Friday, January 16, 2015

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 14 JANUARI 2015 DI BANGI GOLF RESORT


Permainan  mingguan kita bermula semula pada tahun baru 2015 di Bangi Golf Resort. Ini selepas permainan kejohanan pada 7 Jan 2015. Kali ni seramai 44 orang  menyambut tawaran bermain tapi pada hari tu seramai 43 je menyertai. Walau apa pun sebanyak 11 flights. Memang ramai member kita sekarang. Ini awal tahun. Harap harap jumlah menyertai berkekalan dan SetiakawanGolf terus menjadi tumpuan perkumpulan Golfers.
Kita mendaftar awal. Nampak juga Dato Malek menurunkan kotak minuman dan diletakkan ditepi meja pendaftaran. Untuk golfers lah tu. Tapi tak dimaklumkan bagaimana cara pembahgian nya. Kena ambik sendiri kut.
Di kawasan foyer kelab,, ramai yang dah ada.
 
 

Ada yang order breakfast dan ada yang bersembang je. Kita bergerak ke kawasan buggy dan memulakan permainan kita dari 2 point start.
 
 Dengar cerita ada juga yang ‘ter’ lajak. Dan memulakan permainan dari tee box di hadapan sikit. Tak jadi masaalah. Kurang faham kut.


Kita bermain di Kajang dan Puterajaya Nines. Cuaca cerah hinggakan menjadi bahang ke tengahhari. Kami Flight nombor 2 bermain dihadapan sekali. Mula jam 0810 dan tamat dalam jam 1.00.
Makan tengah hari didakan  di Bilik Orkid.


Makanan dah dihidangkan. Padat sikit. Tapi kita terus menjamu selera dengan nasi puteh or nasi goring dengan lauk daging black pepper, telur dada, kari ikan, sayur dan minuman termasuk buah temikai. Selesai makan acara pemberian hadiah. Kali ni berbeza sikit. Kita sedang mencuba cara baru. SetiakawanGolf – Incentive – Scheme atau SIS. Kumpulan kita dipecahkan kepada 4 kumpulan. Anggerek, Bakawali, Cempaka dan Dahlia. Pecahan handicap lak bagini:

Pembahgian hadiah pada hari tu mengikut system yang baru ni.
Kedudukan permainan keseluruhan saperti di pamirkan:

Salam.

ps: gambar gambar lain belum terima lagi. Saabbbaaaarrrrr.

No comments:

Post a Comment