj. Yahaya.
    Siapa menang siapa kalah, tanya Dato Malek, but I received RM 20 from him for the 3-1-1!

    I thought I did well by getting 8 pars but golf is a game of 10 percent skill and 90 percent luck which the latter was not with me at Kinrara. I returned a nett 75 which is nowhere for A Medal in current very competitive Skawan environment with the presence of familiar faces like Rustam, Raja Abdullah, Dato Amiruddin.

    I have said it before... When you do not have luck, everything is against you! During the prize giving, I observe very clearly some people with nett 76 and 75 received the ball sweep cash from RK but my nett 75 was nowhere!
    Kecik hati saya... usaha saya tidak ada balasan, begitulah nasib.

    Untuk minggu-minggu akan datang, jika ada pemain-pemain dari medal yang sama dan nett score yang sama, kita tentukan mereka "kongsi" hadiah ball sweep, walau pun seorang menerima hanya RM1.00 ....Itulah SETIAKAWAN!

    ReplyDelete
  4. Aduh sedihnya saya membaca rintihan hati macgyver ni. Rupa2nya dia rajin berlatih. Tak seperti saya..rumah tak sampai 5 minit dari setapak driving range tapi tak pernah jejak kaki kat situ pun.

    Tak apa Dato jangan risau. Rezeki tu di tangan Tuhan. Satu hari nanti misti boleh jadi champion punya. Just keep on trying. Tapi ingat2 lah jangan main banyak sangat under. Nanti panglima hcap akan potong. Sedih yg lain pulak akan datang.

    ReplyDelete