Friday, October 11, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 09 OKTOBER 2013 DI NILAI SPRINGS GOLF & COUNTRY CLUB

  Pada 02 Okt kita tak adakan permainan mingguan atau Weekly Outings (WO) kerana ramai yang berada di Pattaya pertandingakan SetiakawanGolf International Masters. Minggu berikut nya pada 09 Okt kita sambung balik WO. Kali ni di Nilai Springs.

 

Seramai 28 orang je atau 7 flights. Mungkin keletihan balek dari Pattaya/Bangkok. Tapi ramai juga yang ke sana menyertai minggu ni.

Flight saya dengan Dato Khalid, Dato Sanusi dan Kol Mutalib.
 

Mereka ke Pattaya. Macam macam cerita lah ada. Yang kerap rungutan didengari, susah bertutur dengan caddy. Tak pandai bantu lah. Tua lak tu. Mengikut angin – Pattaya/Thailand dah kena ban dah.
Anyway kita bermain di Mango dan Island Nine.
 
 

 
 
 
Cuaca elok. Suasana menyenangkan. Seronok bermain tu ada juga bola masuk air. Nasib. Kita selesai awal. Pas tu ke Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh.
 Speciality restoran ni ‘ikan bakar’.
 
 Kebanyakan nya ikan keli. Ada juga kembong. Sambal – macam macam. Sayur tempey dan juga sayur pucuk paku.
Berpeloh peloh. Celah tu saya oder air kelapa ori. RM 3.50. OK lah tu. Kol Ramli Kinta mengacarakan pembahgian hadian. 10 orang dapat imbuhan.
Keptusan keseluruhan di pamirkan:


Tahniah kepada Kol Mohammad Abdullah menjadi champion pada hari tu.
 


Net 62. Mak Oi. Kena potong 3 stroke.
Deputy Champion Dato Jasmay Shah tak kurang hebat.

Net 64. Potong 2 stroke. Assistant Deputy Champion lak, Kol Mutalib net 69.
 
Potong satu. Seramai 8 orang main under pada hari tu. Memang Terra.
 
 




 

 

Selesai penyampaian hadiah kita bersurai.
Salam. 

1 comment:

  1. Congratulations to Col Mohammad Abdullah for becoming the WO champion with formidable nett 62. He deserved it and I hope to play with him next week in shaa Allah.
    Happy golfing.

    ReplyDelete