Friday, January 9, 2015

KEJUARAAN SETIAKAWANGOLF ANNUAL CHAMPIONSHIP DAN GOLFER OF THE YEAR PADA 07 JANUARI 2015 DIAMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT


 

Kejuaraan SACHA dan SEGOY bagi tahun 2014 telah diadakan diAmverton Cove Golf & Island Resort  pada 07 Januari 2015. SACHA ke9 dan SEGOY ke 8. Memang lazim nya kita adakan pertandingan ini pada bulan Januari untuk tahun sabelum nya. Kali ni penyertaan seramai 64 orang. Yang layak menyertai SACHA ialah 73 orang termasuk 30 yang layak untuk SEGOY.
Kita mendaftar dikawasan buggy station.

Terima baju T yang disumbang oleh sponsor kita Kapt Yahya.

Baju berwarna hitam dengan logo RIKA, tapi ada juga yang berwarna putih kepada mereka yang berbadan besar. Bercampur aduk sikit.
Ada juga yang tak pakai baju kerana konon nya dia dah pakai baju hitam. Tak seronok lah. Orang sponsor kita, kita hormat lah dia untuk promote syarikat dan keluaran nya.


 

 
Buggy keluar dari stesyen pada jam 0800 ke 8 point shotgun start. Tepat jam 0810 siren pun berbunyi dan kita pun memulakan pertandingan tahunan kita. Macam biasa banyak kelohan dan sorakan kedengaran. Gak nya yang ada 3-1-1 tu lebih kuat bunyi nya.

 


Majlis Penyampaian hadiah di adakan Dewan Makan kelab. Makanan telah pun tersedia. Sambil makan sambil bercerita. Suasana keriangan.

 
Tertunggu keputusan yang sedang di kira. Sementara menunggu keputusan Vice Captain, Dato Tairobi memberi penerangan berkaitan perkiraan points untuk SEGOY. Penyesuaian perkiraan ialah untuk menampong penambahan ahli ahli yang layak yang kian meningkat.  Dato Presidente dijemput memberi ucapan,
  Akhirnya Kol Mutalib menjelma dan membawa keputusan kepada DatoPresidente untuk makluman. Seterusnya Kol Ramli Kinta pengara majlis meneruskan acara.
Mula mula pengenalan diri kepada members baru. Welcome.

Kita mulakan pengumuman pemenang novelty. Saperti berikut:




Pas tu Ballsweep Front dan Back Nine:
 
Seterusnya diumumkan SACHA Winners:

 
 
 
 
 

Akhir sekali diumumkan SEGOY Winners.

 

 
 
 
 
 
 

Tahniah diucapkan kepada Dato Amiruddin Mahmood Aladad Khan yang telah memenangi kedua dua kejuaraan. Memang hebat. Dengan handicap 10 dia mendapati nett score 67 bagi SACHA dan sebanyak 22,400 points bagi SEGOY.
Keputusan keseluruhan pada hari tu saperti di pamirkan:
 


Kita juga sempat menyampaikan hadiah ‘Hole-in-One berupa seutas jam tangan kapada Dato Bakar Said yang mencapai nya di Lubang 8 Western Nine Staffield Golf Resort pada 10 Disember 2014.


 Dato president mengucapkan Terima Kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan kejuaraan kali ini.

Kita jumpa lagi tahun depan.
Salam.


No comments:

Post a Comment