Friday, January 2, 2015

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF/ MONTHLY MEDAL KE XX DISEMBER 2014


Permainan kali ini ialah Weekly Outings bersekali dengan Monthly Medal kita. Kita bermain di Staffield Golf Resort. Seramai 44 orang mengambil bahgian. 11 flight. Mak Oi. Ramai nya. Mungkin disebabkan permainan hujung tahun sabelum melangkah ke 2015. Pendaftaran di lakukan dikawasan Golf Section.
Selepas mendaftar, kita bersarapan di Golfers’ Terrace.


Nasi lemak, Meehun goring, roti, butter  dan jam. Kopi dan teh. Alas perut sabelum makan tengah hari.Kita mula ke tee box dan tee off mulai jam 0810.


 

Cuaca elok. Tambahan kita bermain di course yang kita suka. White tee position lak.
 
Selesai bermain dalam jam 1230. Selesai mandi kita ke Peppers untuk makan tengah hari.

 
Selesai makan kita di beri penerangan oleh Dato Hashim Yahaya
 
berkenaan usaha nya mendapatkan sumbangan dari members untuk dihulurkan kepada mangsa banjir yang melanda Negara kita. Dia juga menerangkan cara yang akan di guna untuk menyampaikan sumbangan terutama nya barangan berbungkus. Bagi wang tunai, akan di selaraskan oleh Timbalan Presiden mengikut cara yang beliau fikir terbaik.
 
Dato Hashim telah memaklumkan bahawa sejumlah RM 6,000 telah dapat di kutip dan sejumlah 720 kotak mengandungi campuran barangan untuk di kirimm ke kawasan banjir. Bagi bungkusan ini akan di gerakkan ke Lapangan Terbang TUDM Subang dan diterbangkan ke destinasi tertentu.

 
 
Barang barang ini pun akan diserahkan kepada pihak pihak yang bertanggungjawab untuk dibahgi bahgikan. Di percayai Panglima 8 Beriged telah di hubungi untuk membantu pembahgian. Tan Sri Hashim Meon juga memberi penerangan tentang usaha nya beserta kumpulan Riadah nya mengirim sumbangan mereka ke Temerloh.
 
Memang sukar tetapi memberi kepuasan diri untuk berbakti. Kepada semua yang menyumbang dalam apa bentuk pun, kita mengucapkan Terima Kasih tak terhingga. Syabas SetiakawanGolf.
Dato Malek Shahar mengacarakan sessi pembahgian hadiah.
Tahniah kapada Kol Andenan sebagai Champion kali ini.
Dengan handicap 10 dia mendapati nett 68. Gross dia hanya 78. Deputy Champion ialah Richard Yee dengan nett 69. Handicap 9.

Assistant Deputy Champion lak ialah Malek Adam. Handicap 11 Nett 70.
 
Keseluruhan seramai 10 orang bermain under. Memang terra.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:


 
 
 
Salam.

1 comment:

  1. Tahniah kepada Col Adenan kerana telah menjadi johan SMM bulan ini.
    SMM 31/12 Staffield GR merupakan permainan kita terakhir tahun ini dan kita menunggu SEGOY/SACHA di Amverton Cove Golf Island Resort pada 7 Jan 2015.
    Selamat tahun baru 2015 dan "Happy Golfing" kepada semua Kawan-Kawan SetiakawanGolf.

    ReplyDelete