Friday, September 18, 2009

Kepada Semua Ahli SetiakawanGolf,

Bulan Ramadan hampir sudah,
Kini Syawal kian Menjelma,
Hari Raya disambut indah
Padang Golf sudah Bersedia.

Hoping that all members will enjoy this Hari Raya. Makan lah ketupat dan lodeh, lemang dan rendang, kueh mueh yang cukup enak. Selesai semua- bersedia diri. Pergilah keDriving Range. Dapatkan balek stroke yang lama supaya boleh bertanding saperti dulu. Gagal berbuat demikian musnahlah impian mendapati score yang baik. Tambahan pula, diDriving Range tu berpeluh juga. Dapatlah mengimbangkan kemasukan juadah hari raya supaya tak keterlaluan.
Ingatan:
1. Sila response kepada seruan dan beberapa perbincangan berkenaan Setiakawan International Masters (SIM) di Chiengmai. Mengikut perbincangan dalam 'comments' diBlog kita, rancangan nya ialah satu kumpulan tinjauan atau 'Recce Party' akan kesana dulu pada 15.11.09 hingga 19.11.09. Three rounds of Golf. Mengikut RHM, dah ada satu flight. Nak 2 flight lagi. Sila jawab SMS nya sabelum midnight tomorrow ie malam 17.09.09. Itu deadline dia aje. Saya percaya masih boleh talipon lagi.
2. Dato Nawi dalam cadangan diBlog kita ada mencadangkan 'Northern Tour' pada bulan October. Pergi keSg Patani, Bukit Kayu Hitam dan satu lagi over 4 days. Take it up with him.
3. Handicap baru masih belum saya poskan kedalam Blog kita. Masaalah teknikal. Akan diposkan secepat mungkin, tetapi saya biar Saudara semua enjoy the raya first, baru lah nengok handicap. Saya mengagakkan ramai akan tersenyum dan segelintir yang akan bersedih.
4. Hari Raya Open House SETIAKAWANGOLF akan diadakan pada 10.10.09 diKediaman Tan Sri Hashim Meon (TSHM). Details will be sent later. Make sure you all are free for that day. Another significant day. 10.10.09. Cap, Cap Kow.
5. From Dato President and his Committee - ENJOY YOUR RAYA

FORE


Koljohn