Package kita RM 152.80. Package golf termasuk green fee, satu caddy untuk satu flight, insurance, govt tax, hadiah, breakfast dan lunch. Mengikut SMS dari Convenor, ada 10 flight. Sebenar nya ada 11 flights. 44 peserta. Ramai tu. Mungkin kerana tempat baru bagi kami dan juga pertandingan SEBESTRO (SetiakawanGolf Besta Trophy) akan di adakan di sini pada 13 Nov nanti.
Nak sampai ke tempat ni kena menilai dulu. Kalau ikut PLUS Highway melalui Rawang, kena masuk jalan lama melalui pecan Rawang. Pagi pagi memang sesak. Cara terbaik ikut Jalan Kuching, Jalan Ipoh, melalui Selayang ke utara. Lebih licin perjalanan.
Kelab sedang renovate. Berterabur sikit di Bag Drop.
Parkir jauh sikit.
Kena naik bukit lak. Grup kita hampir kesemua silver haired, mencungap cungap. Mengikut cerita ada buggy shuttle, tapi tak kelihatan. Setelah mendaftar diri dan membayar yang patut, kita ke Changing Room.
Sedang renovate jugak. Lampu 2 je. Kurang cahaya. Pas tu kita ke Dewan Makan. Breakfast. Hidangan nya baik sekali.
Satu caddy. Dalam jam 0800 kita ke tee box masing masing. 4 Point Start. Dari 4 tee box lah tu.
Flight saya dari Tee Box 14.
Selesai bergambar yang patut, kita pun tee off.
Jumlah jarak 6, 343 meter. Staffield sejauh 6,305 meter, Nilai Springs 6,099 meter dan Tasik Puteri 5892 meter je. Templer ni yang terjauh. Cuaca terang. Bahang.
Buggy atas buggy track je. Caddy sorang jaga 4. Kekok kita. Banyak lah berjalan. Terjelir lidah.
Kita selesai dalam jam 1.00. Bermandi, berkemas dan kita ke Dewan Makan yang disedia khas untuk grup kita. Makanan memang baik.
Amat menyelerakan Potato salad, lettuce salad dan coleslaw pun ada. Roast beef pun dihidangkan. Really a good lunch spread.
Selesai makan, acara penyampaian hadiah.
Tahniah kepada Bomanaf yang menjadi champion kali ni. Tahniah juga kepada Tan Sri Nik Ismail sebagai Deputy Champion
dan Mej Rustam Ramli sebagai Assistant Deputy Champion.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:
Permainan hari tu juga permainan Monthly Medal kita. Pemenang nya ialah:
Dalam acara tersebut, kita juga mengenalkan kepada 2 member baru. Mej Rusmi
dan Hj Mohd Razi.
Beliau telah memenangi nya semasa SIM di Pattaya pada 29 Sep hinnga 03 Oktober yang lepas. Tahniah Kol Dollah. Dia ialah pemenang Piala SIM yang ke8.
Diadakan juga kutipan derma bagi Rumah Anak Yatim di Kuang. Masaalah rumah ini telah disiasat oleh Dato Malek Shahar dan Dato Khalid Saad. Didapati masaalah yang disebar melalui What App adalah benar. Jumlah di kutip pada hari tu ialah 1,415.00. Kita ucapkan terima kasih kepada semua yang bermurah hati menyumbang. Satu permainan golf amal akan di adakan di Rahman Putera Golf Club pada xx Nov ini untuk meneruskan usaha yang murni. Semua di jemput hadir dan kalau hendak menghulurkan sumbangan berhubung dengan Dato Malek Shahar , Dato Khalid Saad atau Dato Hashim Yahaya .
Jawatankuasa telah mesyuarat selepas tu untuk berbincang beberapa perkara lagi
Salam.
No comments:
Post a Comment