Thursday, October 24, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 23 OKTOBER 2013 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT – CAREY ISLAND



 


 Lepas terima mail baru sedar permainan mingguan kita kali ni bersekali dengan SMM atau SetiakawanGolf Monthly Medal. Makna nya 3 orang akan tersenarai sebagai medal winners dala A, B dan C Medal. Ini untuk bertanding Piala Sardon Kaprawi pada penghujung tahun depan.
Nak ngelak trafik, berlepas awal. Jam 0730 dah sampai. Tak nampak member lain. Ingatkan salah tempat. Kejap lagi dah ramai dah. Seramai 27 pserta kali ni.

Package kita untuk green fee, buggy, lunch, insurance dan bullseye (optional). Kesemua RM 180 untuk Senior Citizen dan RM 190 untuk Junior Citizen. Ada xx flight. Tee off dari 2 tee box. Satu dan 10.




Cuaca elok, course baik.
 


 Kelihatan pembinaan masih diteruskan.

 Di jangka tak lama lagi banyak lagi penghujung kesini untuk bersantai.
Total jarak hanya 5594 meter. Kepada handicap rendah, second shot dah pakai short iron. Ancaman hanya dari kolam. Direction tak betul masuk lah kolam. Lemah semangat bila bola kita tuju ke air. Dah lah ada penalty stroke, bola kadang kadang tak boleh di ambil.
Jam 1245 kita dah selesai. Berkemas dan bersiap untuk lunch di ruang cafeteria. Simple je.

 Nasi, kari ayam, sayur dengan tahu, telur macam salad dan air sirap. OK tu.
Selesai makan, pemberian hadiah. Pemenang nya saperti di pamirkan:

Tahniah kepada Kol Amran kerana menjadi champion.

 Tahniah juga kepada Kol Abdulah Khir Saidi sebagai Deputy Champion

 dan Hj Malek Hormat sebagai Assistant Deputy Champion.
Seramai 13 orang dapat hadiah.

 

 
 
AJK mengadakan mesyuarat setelah selesai pembahgian hadiah. Antara di bincang ialah Tournament Setiakawan 36. SetiakawanGolf BESTA Trophy. SEBESTRO. Satu piala baru. Yang ke9 dalam senarai piala piala SetiakawanGolf. Disumbangkan oleh Dato Jasmay Shah.Format pertandingan telah di bincangkan.Pertandingan akan di adakan pada 13 November 2013. Kelayakan – otomatik bagi ahli biasa tapi bagi ahli kasual – mesti dah bermain sekurang kurang nya 8 kali dalam WO kita. Cerita lanjut berkenaan piala ni akan di maklumkan kemudian.
Kita selesai dalam jam 2.30. Tengah jalan berenti di gerai jual ikan.

Tak banyak tinggal. Dah bawak ice chest beli juga. Ketam dan udang. Kena RM 50. Tak pasti mahal ke murah. Sehinga minggu depan.
Salam.    

No comments:

Post a Comment